Keputusan Prn Sabah Isyarat Merah Buat Ph Anwar




29 November 2025


Setakat artikel ini ditulis, keputusan penuh PRN Sabah belum lagi diperolehi.


Masih ada beberapa kawasan dalam proses pengiraan undi.


Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga ini, tidak diragui lagi GRS sedang mendahului dan dipercayai bakal menerajui kerajaan negeri.


Ini bermakna, GRS bakal mentadbir Sabah lagi bagi penggal kedua setelah mereka memenangi PRN 2020 lalu.


Tetapi, keputusan paling mengejutkan di Sabah ini ialah bila mana DAP kalah semua lapan kerusi yang ditandinginya.


Pun begitu, ramai yang nampaknya gembira dengan kedudukan DAP itu.


Pada PRN Sabah tahun 2020 lalu, DAP berjaya memenangi enam kerusi DUN iaitu Likas, Kapayan, Elopura, Luyang, Tanjong Papat dan Sri Tanjong.


Kekalahan DAP ini bukan saja merupakan tamparan pedih kepada parti itu, tetapi juga kepada PH secara keseluruhannya.


Jika pengundi Sabah boleh menolak DAP dengan memberinya “telur ayam”, bayangkan bagaimana nasib parti itu pada PRU16 akan datang?


Masih mampukah DAP menang 40 kerusi Parlimen sebagaimana dimenanginya pada PRU15 lalu?


Tanpa DAP menang banyak kerusi dan andaikan jika jumlahnya menurun kepada 15 atau 20 kerusi Parlimen saja pada PRU16 nanti, bagaimanakah PH mampu bertahan?


Mudah kata, keputusan “telur ayam” yang diterima DAP ini adalah “isyarat merah” buat PH dan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kuasanya di pusat.


Selain itu, walaupun PKR menang dua daripada 12 kerusi DUN yang ditandinginya, ia juga adalah keputusan buruk buat parti itu.


Pada PRN 2020 lalu, PKR juga menang dua kerusi di Sabah, tetapi ketika itu PH belum lagi menjadi kerajaan dan Anwar belum menjadi Perdana Menteri.


Bayangkan, setelah PH mengetuai kerajaan pusat dan setelah Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, kerusi DUN dimenangi PKR tetap juga dua.


Tidakkah ini menunjukkan tiada nilai tambah dalam keberadaan PH mengetuai kerajaan pusat dan Anwar sebagai Perdana Menteri di mata pengundi Sabah? 


Tambah buruk lagi, dua kerusi DUN yang dimenangi PKR itu iaitu Sindumin dan Melalap bukan pun dicipta kemenangannya oleh pemimpin asal parti reformasi itu.


Kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh pemimpin yang baru menyertai PKR sebelum hari penamaan calon iaitu Yamani Hafez Musa dan Jamawi Jaafar.


Jika bukan dua pemimpin berkenaan yang bertanding, masih bolehkah dua kerusi itu dimenangi PKR?


Yang nyata, banyak perkara perlu dilakukan oleh Anwar, PH dan PKR selepas PRN Sabah ini jika mereka tidak mahu berakhir sebagai “kerajaan sepenggal”.


“Isyarat merah” hasil PRN Sabah ini jangan sesekali dipandang mudah.


Ulasan berikutnya mengenai PRN Sabah akan menyusul selepas keputussn penuh diperolehi nanti. – ShahbudinHusin 29November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/keputusan-prn-sabah-isyarat-merah-buat-ph-anwar/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/keputusan-prn-sabah-isyarat-merah-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Rasmi Prn Sabah Kali Ke 17 2025

Keputusan Rasmi Prn Sabah Kali Ke 17 2025

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 394 hits
Menang BN di N 45 Sook Calon Arthur Joseph Kurup Keputusan rasmi PRN Sabah GRS menang 29 kerusi 25 BN 6 Bebas 5Keputusan DUN N 44 Zon Tulid Bebas Menang KEPUTUSAN TIDAK RASMI N 44 TULID MENGIKUT PDMSetakat jam 2110 hrsJUMLAH PDM 11JUMLAH PD...
Keputusan Tidak Resmi Prn Sabah

Keputusan Tidak Resmi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 262 hits
Semua 73 kerusi telah dikira berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada GRS Namun jumlah muktamad masih tertakluk kepada perubahan setelah keputusan rasmi diumumkan Pada masa ini GRS berada di landasan untuk memenangi 29 kerusi manakala War...
Prn Sabah Mahathir Dakwa Ada Tokoh Miliki Bukti Pembantu Kerajaan Rasuah

Prn Sabah Mahathir Dakwa Ada Tokoh Miliki Bukti Pembantu Kerajaan Rasuah

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 173 hits
HarapandailyTun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil dengan menuduh kononnya wujud skandal yang berleluasa dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Bekas Perdana Menteri dua kali itu malah mendakwa bahawa pegawai dan kerajaan mengamalkan rasuah...
Bung Moktar Yakin Mampu Majukan Seluruh Sabah Jika Menang Prn Kita Bikin Balik

Bung Moktar Yakin Mampu Majukan Seluruh Sabah Jika Menang Prn Kita Bikin Balik

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 157 hits
Kapal belum tenggelam Itulah jawapan tegas Datuk Seri Bung Moktar Radin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah ketika menghadapi cabaran selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2018 Bung Moktar tegaskan kapal belum karam Memetik laporan...
Prn Sabah Saingan 11 Penjuru Di Pintasan Beri Kelebihan Kepada Bn Tadzul

Prn Sabah Saingan 11 Penjuru Di Pintasan Beri Kelebihan Kepada Bn Tadzul

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 236 hits
Fahmi TajuddinKOTA BELUD Pertandingan 11 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Pintasan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang ke 17 disifatkan sebagai memberi kelebihan kepada Barisan Nasional Calon BN bagi kerusi itu Tadzul Radim berkata p...
Prn Sabah Dap Tewas Di Kesemua Lapan Kerusi Yang Ditandinginya

Prn Sabah Dap Tewas Di Kesemua Lapan Kerusi Yang Ditandinginya

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 214 hits
Malaysiakini nbsp Di Kapayan penyandangnya Jannie Lasimbang tewas kepada Warisan berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada GRS Kekalahan DAP menandakan masalah bagi Pakatan Harapan Walaupun keputusan bagi kerusi PKR masih belum diumumkan p...
Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 168 hits
Pangkah dengan bijak rakyat berpeluang memilih calon pemimpin pilihan Zon Tulid N 44 Membariskan 14 Calon Pemimpin Pilihan Kemaskinikan blog kali ini dengan tema Pilihanraya DUN Sabah kali ke 17 tahun 2025 Rakyat diberi kebebasan memilih ca...
Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas Prn Sabah

Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas Prn Sabah

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 208 hits
Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas PRN Sabah KOTA KINABALU 26 Nov Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 pada Sabtu ini tidak akan menyaksikan mana mana par...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia