Kerajaan Gagal Adalah Naratif Ciptaan Makhluk Asing Gila Kuasa


Beberapa negara seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam mula melaksanakan perintah berkurung, darurat dan kawalan pergerakan lebih ketat mulai minggu ini sebagaimana yang telah Malaysia lakukan apabila varian baru Covid-19 dikesan sudah menular masuk ke negara masing-masing baru-baru ini.

Kawasan Greater Bangkok yang menyumbang kira-kira 50% kepada pendapatan domestik mula menutup semua kompleks beli-belah, spa, pusat mengurut serta klinik kecantikan bermula Isnin. Kerajaan negara tersebut turut melaksanakan perintah bekerja dari rumah untuk penjawat awam, perintah berkurung pada waktu malam serta larangan rentas daerah.

Indonesia juga mengenakan perintah darurat ke atas 15 kawasan termasuk 13 bandar di Kalimantan, Bali, Sumatera, Papua dan Lombok. Kompleks beli-belah diarahkan tutup, makan di restoran dilarang sama sekali dan semua pekerja di sektor bukan perkhidmatan perlu mesti bekerja dari rumah.

Vietnam juga mengenakan perintah yang sama mulai Jumaat dengan sasaran mahu mengekang penularan Covid-19 tersebut yang disifatkan paling buruk sejak pandemik itu menyerang kembali negera tersebut pada April lalu.

Para penduduk di Ho Chi Minh City dilarang daripada berkumpul lebih daripada dua orang, mereka hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan sahaja seperti makanan, ubat-ubatan serta bagi kes-kes kecemasan. Hanya mereka yang mendapat keputusan negatif dalam ujian saringan Covid-19 sahaja dibenarkan memasuki kawasan ibu kota.

Dengan kata lain, gelombang terbaharu pandemik ini yang menyebabkan Malaysia terpaksa menguatkuasakan perintah darurat, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) pelbagai SOP ketat dan tegas bukan hanya berlaku di sini malah di seluruh dunia.

Selain Asean, berpuluh-puluh lagi negara turut melaksanakan perintah berkurung atau darurat yang sama sejak tercetusnya varian baru antaranya Australia, Korea Selatan dan Jepun manakala beberapa negara lain lagi hanya menunggu masa untuk mengambil dan melaksanakan pendekatan yang sama .

Gelombang Covid-19 ini datang silih berganti. Ketika keadaan seperti sudah mula reda dan kembali seperti sedia kala dengan semua sektor kehidupan mula dibuka, pandemik ini menyerang kembali. Setiap kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan pelbagai pendekatan bagi menangani situasi ini termasuk Malaysia.

Segala pendekatan serta inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan masing-masing bagi menangani pandemik ini dan pada masa yang sama bertujuan membantu rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang terkesan teruk akibat penangan pandemik ini.

Pendekatan ini sedikit sebanyak berjaya membantu meringankan beban kehidupan kumpulan yang terlibat bagi meneruskan kehidupan dan pada masa yang sama memulihkan kembali kehidupan mereka.

Dalam keadaan pandemik ini tidak nampak akan berakhir di seluruh dunia dan dengan segala usaha dan inisiatif kerajaan yang fokusnya hanyalah untuk membantu rakyat, adalah sangat tidak adil untuk terus menuduh kerajaan gagal.

Naratif kerajaan gagal hanyalah ciptaan parti-parti politik seperti Umno, PKR dan DAP bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi menubuhkan sebuah jajaran baharu politik sebelum atau selepas pilihan raya umum nanti.

Seorang bekas perdana menteri yang kini menjadi “Perdana Menteri Facebook” dan masih menaruh harapan untuk membuat “comeback” dan dua orang bekas timbalan perdana menteri yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri tetapi tidak kesampaian dan tidak pernah padam pun tahu tidak ada sebuah kerajaan di dunia sehingga kini berjaya mengekang serangan pandemik ini.

Bagaimanapun mereka berterusan menyerang kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin hanya kerana mahu seorang perdana menteri yang mampu menangani krisis Covid-19. Siapakah “seorang perdana menteri” yang dimaksudkan itu? Jawapan tidak lain dan tidak bukan “diri saya sendiri.”

Kalau inilah kayu ukur yang digunakan “Perdana Menteri Facebook”, maka satu dunia perlu mendesak perdana menteri atau presiden masing-masing meletak jawatan kerana tidak ada sebuah negara pun lagi yang mampu keluar daripada pandemik ini yang membawa kepada krisis ekonomi di negara masing-masing!

Di negara lain semua parti politik meletakkan kepentingan diri dan perbezaan ideologi ke tepi, berganding bahu membantu negara berjuang melawan pandemik ini. Tetapi di Malaysia lain pula ragamnya. Parti-parti politik dalam jajaran baharu bertungkus-lumus melakukan macam-macam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika negara sedang bermati-matian melawan pandemik halimunan ini.

Itupun mereka masih mendakwa gerakan tersebut bukan kerana gila kuasa tetapi kerana mahu menyelamatkan Malaysia. Kalau bukan kerana gila kuasa apa lagi tujuan dan matlamatnya?
Ada benarnya kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bahawa hanya mereka yang masih gila politiking sahaja menganggap Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19. Mereka ini seolah-olah mereka berada di sebuah planet lain dan bukannya di bumi. Mereka menjadi sedemikian disebabkan oleh nafsu politik angkuh terlalu tinggi dan sangat rakus mahu berkuasa!

Oleh: Saladin Hassan Saleh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/kerajaan-gagal-adalah-naratif-ciptaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Hidup Menderita Kerajaan Bodoh Hidup Gila Kuasa Manifestasi Kekecewaan Muncul Di Beberapa Bandar

Rakyat Hidup Menderita Kerajaan Bodoh Hidup Gila Kuasa Manifestasi Kekecewaan Muncul Di Beberapa Bandar

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 219 hits
FMT ReportersKain rentang mengutuk kerajaan digantung di Chukai Kemaman Terengganu PETALING JAYA Kain rentang mengutuk kerajaan menteri dan ahli politik digantung di beberapa kawasan ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi ketik...
Malu Nak Ucap Kerajaan Gagal Kah

Malu Nak Ucap Kerajaan Gagal Kah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 225 hits
MOHD MUKLISNak sebut kerajaan gagal malu nak salahkan DAP sudah jadi khadam MCA Nak complain lebih lebih sertuan rahmat hari tu masih lagi bersisa Demikianlah Mopti tsiqah hilang tak ada orang peduli akibat berkhianat ilmu dan kedudukan yan...
Kenapa Kita Harus Bersedih Kerana Kerajaan Gagal

Kenapa Kita Harus Bersedih Kerana Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 290 hits
MOHD MUKHLISTak faham kenapa nak sedih bila kes 9 353 dah memang PN gagal merancang sebenarnya PN merancang untuk gagal Jadi rai kan sahaja kehebatan kerajaan Melayu Isle mentadbir Kata no Anwar dan no DAP padahal Anwar adalah the right per...
Sultan Selangor Dukacita Kerajaan Selangor Kerajaan Gagal

Sultan Selangor Dukacita Kerajaan Selangor Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 249 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita terhadap dua perkara susulan penularan wabak COVID 19 yang melanda negara sejak tahun lalu Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Istana Alam Shah Sultan ...
Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Kerajaan Gagal Gagal Mengurus

Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Kerajaan Gagal Gagal Mengurus

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 432 hits
FAZLI RADZIEkonomi negara ini berada pada tahap teruk biarpun menteri menyatakan semuanya baik tegas Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Menurutnya kadar pengangguran tinggi wa...
Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 336 hits
Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid 19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal malah mereka b...
Soal Tutup Kilang Kuasa Di Bawah Kerajaan Negeri Atau Pusat

Soal Tutup Kilang Kuasa Di Bawah Kerajaan Negeri Atau Pusat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 314 hits
Tidak dinafikan keberkesanan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu semakin dipersoalkan dalam kalangan rakyat Mana tidaknya sudah sebulan lebih mereka berkurung di dalam rumah namun kes Covid 19 tetap m...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation