Kerabu Umbut Kelapa



Hari tu, MY masak kerabu umbut kelapa.Tapi terlebih pulak kuahnya.Sepatutnya,kerabu tak berkuah sangat.Tapi dah terperah santan sebiji kelapa.Sebab pelan asal nak buat masak lemak.Pakai ajelah semua.Malas dah nak simpan simpan.Tu yang terlebih sikit kuahnya.
Ni umbut dari sebatang pokok kelapa di tapak pembinaan kami.Dah tanya tanya orang kat situ siapa nak,takde orang heran.Jadi suami bawa balik sebatang.
Helper MY pula tercelur daun muda sekali dengan umbut.Hmm... hancur la bahagian daunnya tu.Terlalu pantas buat kerja.Tak sempat ajar,eh.. dah siap celur...hahahaTakpelah...abaikan aje perkara perkara kecil yang macam lalat ni..small matter kata orang.

RESEPI KERABU UMBUT KELAPA
500 gram umbut kelapa yang telah dicelur5 ulas bawang merah kecil - tumbuk2 ulas bawang merah - hirissegenggan ikan bilis - tumbuk1 sudu lada hitam - tumbuk1 cawan santan pekat3 sudu kerisek kelapaGaram secukup rasa
Cara menyediakan:
Mula mula, celur umbut sehingga empuk.Apabila umbut dah empuk, angkat dan toskan.Jangan biar berendam lama lama dalam air.
Lepas tu, perah kelapa dengan secawan air.Ambil santan pekat sahaja dan guna air panas. Kacau kelapa dan air panas guna senduk dulu,Bila dah sejuk sikit baru lah perah santannya,Kang perah kelapa guna air panas, melecur pulak.Kalau takde kelapa, guna santan kotak pun boleh.
Kemudian, tumbuk bawang, ikan bilis dan lada hitam,Masukkan bahan tumbuk, bawang hiris, garam ke dalam santan.Kacau sebati.Masukkan pula umbutnya.Jangan tertinggal pula masukkan kerisik.Sebelum masukkan kerisik,Hidu dulu bau kerisek tu,Kut kut tengik,Habis semangkuk umbut tengik sama.Lepas dah kacau semua tu,Rasa sedikit masin manisnya,
Kalau nak pedas pedas sikit, Boleh la potong potong cili masukkan.Boleh juga masukkan sayur yang lain macam kacang panjang ke,Kacang kelisa ke,Daun selom ke, sesuai juga tu

Tapi MY panaskan juga santan dan segala bahan tumbuk tu atas dapur sekejap.Tak berani nak bagi suami MY makan santan tak masak.Perut dia sangat sensitif.
Makan dengan nasi panas, lawankan dengan sambal ketuk, ikan goreng sedap sangat dah.Kena bawa beringatlah…Badan dah makin berat.. kang makin berat kalau lupa diri bila nampak lauk pauk rare ni.
 Masa Mama Yan punya kenduri kahwin dulu,Abah MY tebang pokok kelapa, Dalam sembilan batang pokok kelapa untuk buat gulai umbut ni.Habis licin lauk umbut tak cukup.Lauk ayam dan acar darat yang banyak lebih.Kalau kat bandar besar kat kenduri buat kat hotel hotel,Tak laku kut lauk sayur umbut macam ni,Kenduri kat kampung memang style menjemput seisi keluarga.Takde rsvp. Pasang je balai panjang panjang depan rumah.Satu lauk tak cukup tu, takpelah.Goodies bag pun tak cukup. Maklumla, MY kahwin masa masih belajar. Habis belajar baru buat kenduri kahwin.Suami pun baru aje kerja.Manalah kami ada duit.Semuanya guna duit mak abah..Simple simple aje la kendurinya.Janji semua yang hadir dapat makan.Takde hiasan mewah mewah,Takde potong potong kek,Takde tukar tukar baju,Pelamin pun mak sedara buatkan.
Tapi takpelah.. semua tu jadi kenangan.Cerita pasal masak umbut je..Tapi merepek sampai ke kenduri kahwin pula ye..Dahh... Sekian.. Wassalam






 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/06/kerabu-umbut-kelapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Tiga Tahun Maut Dihempap Pokok Kelapa

Budak Tiga Tahun Maut Dihempap Pokok Kelapa

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 81 hits
RoselanAb Malekam hmetro com myLOKASI Wan Muhammad Harith dihempap pokok kelapa tua di Felda Jengka 6 FOTO Roselan Ab MalekMaran Kanak kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dihempap pokok kelapa di Felda Jengka 6 di sini semalam nbsp ...
Hukum Memakai Pendakap Gigi

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

Pac Sahkan Penangkapan Pegawai Felcra Isu Projek Rm1 2 Bilion

Wanita Cedera Terseret Ketika Diragut Tepi Lebuhraya

Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

Waspada Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai Menteri Miti



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Kisah Seram Pengawal Keselamatan Diganggu Lembaga

Jadikanlah

Lirik Lagu Niscaya Bilal Indrajaya

Xpdc Rasa Chord

10 Nama Sahabat Nabi Yang Dijamin Syurga Siapakah Mereka

Salam Maal Hijrah Makna Kepentingan Contoh Ucapan Poster