Kerajaan Mohon Gag Order Larang Bincang Titah Adendum



(MK) : Kerajaan telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah larangan (gag order) daripada mahkamah bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan titah adendum membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.45 malam ini.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa kerajaan akan mendapatkan perintah larangan daripada mahkamah berhubung perkara itu.
Menurut salinan permohonan yang dilihat Malaysiakini, kerajaan memohon perintah larangan tersebut bagi menghalang mana-mana pihak termasuk media daripada menerbitkan atau menyiarkan apa-apa bentuk komunikasi sama ada secara cetak, elektronik, digital dan platform media sosial.
Ia juga bagi menghalang semua pernyataan, komen atau perbincangan yang meragui, mempersoalkan, mencabar atau menghina kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu perintah larangan itu juga bagi menghalang spekulasi yang boleh menjejaskan kredibiliti, keabsahan atau integriti keputusan, fungsi dan kuasa Lembaga Pengamunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
Sekiranya mahkamah sivil membenarkan perintah larangan tersebut, ia bukan sahaja akan menghalang pihak media daripada melaporkan kes itu tetapi juga menghalang mana-mana anggota badan kehakiman dan peguam yang terlibat secara langsung dalam tindakan sivil itu daripada memberikan salinan dokumen sulit berkaitan kes tersebut kepada orang awam.
Sebelum ini Najib memohon semakan kehakiman bagi menuntut pelaksanaan titah tambahan berkenaan yang didakwa membenarkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Pada Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan semakan kehakiman tersebut atas alasan afidavit sokongan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat khabar angin.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan baru-baru ini menterbalikkan keputusan berkenaan dan membenarkan rayuan Najib untuk mengubah keputusan mahkamah tinggi.
Hakim memerintahkan perkara itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar merit semakan kehakiman berkenaan.
Mahkamah rayuan juga membenarkan Najib mengemukakan afidavit yang difailkan oleh anaknya Nizar, yang mendakwa istana Pahang mengesahkan kewujudan titah tambahan itu.
Pada 29 Jan tahun lepas, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman terhadap Najib dikurangkan separuh daripada penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta.
Bagaimanapun, Najib mendakwa terdapat titah tambahan yang membenarkan dia menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Najib disabitkan atas salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta milik SRC International, pecah amanah dan kes pengubahan wang haram.
Sumber : Malaysiakini
The post Kerajaan mohon ‘gag order’ larang bincang titah adendum appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/01/21/kerajaan-mohon-gag-order-larang-bincang-titah-adendum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 183 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam tindakan Kerajaan Madani yang didakwa menyembunyikan kewujudan Titah Adendum dan cuba menutup kebenaran dengan alasan subjudis Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan turut mempersoalkan sikap enam jabata...
Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 269 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir Program Muhibbah MADANI 2025 di Bandar Perda Bukit Mertajam pada Sabtu Foto RTMBUKIT MERTAJAM 11 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menyorok dokumen berkaitan Titah A...
Titah Adendum Samsul Iskandar Wajar Diambil Tindakan Kerana Secara Jelas Menyentuh Elemen 3r

Titah Adendum Samsul Iskandar Wajar Diambil Tindakan Kerana Secara Jelas Menyentuh Elemen 3r

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu sikap kerajaan dalam menguruskan hal berkaitan adendum sangat pelik Katanya tindakan Shamsul Iskandar mempersoalkan kewujudan titah adendum itu jug...
Kj Menteri Umno Sorok Titah Adendum Najib

Kj Menteri Umno Sorok Titah Adendum Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 132 hits
Malaysiakini nbsp Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya Umno susulan isu titah adendum yang melibatkan Najib Razak Khairy yang dipecat Umno dua tahun lalu menuduh Menteri Undang undang Azalina Othman...
Titah Adendum Amk Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Pn Sebar Fitnah Terhadap Pmx

Titah Adendum Amk Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Pn Sebar Fitnah Terhadap Pmx

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 153 hits
KUANTAN Angkatan Muda Keadilan Pahang membuat satu laporan polis terhadap beberapa pemimpin Perikatan Nasional yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan berkaitan Titah Adendu...
Andansura Pas Bukan Membela Kleptokrasi Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

Andansura Pas Bukan Membela Kleptokrasi Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 204 hits
KUANTAN PAS menyifatkan pihak yang mendakwa parti itu menunggang isu titah adendum berkaitan perintah tahanan rumah terhadap Najib Razak sebagai tidak memahami isu sebenar Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Andansura Rabu menjelaskan keha...
Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib

Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 222 hits
Tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan pemimpin terdahulu dalam isu titah adendum Najib Razak disifatkan tidak adil oleh pakar komunikasi selepas pengakuan perdana menteri akhirnya mengakui kewujudan dokumen tambahan itu selepas kontroversi berb...
Pn Boleh Makan Diri Dalam Isu Titah Adendum

Pn Boleh Makan Diri Dalam Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 205 hits
HarapandailyPara penganalisa politik berpendapat isu titah adendum yang digunakan oleh PN boleh memakan diri mereka Ini kerana kenyataan mereka boleh juga dianggap menyerang institusi iraja Pendekatan lantang PN dalam isu itu boleh memakan ...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Traffic Reported Smooth On Major Highways