Kerajaan Pahang Komited Serta Bersungguh Sungguh Membantu Perkasakan Agama Islam




JERANTUT - Kerajaan Pahang sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam membantu memperkasakan agama Islam di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini ditunjukan melalui pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Pahang kepada institusi terlibat.
“Pahang sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk membantu agama kita, kita bukan setakat bercakap malahan kita buat.
“Kita ada Sekolah Menengah Agama di Negeri Pahang, kita ada Maahad Tahfiz, yang mana kita sentiasa bagi galakan, bagi sokongan, kita bagi bantuan kewangan, dan kita sentiasa mendokong.
“Malahan dari setahun ke setahun kita nampak peningkatan atau pengiktirafan kepada guru-guru Sekolah Menengah Agama di Pahang ini kita memberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Selawat Sempena Sambutan Maal Hijrah dan Penyampaian Insentif Kerajaan Pahang Kepada Pondok dan Tahfiz Daerah Jerantut dan Jengka di Madrasah An Nabawiyah Lid Dirasatil Islamiah, di sini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,  Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Dato’ Haji Nazri Ngah; barisan Exco Kerajaan Pahang dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.
Beliau berkata Kerajaan Pahang berusaha sedaya upaya untuk memberikan pelajaran dan tenaga pengajar yang berkualiti kepada maahad tahfiz di negeri ini.
“Jadi kita minta supaya ianya terus berkembang dan yang lebih menariknya di Pahang ini tak kurang dari 10 tahun berturut-turut, Maahad Tahfiz di Pahang merupakan Maahad Tahfiz terbaik di negara kita.
“Ini tidak boleh dinafikan. Dan ini jelas menunjukkan bahawa kita bukan sahaja bercakap tetapi kita berusaha sedaya upaya. Kita ambil cikgu-cikgu yang bagus, ustaz-ustaz yang bagus daripada luar negeri, daripada luar negara supaya anak-anak kita mendapat pendidikan yang sewajarnya.
“Malahan ini dapat disukat dan diukur dan diberi pengiktirafan. Jadi itulah terbukti yang sangat jelas bahawa kita sangat mendokong perkembangan agama Islam di negeri kita dan juga di negara kita,” katanya.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan hampir RM150,000 sebagai sumbangan kepada maahad tahfiz dan pondok di negeri ini.
“Malahan kalau kita tengok pada hari ini sahaja Kerajaan Negeri membantu sebanyak hampir RM150,000 dan juga merupakan bantuan khas sebanyak RM3000 kepada setiap pondok Maahad tahfiz di Jerantut dan Jengka.
“Insentif berjumlah RM200 kepada 23 mudir madrasah, dan RM300 kepada guru yang hadir pada hari ini iaitu seramai 175 orang yang akan menerima sumbangan ini,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/kerajaan-pahang-sangat-komited.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yakin Penuhi Kriteria Di Tetapkan Unesco September Ini

Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yakin Penuhi Kriteria Di Tetapkan Unesco September Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 310 hits
nbsp KUANTAN Semua usaha bagi memulihara Tasik Chini dekat Pekan Pahang sudah dilakukan kerajaan negeri sejak Ogos tahun lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri yakin semua proses pemuliharaan kawasan di s...
Jabatan Agama Diarah Siasat Peniaga Nasi Ayam Ambil Bekalan Di Restoran Bukan Islam

Jabatan Agama Diarah Siasat Peniaga Nasi Ayam Ambil Bekalan Di Restoran Bukan Islam

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 183 hits
Tangkap layar video tular menunjukkan dua lelaki dipercayai masuk ke restoran bukan Islam di Paya Terubong untuk mengambil nasi ayam dan menjualnya di gerai orang Melayu GEORGE TOWN Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ...
Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Korporat Rm200 000 Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Korporat Rm200 000 Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 349 hits
Hii selamat hari raya korang Tak terlambat lagi rasanya walaupun dah nyata nyata hari ini dah berapa haribulan Semua dah masuk kerja semula selepas pulang beraya dekat kampung minggu lepas Alhamdulillah ada rezeki lebih nampaknya tahun ini ...
Kerja Baik Pulih Serta Naik Taraf Infrastruktur Pasca Banjir Di Negeri Pahang Berjalan Lancar

Kerja Baik Pulih Serta Naik Taraf Infrastruktur Pasca Banjir Di Negeri Pahang Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 172 hits
TEMERLOH Kerja baik pulih dan naik taraf infrastruktur pascabanjir di Pahang berjalan lancar meskipun dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan peruntukan yang diterima setakat ini Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berka...
Menteri Agama Tak Ambik Tau Kot Islam Terancam

Menteri Agama Tak Ambik Tau Kot Islam Terancam

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 226 hits
RAMZAN AHMADNASIB KEBAJIKAN GURU KAFA Anda kenal PEKERJA ASING Mereka bekerja di negara kita dengan gaji minimum RM1200 RM1500 sebulan Noktah Pendidik Agama Islam Guru KAFA hanya diberikan gaji atas nama elaun antara RM700 RM850 sahaja Stat...
Bawa Gula Atau Bencana Sejauh Mana Kedegilan Beliau Ketika Mahu Membantu Rakyat

Bawa Gula Atau Bencana Sejauh Mana Kedegilan Beliau Ketika Mahu Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 237 hits
LIYANA MARZUKITidak terlalu mengejutkan berita Menteri Kewangan kita menganggotai UMNO Memang kita tahu dia ahli UMNO sejak mula Cuma the turn of event bila dia diangkat jadi Bendahari Agong UMNO negeri Selangor menggantikan Jamal Yunos Ok ...
Bolehkah Teh Hijau Membantu Anda Mengurangkan Lemak Degil

Bolehkah Teh Hijau Membantu Anda Mengurangkan Lemak Degil

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 200 hits
Apabila menurunkan berat badan diet dan senaman berfungsi secara bersinergi untuk memberikan hasil Memfokus pada senaman sahaja tetapi tidak pada diet anda atau sebaliknya tidak akan memberikan hasil yang anda cari kerana tubuh anda bergant...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain