Bakat Dan Kepandaian Memang Perlu Ada Tapi Sabar Dan Gigih Berusaha Itu Jauh Lebih Penting




Saya kongsikan maklumat yang saya baca berkenaan bancian yang dibuat kepada mereka jadi salesman. Bancian ini di buat di Amerika dan bukannya di negara kita Malaysia. Tapi saya yakin anda yang terlibat dalam aktiviti menjual lalui pengalaman yang lebih kurang sama saja di sini.
Jom lihat fakta berkenaan kerja menjual.
80% daripada jualan berlaku setelah panggilan yang ke-5 terhadap prospek yang sama - Anda kena cuba sampai 5 kali untuk berjaya menjual. Itu jumlah minimum yang yang anda perlu usahakan berulang kali kalau nak jadi jurujual yang baik.48% daripada jurujual membuat hanya satu panggilan pada prospeknya dan berhenti dari mencuba lagi - Ini namanya jurujual yang kena paksa jadi jurujual sedangkan dia sebenarnya tak mahu buat kerja itu. Dalam mana-mana syarikat yang ada salesman, memang sentiasa ada kumpulan yang jenis begini. Yang tak pernah capai sasaran jualan yang dia perlu lakukan dan dia rasa tak ada apa-apa masalah dengan keadaan sebegitu. Jika anda ada 10 salesman, lebih kurang 5 orang adalah mereka dari jenis yang macam ni. Hati-hati!25% lagi daripada jurujual membuat panggilan kedua lalu berhenti dan melupakan prospek tersebut - Ini ada sedikit usaha sekadar santai-santai cuba lebih sikit. Mungkin dia punya sasaran hidup sangat sederhana sebab dari keluarga yang dah senang. Kalau anda ada 10 salesman, 2 orang jenis begini.12% lagi meneruskan panggilan dan cubaan yang ketiga kemudian melupakannya - Ini bagus sedikit dari di atas. Ada sedikit impian yang lebih dari kebanyakkan orang lain tapi tak suka push diri sendiri buat kerja lebih-lebih. 10% lagi meneruskan percubaan dengan menghubungi dan berusaha lagi - Ini yang selalu jadi juara jurujual dalam mana-mana syarikat. Dalam industri jual kereta yang saya kenal ramai dealers, jika mereka ada 20 orang salesman, hanya ada seorang atau 2 orang saja masuk dalam kategori salesman macam ni.Hanya 10% sahaja salesman yang berusaha dan terus berusaha. Mereka merupakan golongan yang paling banyak membuat jualan di antara kesemua jurujual yang ada. Mereka berjaya bukan sebab pandai atau dah ada bakat sejak dilahirkan, tapi sebab sentiasa mencuba lebih banyak kali berbanding kebanyakkan orang lain.
Perkara yang sama berlaku dalam mana-mana kerjaya yang anda ceburi. Samada jurutera, guru, usahawan, kontraktor atau apa saja, hanya mereka yang terus mencuba tanpa kenal putus asa yang akan berjaya menembusi benteng penghalang dan lepas keluar dari garisan siling average.
Bakat, kepandaian, dan lain-lain seumpamanya memang membantu, tapi untuk pergi jauh, kesabaran dan kegigihan memainkan peranan yang sangat besar. Jika anda dilahirkan pandai main badminton dari kecil, kalau tak sabar dan gigih berlatih, tak akan jadi Lee Chong Wei juga, takat jadi juara kampung boleh la.
Pengalaman tahan sabarMasa baru-baru memulakan perniagaan pest control dulu, saya beranikan diri untuk masuk pasaran syarikat multinasional yang ada banyak di Selangor ni terutamanya di Petaling Jaya dan Shah Alam. Hampir semua syarikat besar antarabangsa itu lebih gemar untuk memilih syarikat pest control dari luar negara sebagai kontraktor perkhidmatan pest control di premis perniagaan mereka.
Mulanya saya cuba dapatkan kontrak daripada syarikat Motorola di PJ, kemudian saya cuba pula Canon di Shah Alam. Usaha tersebut nampak seperti membuang masa sebab mereka tidak layan pun syarikat tempatan Melayu, yang kecil baru nak merangkak macam saya.
Dengan tebalkan muka saya mohon juga untuk berjumpa dengan purchasing manager di Motorola ketika itu. Seperti yang saya jangka dia pandang rendah saja pada saya dan dia labelkan syarikat saya  sebagai syarikat bawah pokok cheri, itulah yang dia sering sebut bila saya dapat berjumpa dengannya.
Setiap kali dah set temujanji, saya sampai pada waktunya, dan dia nampak macam sengaja membiarkan saya menunggu di luar seperti batang kayu berjam-jam. Saya tengok tidak ada orang lain yang berjumpa dengannya pun, atau mungkin hanya perasaan saya saja dia sengaja.
Sebaik saja dia panggil masuk, dia akan kata 'begitulah biasanya berurusan dengan syarikat multinasional yang sibuk, kami banyak urusan penting', jika saya tak suka dan tak mampu, tak perlulah membuang masa mencuba untuk jadi vendor di situ.
Saya maniskan saja muka dan tetap berusaha meyakinkannya. Segala pertanyaan saya jawab dengan ikhlas dan sebaik mungkin. Berkat sabar, akhirnya dia minta sebut harga dari saya. Saya segera buat dan berikan secepat mungkin. Masa dia panggil saya untuk review quotation tu, dia herdik saya sebab harga yang ditawarkan lebih kurang sama saja dengan vendor yang sedia ada, sedangkan vendor masa itu company besar dari luar negara.
Saya buat semula dan memberikan cadangan yang lebih memuaskan hatinya. Itu pun dia masih tidak puas hati. Bila saya terus mencuba dan layan segala permintaannya, akhirnya dia tanya soalan cepumas pada saya, "kenapa perlu memilih syarikat kamu sedangkan harga kamu bukanlah bagus sangat pun?".
Saya jawab, 'jika harga mengarut diberikan sudah tentu saya tidak akan mampu buat kerja dengan ada sedikit keuntungan untuk sara kos operasi syarikat saya. Tapi saya jamin dia tidak akan menyesal jika memilih saya.
Dia kemudiannya mahu melawat syarikat saya agar dapat memastikan saya betul-betul mampu menjalankan kerja. Dengan berbesar hati saya bersetuju dan pada hari yang ditetapkan saya datang ke kilang untuk mengambilnya.
Dia agak berpuas hati dengan pejabat saya dan tiba-tiba memohon untuk melihat bagaimana saya menguruskan stor dan juga ciri-ciri keselamatan yang saya ada. Saya tidak bersedia masa itu malah tak terlintas pun bab keselamatan dan sebagainya. Jadi saya berhelah mengatakan bahawa dia tidak sesuai untuk mengaudit keselamatan melainkan seorang jurutera yang khas dalam bidang keselamatan saja yang lebih layak.
Walaupun saya sebenarnya mencari masalah yang lebih sukar, namun itu dapat memberikan saya sedikit masa untuk membuat persediaan. Rasanya dia sedar saya sengaja cari penyakit minta 'safety officer' sendiri datang, lalu bersetuju.
Tiba hari yang dijanjikan mereka datang dan mula membuat pemeriksaan. Banyak yang telah saya baiki namun masih tidak dapat memenuhi ciri-ciri keselamatan yang mereka tetapkan. lalu saya mohon senarai apa yang masih belum lengkap dan berjanji mengadakannya.
Diringkaskan cerita setelah selesai semua audit dan sebagainya, saya ucapkan ribuan terima kasih padanya kerana memberikan peluang untuk saya belajar ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki oleh sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Walaupun saya mungkin tidak akan berjaya mendapatkan kontrak darinya, namun ia memberikan satu pendedahan yang cukup bermakna pada syarikat saya. 
Mendengar kata saya itu, hatinya yang keras tiba-tiba jadi lembut dan akhirnya saya mendapat kontrak selama setahun dari Motorola.
Semua usaha itu saya hadapi selama lebih dari 6 bulan naik dan turun tangga kilang Motorola. Saya terpaksa mengadapnya lebih dari 10 kali. Kalau nak diikutkan hati memang rasa terhina setiap kali bertemu dengannya namun saya pujuk hati dan fokus pada matlamat. Akhirnya dapat juga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2025/02/bakat-dan-kepandaian-memang-perlu-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawah Cina Sekinchan Buat Bendang Juga Tapi Hasil Tinggi Dan 3 Musim Setahun Lebih Sikit Ounca Dia Apa

Pesawah Cina Sekinchan Buat Bendang Juga Tapi Hasil Tinggi Dan 3 Musim Setahun Lebih Sikit Ounca Dia Apa

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 159 hits
Aman Mohammad Minggu lepas ada drama pesawah buat demo tuntut harga lantai beras dari RM1300 kepada RM1800 Maksud harga lantai ni ialah harga yang pesawah terima dari kilang beras yang beli daripada mereka Minggu ni pula ada drama kilang be...
Kunci Kejayaan Adakah Mindset Lebih Penting Daripada Kemahiran

Kunci Kejayaan Adakah Mindset Lebih Penting Daripada Kemahiran

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 140 hits
Pengenalan Apa yang Dimaksudkan dengan Mindset dan Kemahiran Di dalam perjalanan menuju kejayaan kita sering mendengar tentang dua konsep penting mindset dan kemahiran Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kedua duanya Mindset adalah ...
Kerajaan Pahang Tiada Masa Melayan Spekulasi Dakwaan Pru Mengejut Itu Memang Kerja Pembangkang

Kerajaan Pahang Tiada Masa Melayan Spekulasi Dakwaan Pru Mengejut Itu Memang Kerja Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 99 hits
KUANTAN Dakwaan pembangkang mengenai kemungkinan berlangsungnya Pilihan Raya Umum dalam tahun ini sekadar persepsi untuk mengelirukan rakyat Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan tidak terpengaruh dengan spekul...
Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 114 hits
Jika anda ingin tahu gambar mana yang paling banyak dilihat sepanjang masa mungkin ini lah jawapannya Sangat mungkin foto ini tidak asing di mata anda Dipetik dari petapixel com foto ini telah dilihat lebih dari 1 000 000 000 kali Foto yang...
10 Dapur Elektrik Terbaik Dan Tahan Lasak Untuk Masakan Lebih Enak

10 Dapur Elektrik Terbaik Dan Tahan Lasak Untuk Masakan Lebih Enak

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 71 hits
Apakah dapur elektrik terbaik dan tahan lasak yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2025 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 12 dapur elektrik terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Jenama Dapur Elektrik Terbaik...
Usaha Tak Khianati Hasil Wanita Sebak Terima Gaji Lebih Rm12 000 Selepas Bekerja Keras

Usaha Tak Khianati Hasil Wanita Sebak Terima Gaji Lebih Rm12 000 Selepas Bekerja Keras

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 97 hits
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak selepas kerja kerasnya di sebuah kedai emas membuahkan hasil apabila menerima gaji lebih RM12 000 daripada majikannya baru baru ini Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna pemborongemasbangk...
Polis Pahang Berjaya Rampas Dadah Jenis Syabu Seberat 275 47 Kilogram Bernilai Lebih Rm8 Juta Di Lipis

Polis Pahang Berjaya Rampas Dadah Jenis Syabu Seberat 275 47 Kilogram Bernilai Lebih Rm8 Juta Di Lipis

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 69 hits
KUANTAN nbsp Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275 47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu susulan kejadian langgar lari di Kampung Pagar Sasak Lipis dekat sini Khamis...
Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 129 hits
Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap Korang pernah makan kedua dua menu tersebut pada masa yang sama Pada pendapat korang mana satu lebih sedap Kesukaan terhadap rasa sesuatu masakan adalah subjektif kerana citarasa lidah ...
Kedah Dapat Rm 1 Bilion Untuk Keluarkan Lebih Banyak Padi

Kedah Dapat Rm 1 Bilion Untuk Keluarkan Lebih Banyak Padi

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 123 hits
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM 1 Bilion kepada Kedah melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda supaya Kedah dapat mengeluarkan padi lebih banyak Program merancakkan produktiviti ...
China Berpagian Di Tiger Leaping George Shangri La

Asean S Economic Future Not A Decline But A Strategic Realignment Led By Malaysia

Nga Reports Scammers Using His Image For Dating Apps Financial Courses

Yang Penting Tau Cara Menghargai Orang Lain

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Penolong Gabenor Bnm Ppim

Cucur Kembung Lemak Manis Cucur Paling Senang Nak Buat

15 Cara Buat Orang Tertarik Dengan Kau

Bunker Kecil Di Hanoi Semasa Perang Vietnam


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Manfaat Ai Dalam Peningkatan Kualiti Hidup

Top 10 Most Expensive Fish In The World Rnn

Suspek Bunuh Wanita Peniaga Makanan Ditahan Di Terengganu

Pemilihan Pkr Bertanding Atau Tidak Anwar Biar Parti Tentukan

Crowd Throngs Star Education Fair 2025

Polis Cari 2 Lelaki Tular Gaduh Di Tambak Johor