Kerajaan Direstui Langit Tapi Tak Dapat Ilham



Kredit : Tok Misai
Mulai sekarang, aku dengan secara rasmi menamakan kerajaan pintu belakang Muhyiddin Yassin (MY) sebagai KERAJAAN LANGIT (Kingdom of Heaven) kerana dia mendapat dokongan dari jumhur (majoriti) para ulama di Malaysia, walaupun cara dia tubuhkan kerajaan ini melibatkan pengkhianatan terhadap perjanjian, yang sepatutnya dikira melanggar prinsip keadilan dalam Islam.
Tetapi dengan dokongan kuat dari hampir semua para alim ulama di negara ini yang memandang pengkhianatan perjanjian tersebut tidak menyalahi Islam, maka umat melayu sudah tentu merasakan bahawa kerajaan MY ini mendapat restu dan redha dari Allah. Bahkan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan Mufti Perlis begitu memuji dan menyanjung MY yang dikatakan sangat wara’. Mufti Perlis di dalam FB-nya siap bercerita dan memuji MY seperti berikut :
“Beberapa kali saya datang (ke rumah beliau), saya dapati beliau sering berjemaah dalam rumah beliau. Beliau juga boleh menjadi imam dengan bacaan yang baik. Mungkin kelebihan ini disebabkan oleh latar (belakang) keluarga beliau.”
Bagus punya promosi ini untuk cuba yakinkan kita bahawa MY adalah orang baik dan pemimpin yang mendapat restu dari langit. Lebih2 lagi kerana ayahnya Haji Muhammad Yassin ialah seorang ulama terkenal di Muar dulu.
Mana tidaknya, video sujud syukurnya habis diviral untuk ditonton oleh semua orang. Inilah satu-satunya PM Malaysia yang sangat bersyukur bila dia dilantik jadi PM dan mempamirkan kesyukurannya, seolah-olahnya memang dia sudah lama mengidamkan jawatan ini.
Setahu aku para sahabat Nabi paling akrab yang empat orang itu – Abu Bakr as Siddiq, Umar al Khattab, Uthman al Affan dan Ali bin Abi Talib yang kesemuanya dikenali sebagai Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah yang mendapat petunjuk), menggigil lutut bila dilantik jadi khalifah. Abu Bakr dan Umar saling tolak menolak jawatan ini kerana takut memikul tanggung jawabnya. Mereka bukan sujud syukur, tapi menangis memohon ampun dari Allah supaya dipelihara dari membuat kesilapan yang akan mengakibatkan berlakunya kezaliman kepada rakyat.
Takpalah.. MY ini lain sebab dia bukan sahabat Nabi. Lagipun, dia memang berhajat sungguh hendak jadi PM kepada kerajaan langit yang dianggotai oleh pasukan berbangsa Melayu. Tetapi yang aku kesal ialah kenapa takda sorang pun dari 30 orang jemaah menteri kerajaan suci ini tampil ke hadapan untuk bantu rakyat waktu keadaan jadi kelam kabut malam tadi?
Beribu-ribu orang serbu stesen bas dan balai polis untuk keluar dari KL balik kampung kerana panik dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh MY pada malam sebelumnya, hingga polis pun panik jugak sebab banyak balai kena serbu. Tetapi semua menteri-menteri kerajaan langit ini senyap sunyi macam kura-kura bodoh. Takkan seorang pun dari menteri2 kerajaan langit yang suci ini tidak mendapat ilham dari langit untuk bantu menangani masalah rakyat yang sedang haru biru ini? Pelik jugak aku pikir pasal ini.
Catatan di bawah ini aku copy & paste dari posting whatsapp yang tersebar luas malam tadi. Ia adalah deskripsi terbaik untuk gambaran semalam :
1. Menteri Pengangkutan tak beritahu bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak.
2. Menteri Sumber Manusia langsung tak sebut secara terperinci sektor mana yang akan terjejas dan apa jaminan bagi pekerja-pekerja swasta bergaji hari.
3. Menteri Pertanian dan Industri Makanan tak beri jaminan dan mekanisme bagaimana rakyat boleh dapat cukup bekalan makanan harian dalam tempoh larangan.
4. Menteri KPDNHEP tak cakna tentang panik buying dikalangan rakyat, begitu juga dengan jualan topeng muka dan sanitizer yang menjadi kegusaran rakyat.
5. Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Perusahaan, Komoditi dan Perladangan tiada langkah proaktif untuk pastikan usahawan-usahawan kecil yang terpaksa tutup bisnes dalam tempoh larangan.
6. Menteri Kerajaan Tempatan sibuk makan malam dengan taikun, tak nak ke bantu majlis perbandaran disinfeksi tempat-tempat awam seperti masjid.
7. Menteri Pengajian Tinggi lambat buat pelan pergerakan pelajar yang terpaksa pulang ke kampung kerana IPT ditutup.
8. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat gagal sediakan solusi bagi membantu ibu-ibu bekerja yang terpaksa jaga anak kerana penutupan taska.
9. Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya menjadi tonggak dalam isu ini, langsung tak dengar cerita.
10. Menteri Tugas-tugas Khas yang kita pun tak tahu apa tugasnya. Sepatutnya dalam situasi begini, dia diberi tugas penting. Barangkali masih sibuk dengan kereta terbang.
11. Perdana Menteri, buat mesyuarat nasional tentang COVID-19, tak jemput Menteri Besar parti lawan!
Macam mana kerajaan langit boleh biarkan rakyat jadi kelam kabut begini? Bukankah ini kerajaan Melayu Islam yang suci lagi bersih kerana semua menteri-menterinya telah diberi “clearance” oleh pihak polis dan SPRM? Bukankah kerajaan ini juga disertai oleh lebai-lebai beriman yang dilantik sebagai menteri kepada 3 buah kementerian? Dan bukankah kafir DAP tidak ada lagi dalam kerajaan ini?
Sama-samalah kita lihat bagaimana MY dan pasukan kerajaan langitnya akan “perform” selepas ini. Kita lihat jika prestasi mereka untuk menjaga kebajikan rakyat akan lebih cemerlang dari kerajaan PH sebelum ini yang mereka kata adalah kerajaan kafir yang tidak diredhai Allah. Aku harap sangat prestasi kerajaan langit ini nanti tidak akan jadi lebih teruk dari kerajaan PH yang telah kena “game” dengan anak Lebai Yassin.
Jangan bagi malu Kerajaan Langit beb! Hidup Melayu!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26752

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dapat Kerajaan Pusat Tapi Hilang Jatidiri Islam

Pas Dapat Kerajaan Pusat Tapi Hilang Jatidiri Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 297 hits
Sahabat AmanahSering dimomokkan kepada seluruh ahli dan penyokong dasar Pas yg menjadi pegangan adalah Al Quran Sunnah Ijmak dan Qiyyas Mutakhir ini negara dihidangkan dgn kecelaruan politik yg melampau Terhidang depan mata bagaimana segeli...
Kami Sokong Dr M Tapi Akan Kerjasama Dengan Kerajaan Muhyiddin Kata Shafie

Kami Sokong Dr M Tapi Akan Kerjasama Dengan Kerajaan Muhyiddin Kata Shafie

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 260 hits
KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata kerajaan negeri pimpinannya akan bekerjasama dengan kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri ke 8 Muhyiddin Yassin walaupun mereka menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mo...
Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 258 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Abd Samad menjelaskan istilah pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang bukanlah gelaran yang menolak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang sah Sebaliknya beliau berkata penggunaan...
Dia Dah Sedaya Upaya Ikut Step Precaution Tapi Anggota Pdrm Duduk Luar Rumah Elak Isteri Anak Anak Dijangkiti Covid 19

Dia Dah Sedaya Upaya Ikut Step Precaution Tapi Anggota Pdrm Duduk Luar Rumah Elak Isteri Anak Anak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 467 hits
Walaupun arahan kawalan pergerakan sudah dikeluarkan disebabkan wabak Covid 19 masih terdapat lagi individu yang tidak mendengar arahan tersebut Ibarat mencurah air ke daun keladi segala galanya tidak dipandang serius oleh masyarakat Situas...
Dia Cucuk Atm Tapi Tersentak Kenapa Gaji Sikit Aje

Dia Cucuk Atm Tapi Tersentak Kenapa Gaji Sikit Aje

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 192 hits
Hari ini hari gaji Kholid Somad cucuk ATM dan terkejut kenapa gaji sikit saja Pasal Covid 19 ke Tak mungkin Ini mesti salah Najib dia berfikir dalam hati Dia merayau rayau sehingga masuk ke Tesco Hatinya masih tak tenang kenapa gaji tak mac...
Kkm Tabung Darah Kurang Tapi Mencukupi

Kkm Tabung Darah Kurang Tapi Mencukupi

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 183 hits
Orang ramai yang berhasrat menderma darah boleh menghubungi KKM PUTRAJAYA Tabung bekalan darah di hospital awam berkurangan sejak perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata ...
Duduk Di Rumah Memang Membosankan Tapi Melihat Kelemahan Pn Jauh Lebih Membosankan

Duduk Di Rumah Memang Membosankan Tapi Melihat Kelemahan Pn Jauh Lebih Membosankan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 351 hits
Hari ini adalah hari keenam kita semua duduk di rumah sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan Perintah yang bermula sejak 18 Mac lalu hanya akan berakhir pada 31 Mac nanti Duduk di rumah dengan ...
Bukan Masalah Free Tapi Ada Atau Disorok

Bukan Masalah Free Tapi Ada Atau Disorok

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 153 hits
Facemask dan sanitizer ni sebenarnya tak perlu pun kerajaan bagi percuma kita faham mungkin kerajaan hari ini takda kemampuan kewangan atau mungkin takda kemampuan berfikir Yang penting bekalan itu ada dan harganya tidak melambung bukan rak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut