Kerajaan Akan Permudah Proses Mengundi Bagi Rakyat Di Luar Negara Pm Anwar


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel pada 13 Mei 2025. Foto Bernama
MOSCOW, 14 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa langkah sewajarnya akan diambil bagi mempermudah proses pengundian untuk rakyat Malaysia di luar negara khususnya pelajar, sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Berucap pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Moscow malam tadi, beliau berkata perkara itu dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, SPR adalah sebuah badan bebas dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam operasi SPR.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Kerajaan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow, Russia pada 13 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimAnwar berkata, beliau secara peribadi menyokong usaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat melaksanakan hak demokrasi untuk mengundi tanpa mengira lokasi mereka.
“Saya telah bangkitkan perkara ini kepada SPR, mengapa kita tidak boleh pastikan setiap warganegara dapat melaksanakan hak mereka walau di mana juga berada,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kemajuan teknologi boleh membantu menjadikan proses pengundian lebih mudah diakses dan selamat, sambil menambah penggunaan pengecaman wajah dan teknologi rantaian blok (blockchain) sebagai contoh bagi mengekalkan integriti sistem.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Kerajaan Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow, Russia pada 13 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Dengan platform canggih yang ada hari ini, proses mesti lebih telus dan kukuh. Teknologi blockchain contohnya, boleh menjejak keseluruhan proses pengundian dari awal hingga akhir dan mengelak penyelewengan,” katanya.
Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan pelajar perubatan tahun akhir, Ahmad Hamizan Hadi Ahmad Hakimi, dari Universiti Perubatan Kursk.
Hamizan menyatakan beliau dan ramai daripada 345 pelajar Malaysia di universiti berkenaan, tidak dapat mengundi pada PRU lalu berikutan jarak jauh antara kampus dan Kedutaan Malaysia di Moscow.
Katanya, pengundian atau pendaftaran secara dalam talian juga tidak dapat dilakukan, berkemungkinan disebabkan sekatan yang menjejaskan akses internet dan platform digital di Russia.
“Rasa rugi kalau kami tidak dapat mengundi,” katanya.
Anwar mengakui kebimbangan itu sebagai isu yang sah dan perlu diberi perhatian supaya golongan muda Malaysia di luar negara tidak terpinggir daripada proses demokrasi.
“Kita akan pastikan sebelum PRU akan datang, satu proses diwujudkan untuk memudahkan pengundian.
“Jika tidak, berjuta-juta anak muda kita di luar negara boleh hilang hak untuk mengundi.
“Secara teknikal, mereka masih boleh mengundi dengan pergi ke kedutaan, tetapi proses itu tidak sepatutnya membebankan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel pada 13 Mei 2025. Foto BernamaLebih 100 rakyat Malaysia, termasuk pelajar dan kakitangan kedutaan, hadir pada majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri.
Turut hadir lima menteri yang mengiringi Anwar dalam lawatan rasmi ke Russia, termasuk Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/kerajaan-akan-permudah-proses-mengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan Ai Anwar

Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan Ai Anwar

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 128 hits
Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan selaras dengan teknologi itu yang kini menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi global dan daya saing negara Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahi...
Kerajaan Madani Berjaya Laksana 144 Projek Rm14 Bilion Di Sabah Pm Anwar

Kerajaan Madani Berjaya Laksana 144 Projek Rm14 Bilion Di Sabah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 204 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTAWAU 11 Mei Kerajaan MADANI telah melaksanakan sebanyak 144 proj...
Komitmen Kerajaan Madani Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan Pm Anwar

Komitmen Kerajaan Madani Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 151 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya pada 2 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Mei Usaha terus dipergiat bagi menyokong anak anak seni tempatan agar mereka mampu m...
Kenapa Barang Bundle Ada Nilai Tertentu Dan Peminatnya Dari Dalam Dan Luar Negara

Kenapa Barang Bundle Ada Nilai Tertentu Dan Peminatnya Dari Dalam Dan Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 203 hits
Barang bundle atau pakaian terpakai yang diimport dari luar negara atau yang datang dari dalam negara mempunyai nilai tertentu dan peminat di seluruh dunia termasuk Malaysia kerana beberapa faktor utama berikut 1 Keunikan Kepelbagaian GayaB...
Anwar Jadi Pm Pertama Capai Sasaran Sediakan Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Kor Ming

Anwar Jadi Pm Pertama Capai Sasaran Sediakan Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Kor Ming

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 176 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Pertama Menteri pertama yang mencapai sasaran untuk menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ketika ini kira kira 468 000 unit kediama...
Iltizam Kerajaan Hadapi Tarif As Lindungi Rakyat Khususnya Di Desa Kata Zahid

Iltizam Kerajaan Hadapi Tarif As Lindungi Rakyat Khususnya Di Desa Kata Zahid

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 143 hits
Timbalan perdana menteri berkata usaha kerajaan bukan sahaja runding tarif tetapi juga buka pasaran baharu di Asean penting lindungi pendapatan rakyat terkesan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata ramai penduduk luar bandar secara ...
Masa Ada Kuasa Kamu Tidak Fikir Rumah Rakyat Timbun Harta Pm Anwar

Masa Ada Kuasa Kamu Tidak Fikir Rumah Rakyat Timbun Harta Pm Anwar

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 216 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang mengkritik dan meragui usaha kerajaan dalam melaksanakan Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata langkah ini diambil bag
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Dibayar Berlari Untuk Orang Lain Khidmat Joki Strava Makin Popular Di Indonesia

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Sabah Umno At Weakest Point Faces Critical Juncture Says Analyst

Only Emergency Royal Brakes Can Slow Down Or Stop Akmal Express High Speed Runaway Train

Esok My Befday Ke 33