Industri Buluh Teresa Kok Sekolahkan Lebai Pas



ULASAN: Saya memang tertarik dengan tajuk artikel “Apakah Buluh PAS dan DAP sama?” yang ditulis oleh Haji Bakri Jamaluddin disiarkan dalam Harakahdaily.net pada 16 April 2020.
Saya ingin membetulkan beberapa poin yang salah yang dibangkitkan oleh Haji Bakri :-
Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia sebenarnya dirangka oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi tempoh 2011 – 2020, dan ia bukan dirangka pada tahun 2016 seperti apa yang disebut oleh Haji Bakri.
Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2011 – 2020 memang dirangka sebelum PH menjadi kerajaan, tetapi pelan ini tidak dilaksanakan dengan seriusnya. Oleh sebab itu, nilai eksport buluh pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 9 juta sahaja, sedangkan saiz pasaran bagi buluh global ialah AS$ 68 billion pada tahun 2018, seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sendiri.
Semasa saya memegang jawatan Menteri di Kementerian Industri Utama, bila saya diberitahu oleh Pegawai MTIB berkenaan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh, saya pun mula giat mempromosi penanaman buluh sebagai tanaman baharu bagi negara kita, termasuk membawa pegawai MTIB untuk memberi pembentangan kepada beberapa Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan beberapa negeri. Selain daripada itu, saya juga berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM 6 juta dalam bajet 2020 untuk menubuhkan nurseri benih buluh.
Tulisan Haji Bakri yang menyatakan YB Menteri Dr Mohd Khairuddin Aman Razali “berani menjadikan program memajukan industri berasaskan buluh sebagai ‘game changer’ di bawah MTIB” adalah tidak tepat kerana Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh telahpun bermula pada tahun 2011. Beliau hanya meneruskan dasar yang lama di bawah MTIB sahaja.
Saya tidak pernah menyaran para penanam sawit untuk “lupakan sawit, tanam buluh”. Ini adalah tajuk laporan yang sengaja diputar-belitkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada waktu itu.
Untuk makluman Haji Bakri, “minum satu sudu minyak sawit setiap hari” adalah kenyataan Tun Dr Mahathir semasa beliau melancarkan Kempen Sayangi Sawitku pada 24 Mac 2019. Ia sengaja diputar-belitkan oleh penyokong UMNO & PAS untuk menghina Kempen Sayangi Sawitku yang dimulakan oleh saya.
Selain daripada itu juga, “menoreh getah dalam musim hujan” adalah kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) kerana LGM memang telah berjaya mengeluarkan alat yang membolehkan penorehan getah dijalankan pada musim hujan. Alat-alat seperti ini juga digunakan oleh penoreh getah di negara Thai dan di Hainan, China. Saya suka mencadangkan agar Haji Bakri mengunjungi LGM untuk mendapat taklimat berkenaan rekaan ini daripada penyelidik dan Ketua Pengarah LGM.
Sebab utama YB Menteri Dr Khairuddin menghadapi kritikan dan ejekan daripada orang ramai pada ketika ini adalah kerana beliau pernah membuat kenyataan pada Mac tahun lepas (2019) yang tidak betul yang menghina usaha saya selaku Menteri pada masa itu untuk mempromosi penanaman buluh berdasarkan laporan yang salah yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Ironinya ketika ini, YB Dr Khairuddin jelas kuat mempromosi penanaman buluh.
Haji Bakri sebagai seorang Ustaz dan pemimpin PAS haruslah bercakap dan menulis apa yang benar, dan bukan memutar belitkan fakta mengikut kepentingan diri kerana Islam telah mengajar kita bahawa “fitnah adalah lebih buruk daripada membunuh”.
Saya juga berharap Harakahdaily.net bersedia bagi menyiarkan kenyataan saya yang membetulkan fakta yang salah dalam artikel Haji Bakri Jamaluddin, supaya Harakahdaily.net dilihat sebagai media yang menjunjung fakta sekali gus mempunyai kredibiliti. Sekiranya tidak, Harakahdaily.net juga tidak lebih daripada sebuah portal penyambung fitnah.
TERESA KOK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27178

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ladang Buluh Teresa Kok Gembira Tahniah T Kasih

Ladang Buluh Teresa Kok Gembira Tahniah T Kasih

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 600 hits
KL 16 April Pendirian kerajaan Perikatan Nasional mahu memajukan tanaman buluh dipersoalkan warga maya Seorang pengguna Twitter berkata idea asal oleh kerajaan Pakatan Harapan yang dahulunya dikritik oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razal...
Logik Lebai Pas Takpa Main Tiktok Asalkan Bukan Bini Dia

Logik Lebai Pas Takpa Main Tiktok Asalkan Bukan Bini Dia

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 435 hits
Dulu anggap TikTok fitnah sekarang Menteri KPT tidak buat salah MALAYSIA DATELINE Ada penyokong Pas dilihat bermati matian menjadi jurucakap kepada pemimpin Umno walaupun mungkin tidak diminta berbuat demikian Sejak bersubahat dengan Umno m...
Sekali Lagi Dap Sekolahkan Lebai Yang Bawa Fakta Hanyut

Sekali Lagi Dap Sekolahkan Lebai Yang Bawa Fakta Hanyut

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 216 hits
TERESA KOK JAWAB SALAH FAKTA HJ BAKRI JAMALUDDIN BERKAITAN BEBERAPA ISU BERBANGKIT TERMASUK PENANAMAN BULUH Saya memang tertarik dengan tajuk artikel Apakah Buluh PAS dan DAP sama yang ditulis oleh Haji Bakri Jamaluddin disiarkan dalam pada...
Menteri Tiru Idea Teresa Kok Ke Dulu Kutuk Kan

Menteri Tiru Idea Teresa Kok Ke Dulu Kutuk Kan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 347 hits
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Menterinya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media...
Pas Man Got His Bamboo Facts Wrong Says Teresa

Pas Man Got His Bamboo Facts Wrong Says Teresa

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 276 hits
Former primary industries minister Teresa Kok has hit out at Malacca PAS information chief Bakri Jamaluddin for an article criticising her efforts at promoting bamboo plantations saying that the latter had gotten his facts wrong I was drawn...
Ini Tak Boleh Diterima Teresa Kok Terkejut Parlimen Bersidang Hanya Sehari

Ini Tak Boleh Diterima Teresa Kok Terkejut Parlimen Bersidang Hanya Sehari

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 398 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen DAP terkejut apabila menerima e mel daripada Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat yang memberi notis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Parlimen Ke 14 hanya akan diadakan selama sehari Ahli Parlimen Sepute...
Kerajaan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Buluh

Kerajaan Beri Tumpuan Bangunkan Industri Buluh

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 545 hits
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Menterinya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media...
Rm10 Juta Diberikan Pusat Kenapa Tak Bagi Kita Bantuan Yang Dapat Hanya Orang Pas

Rm10 Juta Diberikan Pusat Kenapa Tak Bagi Kita Bantuan Yang Dapat Hanya Orang Pas

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 271 hits
Satu sen pun tak ada itu dakwaan Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berhubung wang peruntukan untuk wakil wakil rakyat parti itu di negeri berkenaan untuk membantu rakyat semasa wabak Cobid 19 Menurut bekas menteri besar Terengganu itu su...
Takiyudin Tidak Patuhi Etika Berkerajaan Kata Bekas Setiausaha Agung Pas

Takiyudin Tidak Patuhi Etika Berkerajaan Kata Bekas Setiausaha Agung Pas

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 185 hits
Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa Anggota Parlimen Kerajaan yang tidak dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri akan diberi tanggungjawab sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaa...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko