Kerajaan Kaji Idea Mata Wang Kripto Tun M


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang kripto, khususnya berhubung fungsi yang mungkin digantikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Itu adalah pendapat beliau (tetapi) kami akan memulakannya (pertimbang),” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital.
Pelbagai bank pusat di seluruh dunia sedang meneliti idea itu secara serius, termasuk Kanada, China, Sweden dan Uruguay.
“Secara umumnya, kami memikirkan perkara itu malah kerajaan juga meneliti mengenainya, untuk mengenal pasti fungsi yang ia (akan) gantikan,” katanya pada hari terakhir lawatan beliau ke Singapura pada Khamis.
Mengenai Harapan Coin, Dr Mahathir berkata ia belum lagi difikirkan secara mendalam.
“Kami mungkin menerimanya…bagaimanapun bergantung kepada sebaik mana ia berfungsi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) akan bersetuju dengan cadangan mengenai Harapan Coin itu, beliau berkata: “saya belum berbincang dengan BNM.”
Mata wang kripto atau mata wang digital merupakan wang tidak sah di Malaysia.
Dr Mahathir juga mengatakan bahawa perkara yang lebih menarik berbanding mata wang kripto adalah masyarakat tanpa tunai.
“Lebih menarik adalah masyarakat tanpa tunai India. Mereka tidak menggunakan sebarang wang.
“Apabila wang tidak digunakan, rasuah dapat dikekang,” katanya, dengan menambah, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengenainya.
Dr Mahathir juga berkata beliau telah memberi idea mengenai Mata Wang Asia Timur yang sama, namun hanya terhad untuk tujuan perdagangan dan bukan bagi penggunaan domestik semasa Sidang Kemuncak ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan).
“Ini merupakan idea lama saya. Saya memberitahu bahawa kita perlu mempunyai Mata Wang Asia Timur untuk perdagangan bukan untuk digunakan di peringkat domestik.
“Itu adalah cadangan lama saya. Saya berpandangan bahawa ini merupakan sesuatu yang akan membolehkan, malah negara asing, menangani masalah tidak mempunyai tukaran asing yang mencukupi,” katanya.
Mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, beliau berkata negara ASEAN bimbang berhubung kemelut itu.
“China sendiri tidak mahu perang perdagangan itu (memandangkan) ia merasakan kemelut tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan keamanan di rantau ini,” katanya ketika ditanya sama ada isu berkenaan telah dibincangkan dalam pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat berkaitan yang baru berakhir.
The post Kerajaan Kaji Idea Mata Wang Kripto – Tun M appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/kerajaan-kaji-idea-mata-wang-kripto-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Menulis Guna Mata Wang Bitcoin Bagaimana Hukum Siri 1

Mufti Wilayah Menulis Guna Mata Wang Bitcoin Bagaimana Hukum Siri 1

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 352 hits
MUKADIMAHISU ini telah dikemukakan oleh orang ramai ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi pelbagai medium antaranya aplikasi whatsapp Facebook Instagram dan Twitter Mutakhir ini Bitcoin yang merupakan salah satu daripada jenis mata ...
Air Mata Tun Tumpah Depan Ulama

Air Mata Tun Tumpah Depan Ulama

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 307 hits
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam hari ini yang membuatkannya merasa sebak Ia adalah ketika Mahathir menangis...
Harapan Coin Idea Kerajaan Scammers

Harapan Coin Idea Kerajaan Scammers

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 279 hits
oleh Ab Jalil Backer Ketika ringgit sedang membuat terjunan Khalid Samad mencadangkan pengenalan Crypto currency Harapan Coin untuk kegunaan secara rasmi dalam urusan negara Bagi yang tidak tahu crypto currency adalah satu cara penggubahan ...
Kecam Tun M Campur Urusan Umno Kerajaan Kini Najib Lakukan Perkara Sama

Kecam Tun M Campur Urusan Umno Kerajaan Kini Najib Lakukan Perkara Sama

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 354 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diberi peluang dan ruang sembilan tahun menjadi PM seharusnya berehat dan menumpukan kes mahkamah beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor Foto Nikkei Asian Review oleh Shahbudin Husin Di sebalik bermul...
Kerajaan Tidak Cukup Wang Bayar Hutang Najib

Kerajaan Tidak Cukup Wang Bayar Hutang Najib

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 535 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng diminta mengambil perhatian terhadap trend penurunan berterusan rizab antarabangsa negara Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab antarabangsa negara jatu...
Wakil Rakyat Pkr Persoal Kerajaan Sapu Rm30 Bilion Wang Petronas

Wakil Rakyat Pkr Persoal Kerajaan Sapu Rm30 Bilion Wang Petronas

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 350 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR hari ini mempersoalkan rasional menggunakan 36 rizab tunai Petronas untuk dividen khas RM30 bilion Wong Chen berkata rizab tunai Petronas setakat tahun lalu di paras RM128 bilion dan keuntungan selepas cukai RM46 b...
Kerajaan Ph Tidak Campur Tangan Tun M

Kerajaan Ph Tidak Campur Tangan Tun M

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 447 hits
PUTRAJAYA Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan campur tangan dalam aspek pelaksanaan undang undang terhadap bekas pemimpin terdahulu kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata dari segi kesalahan terpulang kepada pelaksanaan undang...
Wang Dicuri 1mdb Tidak Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia Tun Mahathir

Wang Dicuri 1mdb Tidak Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 237 hits
13 November 2018 7 02 PM SINGAPURA Wang yang dicuri dari dana 1Malaysia Development Bhd sebanyak US 4 3 bilion akan dibawa balik ke Malaysia walaupun mungkin tid
Wang Dirampas Aset Dsita

Wang Dirampas Aset Dsita

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 435 hits
KREDIT TO Kami memang sedang menyiasat Ultra Kirana Sdn Berhad dan lapan kakitangan pengurusan tertinggi sudah dipanggil untuk diambil keterangan Demikian kata Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia D...
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep