Iltizam Kerajaan Hadapi Tarif As Lindungi Rakyat Khususnya Di Desa Kata Zahid


 Timbalan perdana menteri berkata, usaha kerajaan bukan sahaja runding tarif tetapi juga buka pasaran baharu di Asean penting lindungi pendapatan rakyat terkesan.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, ramai penduduk luar bandar secara tidak langsung bergantung pada sektor E&E, kelapa sawit, getah dan pertanian, dengan AS antara pasaran utama negara. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Langkah diambil kerajaan dalam menangani dampak tarif timbal balas dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia adalah demi melindungi rakyat khususnya komuniti desa supaya terus teguh menghadapi ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi
Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata, langkah proaktif kerajaan Madani melalui penubuhan Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) jelas memperlihatkan komitmen mempertahankan kepentingan negara, sekali gus memastikan daya saing Malaysia kekal kukuh di mata dunia.
“Saya memandang serius cabaran yang dihadapi komuniti desa akibat ketidaktentuan perdagangan global. Ramai penduduk luar bandar secara tidak langsung bergantung pada sektor elektrik dan elektronik (E&E), kelapa sawit, getah dan pertanian, dengan AS antara pasaran utama negara.
“Justeru, saya yakin usaha kerajaan ini yang bukan sahaja berunding mengurangkan tarif tetapi juga membuka pasaran baharu di Asean, Timur Tengah, Mesir dan Pakistan amat penting bagi melindungi pendapatan dan kelangsungan hidup mereka yang terkesan,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Zahid berkata, tindakan pantas kerajaan mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk naik taraf prasarana sempadan Sabah dan Sarawak-Kalimantan serta had sebut harga dinaikkan RM1 juta ke RM3 juta, secara langsung akan memperlihatkan pembinaan sekolah, klinik, jalan, dan tebatan banjir dapat dipercepat, serta membuka lebih banyak peluang kerja untuk kontraktor kecil dan pekerja di kawasan luar bandar.
Beliau yang juga pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata, cabaran dalam sektor E&E akan memberikan kesan langsung kepada keperluan modal insan berkemahiran tinggi.
“Saya beriltizam untuk memperkukuhkan institusi TVET negara agar dapat membina lebih banyak kerjasama antarabangsa, khususnya dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan pendigitalan,” katanya.
“Keutamaan kita adalah untuk memastikan lebih ramai belia desa mendapat akses kepada latihan TVET yang relevan dan berkualiti, seterusnya meningkatkan penyertaan mereka dalam sektor bernilai tinggi yang akan memacu ekonomi masa hadapan.”
Zahid berkata, Malaysia kini berada pada landasan kukuh dengan KDNK 2024 mencatat 5.1%, defisit fiskal menurun dan kadar inflasi yang stabil.
Kerajaan juga komited melaksanakan agenda reformasi seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) dan pendigitalan negara tanpa menjejaskan prinsip utama termasuk hak bumiputera, keperluan vendor tempatan dan perlindungan sektor strategik.
“Marilah kita rapatkan saf, memupuk solidariti nasional dan bersama-sama merealisasikan agenda pembaharuan di bawah kerangka Ekonomi Madani demi membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/05/iltizam-kerajaan-hadapi-tarif-as.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Yb Kata Ni Adakah Yb Tuduh Polis Membantu Kerajaan Madani

Apa Yang Yb Kata Ni Adakah Yb Tuduh Polis Membantu Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 144 hits
Mohsin AbdullahAdakah YB tuduh polis membantu kerajaan Madani Pemuda Amanah Kelantan bertanya adakah wakil rakyat PAS bagi kawasan Melor nak tanam kebencian dalam kalangan penyokong partinya terhadap polis Umno Kelantan pula kata wakil raky...
Belum Masanya Umum Calon Poster Boy Prn Sabah Kata Zahid

Belum Masanya Umum Calon Poster Boy Prn Sabah Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 169 hits
Pengerusi BN itu berkata perkara yang paling penting adalah pastikan kemenangan calon yang akan diketengah Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi berkata beliau sudah memberi garis panduan kepada Umno Sabah bagi menghadapi PRN negeri itu J...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Salam Maulidur Rasul

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang