Keputusan Muktamad Harga Kawalan Beras Dibuat Minggu Depan





 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad harga kawalan beras pada minggu depan.





Perdana Menteri berkata perkara itu menjadi agenda utama Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).





"Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.





"Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka," katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini, petik Bernama.





Rabu lalu, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) di bawah NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan harga siling beras putih sebanyak RM30 bagi pek 10 kilogram.





Harga beras tunggal dikenali Beras Putih Malaysia Madani itu berkuat kuasa 19 Februari ini dan berada di pasaran bermula 1 Mac.





Pengumuman itu sekali gus bermakna penghapusan kategori Beras Putih Tempatan (SST) yang ditetapkan harga RM26 bagi pek 10kg dan Beras Putih Import (SSI).





Kaedah itu dilihat sebagai penyelesaian menurunkan harga beras yang meningkat hingga melebihi RM35 ketika mana beras tempatan terus hilang daripada pasaran.





Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan ‘orang tengah’ agar tidak mengaut keuntungan terlalu tinggi kerana ia akan menyebabkan harga beras di pasaran melambung.





Perdana Menteri berkata isu geopolitik yang berlaku di Terusan Suez turut memberi tekanan kepada harga barangan sehingga mempengaruhi perdagangan global.





"Kita faham tindakan Houthi di Yaman, tapi ini juga menyebabkan kos naik. Laluan ini terhalang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan perang di Gaza.





"Namun kita tidak akan jadikan ini alasan dan kerajaan Malaysia akan mencari jalan sedaya upaya untuk kurangkan beban rakyat melalui inisiatif seperti Jualan Rahmah dan Jualan Termurah MADANI, selain memberi suntikan melalui bantuan-bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan eBelia Rahmah," katanya.





Terdahulu Perdana Menteri mengadakan tinjauan dan menyantuni peniaga serta pengguna di Jualan Termurah MADANI dan turut melancarkan jualan beras putih MADANI pada majlis tersebut.





Beras putih MADANI bungkusan 10 kilogram, dijual pada harga RM30 dan lebih 1,000 bungkusan dijual pada program hari ini.





Anwar berkata harga jualan itu jauh lebih murah berbanding di pasaran kerana platform seperti ini mengurangkan peranan orang tengah.





"Inflasi kita secara umumnya rendah tapi rakyat masih mengeluh, oleh itu kita mesti cari jalan sedaya upaya untuk mengurangkan tekanan mereka," katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/keputusan-muktamad-harga-kawalan-beras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Keputusan Agong Muktamad Atas Dasar Ihsan Pm

Pengampunan Keputusan Agong Muktamad Atas Dasar Ihsan Pm

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 171 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Razak adalah suatu perkara muktamad yang diambil oleh Yang di Pertuan Agong Perdana Menteri mengakui...
Harga Beras Nak Kutuk Kerajaan Pun Patut Patut La Kerajaan Pn Dulu Tak Baik Mana Pun

Harga Beras Nak Kutuk Kerajaan Pun Patut Patut La Kerajaan Pn Dulu Tak Baik Mana Pun

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 313 hits
Che IbrahimKesian la ke pesawah dan petani mereka pun ada keperluan dan tanggungan hidup juga Serba benda nak murah kalau mari dari titik peluh orang kampung Yang bagi pandangan atas ni tak cerdik gayanya Dia nak murah ja Mengkedaqah anak b...
Harga Beras Baru

Harga Beras Baru

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 476 hits
JANGAN LAK KOMEN BERAS NAIK REGA HABIS PETANI TAK MAU JADI KAYA JUGA MEREKA JUGA NAK SARA KELUARGA BELI ROKOK SEKOTAK SEHARI OK LA PULAK YA JANGAN JADI MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS DI MALAYSIA RAJIN DAN USAHA INSYAALLAH BOLEH HIDUP
Saksi Paling Dinanti Nantikan Dalam Kes 1mdb Bakal Beri Keterangan Minggu Depan

Saksi Paling Dinanti Nantikan Dalam Kes 1mdb Bakal Beri Keterangan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 357 hits
SITI NUR ZAWANIJasmine Loo Ai Swan saksi yang paling dinanti nantikan dalam perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan RM2 3 bilion dana 1MDB dijangka memberi keterangan minggu depan Bekas peguam 1Malaysia Developme...
Warga Depok Teriak Harga Beras Naik Tinggi

Warga Depok Teriak Harga Beras Naik Tinggi

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 313 hits
Kondisi ini menyebabkan daya beli turun dan omzet berkurang
Akhirnya Minggu Depan Saya Dapat Ambil Ameena Kes Sebutan Hadanah Fizi Ali Sebak Dibenarkan Jumpa Anak 4 Hari

Akhirnya Minggu Depan Saya Dapat Ambil Ameena Kes Sebutan Hadanah Fizi Ali Sebak Dibenarkan Jumpa Anak 4 Hari

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 275 hits
Prosiding kes sebutan hadanah pertama membabitkan penyampai radio Fizi Ali dan bekas isteri Shakilla Khoriri berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini 3 weeks ago Saya Tak Mahu Ameena Membesar Dengan Perka
Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani Dengan Harga Rm30 Bagi 10kg

Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani Dengan Harga Rm30 Bagi 10kg

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 407 hits
Berita gembira untuk rakyat Malaysia Kerajaan umum beras putih Malaysia Madani dengan harga RM30 bagi sekampit beras 10KG Ini adalah merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan keseimbangan dan meringankan beban para rakyat dengan menjaga...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil