Kerajaan Pahang Tiada Masa Melayan Spekulasi Dakwaan Pru Mengejut Itu Memang Kerja Pembangkang




KUANTAN: Dakwaan pembangkang mengenai kemungkinan berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) dalam tahun ini sekadar persepsi untuk mengelirukan rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan tidak terpengaruh dengan spekulasi tersebut sebaliknya terus fokus kepada tugas mentadbir negeri serta membela rakyat.
"Itu kerja dia (pembangkang), suka buat persepsi supaya orang kelam-kabut dan tak boleh fokus pada kerja.
"Mana yang termakan persepsi, itulah yang akan terpengaruh. Tapi kami terus buat kerja, fokus untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvensyen Sekretariat Muafakat Felda Pahang Tahun 2025 di Auditorium RTM Pahang, di sini pada Khamis.
Wan Rosdy berkata, pembangkang hanya mencari isu untuk dimainkan tanpa asas kukuh, malah sering mengubah kenyataan mengikut keadaan semasa.
"Dia (pembangkang) tiada modal, tiba-tiba teringat hendak cakap pilihan raya esok lusa, dia cakaplah.
"Lepas itu, esok cakap benda lain pula. Itu kerja dia, dan bukan sesuatu yang pelik," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan negeri tidak akan membuang masa melayan spekulasi politik yang tidak membawa manfaat.
“Keutamaan kami adalah memastikan pembangunan berjalan lancar dan rakyat mendapat manfaat. Kami tidak akan terganggu dengan politik persepsi yang cuba dimainkan,” tegasnya.
Mengulas mengenai perubahan sokongan pengundi Felda pada PRU lalu, Wan Rosdy mengakui terdapat beberapa kawasan yang gagal dipertahankan.
Menurutnya, persepsi negatif yang ditanam oleh pembangkang memberi kesan terhadap keputusan pengundi.
Namun, beliau berharap masyarakat peneroka dapat kembali memberi kepercayaan kepada Felda kerana kerajaan negeri dan agensi berkaitan telah merancang pelbagai inisiatif untuk mereka.
“Kita harap mereka memberi sokongan semula. Mungkin ketika itu mereka tersilap, maklumlah persepsi itu bermacam-macam yang dimainkan oleh pihak tertentu,” katanya.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mempersiapkan jentera mereka bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut hujung tahun ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata bahawa arahan untuk mempersiapkan jentera parti itu telah dikeluarkan oleh Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis pertemuan dan dialog dengan Badan Pimpinan Negeri (BPN) parti itu, Jumaat lalu. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/kerajaan-pahang-tiada-masa-layan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Madani Buat Kerja

Kerajaan Madani Buat Kerja

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 189 hits
Antara keprihatinan Kerajaan MADANI boleh dilihat melalui kenaikkan gaji penjawat awam meningkatkan gaji minimum swasta kepada RM1 700 serta menambah bantuan awal persekolahan dan STR Pelajar Tingkatan 6 kini turut menerima bantuan manakala...
Bakat Dan Kepandaian Memang Perlu Ada Tapi Sabar Dan Gigih Berusaha Itu Jauh Lebih Penting

Bakat Dan Kepandaian Memang Perlu Ada Tapi Sabar Dan Gigih Berusaha Itu Jauh Lebih Penting

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 424 hits
Saya kongsikan maklumat yang saya baca berkenaan bancian yang dibuat kepada mereka jadi salesman Bancian ini di buat di Amerika dan bukannya di negara kita Malaysia Tapi saya yakin anda yang terlibat dalam aktiviti menjual lalui pengalaman ...
Kerajaan Pahang Menyeru Agar Semua Pihak Berkepentingan Mendekati Orang Asli Tingkatkan Kerjasama

Kerajaan Pahang Menyeru Agar Semua Pihak Berkepentingan Mendekati Orang Asli Tingkatkan Kerjasama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 281 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menyeru agar lebih banyak pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dan swasta turun menjejaki perkampungan orang asli untuk meningkatkan kerjasama dan memastikan komuniti itu berada di laluan yang tepat u...
Kerajaan Pahang Komited Untuk Teruskan Program Tunas Makmur Sedia Peruntukan Sebanyak Rm9 Juta

Kerajaan Pahang Komited Untuk Teruskan Program Tunas Makmur Sedia Peruntukan Sebanyak Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 281 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus komited melaksanakan Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang dengan peruntukan sebanyak RM9 juta tahun ini tuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pada tahun ini dianggarkan sekitar 250 000 penerima y...
Ph Bn Sukar Menang Di Malaysia Timur Jika Ada Pru Mengejut Kata Aktivis

Ph Bn Sukar Menang Di Malaysia Timur Jika Ada Pru Mengejut Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 392 hits
freemalaysiatoday com17 Feb 2025 10 03 PMJohan Ariffin Samad berkata rakyat Sabah dan Sarawak anggap kerajaan perpaduan melampaui batas dalam hal ehwal agama Ura ura PRU mengejut timbul apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengarahkan ...
Dok Kena Hasud Pembangkang Yang Tak Peduli Pun Penanam Padi Ni Ashik Mengutuk Kerajaan Saja

Dok Kena Hasud Pembangkang Yang Tak Peduli Pun Penanam Padi Ni Ashik Mengutuk Kerajaan Saja

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 253 hits
Ahmad Kyroll SKIM SUBSIDI HARGA PADI Sebaik sahaja diberi amanah Kerajaan MADANI menaikkan subsidi padi sehingga RM500 bagi satu tan metrik KENAIKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH Kenapa pesawah kita tidak merenung secara mendalam bantuan Kerajaan...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban