Azizi SafarANTARA sebab Kerajaan Pakatan Harapan tumbang adalah kerana Perdana Menteri tidak ada kuasa menentukan anggota Kabinet, mesti ikut pilihan parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan.Jika pendekatan yang sama juga menjadi amalan ‘Perikatan Nasional’, maka boleh diramalkan kerajaan baharu ini akan jadi kerajaan yang lebih pendek tempohnya daripada Pakatan Harapan.Semalam dalam perutusan pertama kepada negara, Perdana Menteri ada menyebut, “Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.”Pernyataan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini diterima baik oleh majoriti rakyat, tetapi tidak oleh sebahagian ahli dan pemimpin parti-parti yang memberi sokongan kepada Muhyiddin sehingga boleh menjadi Perdana Menteri. Mereka berharap akan dapat kedudukan dan jawatan walaupun tidak menepati ciri-ciri yang disebut oleh Muhyiddin semalam.Ini adalah satu petanda yang tidak bagus bagi Perikatan Nasional.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |