Kerajaan Jimat Rm600 Juta Sebulan Hasil Penyasaran Subsidi Diesel Berjaya Kekang Penyeludupan


KREDIT INFO- HARAPAN MADANI


KUALA LUMPUR, 5 Nov – Penyasaran subsidi diesel berjaya membantu negara menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan tanpa menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi secara ketara tetapi sebaliknya berada dalam keadaan yang terkawal.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penyasaran subsidi diesel menunjukkan penurunan mendadak dari segi penjualan diesel kepada stesen minyak iaitu sekitar 25 peratus atau hampir tujuh juta liter sehari.
Menurut beliau, perkara itu mencerminkan aktiviti penyeludupan diesel berjaya dikurangkan melalui pelaksanaan dasar tersebut.
Langkah berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan subsidi diesel kini membuahkan hasil apabila aktiviti penyelewengan dan penyeludupan berjaya dikekang sejak 10 Jun lalu.Malah, katanya, jualan diesel secara komersial pula menunjukkan peningkatan hampir 50 peratus atau empat juta liter sehari dan menggambarkan setakat mana sektor industri berhenti membeli diesel bersubsidi daripada stesen minyak.
“Berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan. Pada masa yang sama, kadar inflasi kekal pada tahap terkawal dan baru-baru ini menunjukkan penurunan.
“Dengan kenaikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dua peratus pada Julai 2024, 1.9 peratus (Ogos) dan 1.8 peratus (September). Sehubungan itu, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang memintanya menyatakan setakat mana keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui MyBUDI dan bagaimana golongan T15 ditentukan khususnya untuk penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun 2025.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kriteria golongan T15 yang akan terkesan dengan penyasaran subsidi petrol RON95 masih berada dalam pertimbangan kerajaan.
“Penentuan pendapatan isi rumah yang layak untuk harga petrol RON95 bersubsidi tidak akan ditentukan semata-mata berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Kerajaan masih meneliti pendekatan yang (akan) digunakan bagi menentukan kumpulan T15 bagi penysaran subsidi petrol RON95 dan tidak akan terikat secara terus dengan definisi HIS. Kerajaan akan teliti sebelum ia dimuktamadkan dengan mengambil kira kriteria tambahan selain pendapatan,” jelasnya.
Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan, beliau berkata, dasar semasa menyaksikan anggaran penggunaan petrol oleh segmen bukan warganegara, sektor komersial termasuk aktiviti penyeludupan adalah mencecah 40 peratus dari jumlah penggunaan.
“Memandangkan tahap subsidi petrol RON95 adalah sekitar RM20 bilion setahun, jika ketirisan kepada bukan warganegara, perniagaan dan golongan kaya dapat ditangani, ia bakal menjana penjimatan sehingga RM8 bilion setahun.
“Peralihan daripada pemberian subsidi pukal dengan harga runcit bersubsidi kepada semua pengguna tanpa had kepada penyasaran subsidi memerlukan penentuan kaedah yang bersesuaian digunapakai.

“Bagi penyasaran subsidi RON95 kerajaan masih dalam proses memuktamadkan kriteria dan keperincian penyasaran subsidi tersebut supaya dapat memenuhi keperluan rakyat, sama ada yang bermotosikal atau dengan kereta, di kawasan bandar dan luar bandar serta yang berniaga skala kecil,” jelasnya.
Tambahnya, mekanisme penyasaran subsidi tersebut dijangka melibatkan harga penetapan stesen minyak mengikut harga pasaran sementara.
“Rakyat yang layak akan terus membeli RON95 pada harga bersubsidi. Selain kaedah fleet card untuk diesel, kerajaan juga telah melaksana projek perintis pembelian petrol RON95 pada harga bersubsidi dengan menggunakan kad pengenalan dan juga e-dompet.
“Bagi meredakan kebimbangan rakyat, kerajaan akan pastikan kaedah pelaksanaan subsidi petrol RON95 yang menyeluruh dan berkesan seperti mana penyasaran subsidi diesel,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/kerajaan-jimat-rm600-juta-sebulan-hasil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Panas Dalam Negara Fashion Valet Rugi Kerajaan Rm43 9 Juta Apa Kaitan Dengan Mahathir

Skandal Panas Dalam Negara Fashion Valet Rugi Kerajaan Rm43 9 Juta Apa Kaitan Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43 9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata a...
Rm7 2 Juta Daripada Rm20 Juta Wang Tebusan Berjaya Diperolehi Pdrm

Rm7 2 Juta Daripada Rm20 Juta Wang Tebusan Berjaya Diperolehi Pdrm

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 134 hits
Shuhaily pada sidang akhbar berkenaan JOHOR BAHRU Polis telah berjaya mendapatkan RM7 2 juta daripada keseluruhan wang tebusan berjumlah RM20 juta yang dikatakan diserahkan kepada sindiket dalam kes culik seorang ahli perniagaan 13 Oktober ...
Apple Bayar Anda Sehingga 1 Juta Kalau Berjaya Hack Server Apple Intelligence

Apple Bayar Anda Sehingga 1 Juta Kalau Berjaya Hack Server Apple Intelligence

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 237 hits
Apple Rasa nak cuba hack server Apple Kalau berjaya you mungkin boleh dapat hadiah hingga 1 juta dari program bug bounty baru mereka Khamis lepas Apple umumkan cabaran untuk menguji keselamatan pelayan yang akan digunakan dalam perkhidmatan...
Mnhb Dapat Kontrak Pemasangan Bess Dari Tnb Bernilai Rm63 Juta

Mnhb Dapat Kontrak Pemasangan Bess Dari Tnb Bernilai Rm63 Juta

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 318 hits
MNHB baru baru ini mengumumkan bahawa anak syarikat mereka MN Power Transmission Sdn Bhd telah memenangi kontrak bernilai RM63 juta untuk pemasangan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri dari Tenaga Nasional Wah satu berita baik untuk syarikat i...
Bilik Rahsia Tempat Simpan Dua Juta Batang Rokok Seludup

Bilik Rahsia Tempat Simpan Dua Juta Batang Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 158 hits
Nur Izzati Mohamadbhnews bh com myPengarah Kastam Pulau Pinang Rohaizad Ali menunjukkan antara 2 juta batang rokok putih dan rokok kretek bernilai lebih RM1 95 juta termasuk cukai yang disorok dalam bilik rahsia terletak belakang almari ket...
Rm50 Juta Untuk Plkn 3 0 Tak Membazir Persatuan Belia Tolak Gesaan Ahli Parlimen

Rm50 Juta Untuk Plkn 3 0 Tak Membazir Persatuan Belia Tolak Gesaan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 156 hits
PLKN diperkenalkan pada 2004 sebelum ditangguhkan pada 2015 dan dimansuhkan terus tiga tahun selepas itu PETALING JAYA Majlis Belia Malaysia menolak gesaan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui supaya kerajaan menilai semula Program Latihan Khidma...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru