Kerajaan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Buluh



Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menterinya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media hari ini berkata saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah AS$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018.

Bagaimanapun, katanya, sumbangan eksport industri berasaskan buluh negara masih rendah iaitu sekitar RM9 juta pada 2019.

"Oleh itu, industri buluh mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini," katanya.

Mohd Khairuddin berkata beliau turut membentangkan status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agrikomoditi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Jelasnya, pokok buluh merupakan tumbuhan mudah ditanam dan dijaga kerana tempoh matangnya yang singkat iaitu di antara tiga hingga empat tahun dan boleh dituai selepas tempoh berkenaan.

Ketika ini, beliau berkata terdapat kira-kira 100 pengusaha buluh dalam pelbagai kategori seperti perabot, makanan, fabrik, kraftangan, kutleri, pembinaan dan eko-pelancongan.

"KPPK melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) juga menyediakan insentif pinjaman mudah bagi menggalakkan pembangunan ladang buluh.

"Pinjaman sejumlah RM10,000 sehektar disediakan untuk pembangunan ladang skala kecil (20-40 hektar), skala sederhana (41–2,499 hektar) dan skala besar (2,500 hektar ke atas)," kata Mohd Khairuddin.

Lima spesies buluh yang dikenal pasti di bawah PPLH adalah spesies buluh betung, buluh semantan, buluh beting, buluh beti dan buluh hitam.

Bagi menyokong pembangunan industri buluh, katanya, kementerian itu akan membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian Buluh di Lahat, Perak di kawasan seluas 1.72 hektar (4.2 ekar) dalam usaha untuk menghasilkan anak benih buluh berkualiti.

Kata Mohd Khairuddin makmal tisu kultur tersebut berupaya menghasilkan sehingga 100,000 anak benih buluh sebulan apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

Selain memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program pembawa perubahan dalam RMK12, kementerian itu juga sedang menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2025 yang dijangka akan diumumkan pada penghujung tahun ini.

- Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/kerajaan-beri-tumpuan-bangunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komited Bangunkan Industri Sawit Minimakan Kos Menteri

Komited Bangunkan Industri Sawit Minimakan Kos Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhasrat meneruskan usaha kerajaan terdahulu dalam membangunkan industri sawit Menurut beliau pihaknya tidak akan menghentikan segala usaha murni ...
Pengiat Filem Berharap Kerajaan Contohi Eropah Bantu Industri Filem Selepas Pkp

Pengiat Filem Berharap Kerajaan Contohi Eropah Bantu Industri Filem Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 407 hits
Pandemik Covid 19 telah memberi impak yang besar baik dari segi kesihatan dan ekonomi Antara yang terkesan adalah perniagaan hiburan dan telah menimbulkan cabaran yang belum pernah dihadapi industri filem dan televisyen Justeru itu beberapa...
Industri Buluh Teresa Kok Sekolahkan Lebai Pas

Industri Buluh Teresa Kok Sekolahkan Lebai Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 566 hits
ULASAN Saya memang tertarik dengan tajuk artikel Apakah Buluh PAS dan DAP sama yang ditulis oleh Haji Bakri Jamaluddin disiarkan dalam Harakahdaily net pada 16 April 2020 Saya ingin membetulkan beberapa poin yang salah yang dibangkitkan ole...
Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 326 hits
Dari tajuk entri sudah jelas apa yang saya mahu sampaikan Ya cakap bohong sabotaj usaha kerajaan kekang penularan wabak covid 19 Sudah lama saya pendamkan isu ini namun kebelakangan ni kelihatan tiada perubahan malah kelihatan semakin menja...
Hospital Siap Dalam Masa Hanya 3 Hari Syabas Kerajaan Malaysia

Hospital Siap Dalam Masa Hanya 3 Hari Syabas Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 555 hits
Power Gilerrrr Kerajaan Ni Orang sibuk berbangga dengan kejayaan UK buat hospital sementara dalam tempoh 9 hari Tahukah anda Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah DR ADHAM BABA berjaya bina hospital sementara Covid 19 di Maeps dengan kapa...
Kerajaan Selangor Keras Kepala Bagi Tentera Ambil Alih Pemerintahan Selangor Jela Boleh Tak

Kerajaan Selangor Keras Kepala Bagi Tentera Ambil Alih Pemerintahan Selangor Jela Boleh Tak

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 249 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan membenarkan mana mana premis perniagaan dibuka atau ditutup semasa tempoh perintah kawalan pergerakan terletak pada Majlis Keselamatan Negara Beliau berkata demikian ketika mengulas keputu...
Video Inside Reda Dengan Arak Judi Adalah Kerajaan Ulama Syaitan

Video Inside Reda Dengan Arak Judi Adalah Kerajaan Ulama Syaitan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 273 hits
Penceramah bersuara lantang Ustaz Azhar Idrus pernah menegaskan pemimpin yang bersekongkol menerima keuntungan daripada arak dan judi sebagai kerajaan syaitan dan menteri syaitan Beliau yang dikenali berucap pekat dalam loghat Terengganu it...
Abdul Hadi Awang Tak Pernah Minta Jawatan Dalam Kerajaan

Abdul Hadi Awang Tak Pernah Minta Jawatan Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 316 hits
SHAH ALAM Pas berterima kasih dan menghargai kepercayaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hass...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0