Keputusan Pkr Tepat Dan Mesti Muktamad Biar Azmin Mereput


 
Di sebalik spekulasi yang belum ada jawapannya sehingga kini bahawa Azmin Ali dilaporkan ada bertemu dua pemimpin PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini, parti itu malam tadi dengan pantas membuat ketetapan tidak akan berunding atau menjalin sebarang kerjasama dengan beliau.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, keputusan itu kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dianggap sebagai punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.
Tambah beliau, parti juga membuat keputusan agar saf kepimpinan baru ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik Keadilan pada PRU15 akan datang.
Beberapa hari lalu media melaporkan Azmin dikatakan bertemu dengan dua pemimpin PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Pertemuan itu segera menimbulkan spekulasi kebarangkalian untuk mewujudkan kerjasama antara beliau dengan PKR atau kemungkinan dianya kembali semula ke pangkuan parti demi survival politik masa depannya.
Azmin bagaimanapun tidak menafi dan tidak juga mengesahkan berlaku pertemuan itu, sebaliknya hanya mengatakan beliau tidak ingat hotel mana yang dikunjunginya dan siapa ditemuinya pada minggu lalu.
“Sheraton Hotel? Saya pergi banyak hotel, saya tidak ingat hotel yang mana,” katanya ringkas.
Nampak sangat Azmin sebenarnya cuba berselindung kerana mustahil beliau tidak ingat siapa pemimpin PKR yang ditemuinya di sebuah hotel pada minggu lalu.
Mungkin boleh diterima akal kononnya beliau tidak ingat jika hotel yang dikunjunginya dan orang PKR ditemuinya sepanjang minggu lalu melebihi 100 orang jumlahnya.
Jika hanya ada dua pemimpin PKR yang ada berjumpanya pada minggu lalu dan hotelnya pun satu saja, mustahil beliau tak boleh ingat?
Agak-agaklah kalau ia pun nak membohong dan menipu orang ramai.
Apa pun jawapan Azmin dan sama ada pertemuan beliau dengan dua pemimin PKR itu betul-betul berlaku atau sebaliknya, keputusan MPP parti malam tadi adalah paling tepat dan wajar sekali kerana sudah sampai masanya Azmin dilupakan begitu saja.
Pengkhianatannya tidak harus dimaafkan, jauh sekali ada kewajaran bagi PKR memberinya sebarang ruang untuk menumpang bagi tujuan beliau mengekalkan lagi kerusi Parlimen Gombak yang sedang disandangnya.
Selepas ini jangan ada lagi mana-mana pemimpin PKR yang cuba berjumpa atau berunding dengannya.
Keputusan malam tadi mestilah muktamad dan “tutup buku” buat Azmin.
Azmin yang kini bersama Bersatu harus dibenam karier politik masa depannya dengan PKR sebaik-baiknya segera mengenalpasti calon berwibawa yang boleh merampas kembali kerusi Parlimen Gombak.
Dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo sendiri mengakui PH masih ada kekuatan yang sukar dikalahkan di Selangor, tambahan lagi Parlimen Gombak adalah kerusi separa bandar yang memiliki pengundi campuran, Azmin dalam hal ini pasti sangat sedar awam hitam lebih menyelubungi kariernya ketika ini.
Sekadar ada Bersatu dan disokong oleh Pas, ia belum cukup kuat untuk Azmin mengekalkan kemenangan di Gombak yang diraihnya sebelum ini bersama PKR.
Maka itu, PKR tidak harus berlengah dalam menyusun langkah dengan penuh keyakinan untuk merampas kerusi Parlimen Gombak, seterusnya menghukum karier seorang pengkhianat biar mereput bersama dosa pengkhianatannya selepas PRU15 nanti. – ShahbudinHusin 21/06/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/keputusan-pkr-tepat-dan-mesti-muktamad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Pkr Tepat Pengkhianatan Tidak Harus Dimaafkan

Keputusan Pkr Tepat Pengkhianatan Tidak Harus Dimaafkan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 186 hits
SHAHBUDIN HUSINDi sebalik spekulasi yang belum ada jawapannya sehingga kini bahawa Azmin Ali dilaporkan ada bertemu dua pemimpin PKR di Hotel Sheraton Petaling Jaya baru baru ini parti itu malam tadi dengan pantas membuat ketetapan tidak ak...
I Don T Remember Azmin S Response To Report On Pkr Meet

I Don T Remember Azmin S Response To Report On Pkr Meet

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 157 hits
Gombak MP Azmin Ali was reportedly evasive when asked whether he had recently met PKR representatives claiming that he could not remember whom he met I meet with many people so I don t remember who have I met he reportedly said when asked a...
Gempar Azmin Ali Kembali Ke Pkr Mahu Lemahkan Gandingan Anwar Ib

Gempar Azmin Ali Kembali Ke Pkr Mahu Lemahkan Gandingan Anwar Ib

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 158 hits
Terdapat beberapa teori mengenai tujuan pertemuan Azmin Ali dengan 2 wakil PKR ini Pertama berkemungkinan sebagai wakil Muhyiddin Yassin bagi membincangkan kerjasama khemah besar untuk menghadapi PRU 15 nanti Kemungkinan kedua Azmin Ali sud...
Keputusan Pemilihan Pkr Ditunda Audit Digital Dilakukan

Keputusan Pemilihan Pkr Ditunda Audit Digital Dilakukan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 150 hits
Keputusan Pemilihan PKR ditunda audit digital dilakukanPosted By on June 11 2022Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 terpaksa ditunda setelah mendapati beberapa masalah dalam sistem pengundian yang digunakan Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemi...
Siapa Dua Pemimpin Pkr Bertemu Azmin Adakah Anwar Tahu Pertemuan Itu

Siapa Dua Pemimpin Pkr Bertemu Azmin Adakah Anwar Tahu Pertemuan Itu

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 262 hits
Shahbuddin Husin Dilaporkan media hari ini bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali telah mengadakan pertemuan sulit dengan dua pemimpin PKR Pertemuan itu didakwa berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya pada Rabu 1...
Party Sources Azmin Met Pkr Top Brass Reconciliation On The Cards

Party Sources Azmin Met Pkr Top Brass Reconciliation On The Cards

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 191 hits
International Trade and Industry Minister Azmin Ali met two emissaries from PKR recently amid speculation about his future in Bersatu This was according to top PKR officials who spoke to Malaysiakini on the condition of anonymity Sources sa...
Pkr Putuskan Tak Akan Kerjasama Dengan Azmin Ali

Pkr Putuskan Tak Akan Kerjasama Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 206 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 21 2022 9 10 AMMajlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali kata Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil Menurut Fahmi keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP yang...
Pkr Slams Door On Azmin S Purported Return

Pkr Slams Door On Azmin S Purported Return

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 188 hits
It looks like the door is firmly shut on former PKR Deputy President Datuk Seri Mohamed Azmin Ali s purported return to the Pakatan Harapan fold PKR Communications Director Fahmi Fadzil said the decision on the matter was reached at the PKR...
Biar Sesuai Harapan Begini Langkah Beli Pulsa Online Yang Tepat

Biar Sesuai Harapan Begini Langkah Beli Pulsa Online Yang Tepat

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 165 hits
Biar sesuai harapan begini langkah langkah beli pulsa online yang tepat
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut