Keputusan Lepas Tanpa Dibebas Ku Nan Transparency International Bimbang Persepsi Masyarakat


 
TI-Malaysia mahu rasuah terus diperangi dengan iltizam yang dipamerkan pada 2019.KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) bimbang persepsi orang ramai susulan pelepasan bersyarat Tengku Adnan Mansor atas tuduhan rasuah RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi, kata presidennya, Muhammad Mohan Abdullah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi meluluskan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk Tengku Adnan, yang lebih dikenali ‘Ku Nan’, dilepaskan tanpa dibebaskan atas tuduhan itu.
Keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu bermakna Peguam Negara boleh membawa semula pertuduhan berkenaan terhadap bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional itu berdasarkan perkembangan baharu.
Muhammad berkata semua pihak harus tenang dan memberikan ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan lanjut dan mengemukakan hasilnya kepada Jabatan Peguam Negara.
“Kita mesti mematuhi kedaulatan undang-undang. Namun, TI-Malaysia bimbang kesan keputusan hari ini ke atas persepsi orang awam terhadap usaha memerangi rasuah di Malaysia.
“TI-Malaysia juga bimbang kesan kes ini terhadap kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang akan datang,” kata beliau.
Muhammad berkata pada tahun lalu, Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam CPI secara nyata, hasil ketegasan menjalankan siasatan berprofil tinggi dan membawa mereka yang terlibat menghadapi pertuduhan di mahkamah.
“Kita berharap iltizam ini sentiasa diasah dan diperkasakan untuk menzahirkan azam memerangi rasuah tanpa mengira bulu atau pilih kasih,” kata beliau.
Hakim Nazlan mengeluarkan perintah melepas tanpa membebaskan Ku Nan selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak mahu meneruskan kes terhadap Tengku Adnan atas alasan “perkembangan baru”.
Perbicaraan kes itu sepatutnya bersambung hari ini.
Ku Nan didakwa menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk meningkatkan nisbah plot industri sebidang tanah di Jalan Semarak.
Perbuatan itu dikatakan dilakukan di CIMB cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Dis 2013.
Tuduhan terhadap Ku Nan, yang ketika itu menteri Wilayah Persekutuan, dibuat mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan diterima.
Sebelum ini, Tan didenda RM1.5 juta oleh mahkamah atas tuduhan alternatif bersubahat dengan Ku Nan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Ketika prosiding pagi tadi, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, memohon perintah untuk “melepas tanpa membebaskan” Tengku Adnan kerana SPRM perlu melakukan siasatan lebih lanjut mengenai kes itu.
“Kami tidak pasti berapa lama SPRM perlu menyiasat ‘perkembangan baru’ ini.
“Pihak pendakwaan akan memutuskan sama ada akan meneruskan pendakwaan selepas isu baru tersebut diselesaikan,” katanya.
Peguam Tan Hock Chuan berkata Ku Nan harus diberi pembebasan sepenuhnya.
“Dia didakwa di Mahkamah Sesyen pada 15 Nov 2018, dan pertuduhan itu tergantung selama lebih dua tahun.
“Pihak pendakwaan tidak memberitahu berapa lama mereka perlu menyiasat ‘perkembangan baru’ ini,” katanya.
Sementara itu, Ku Nan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Tinggi lain, yang mana dia didakwa menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong, pada 2016.
Mahkamah menetapkan 21 Dis untuk keputusan kes itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/12/keputusan-lepas-tanpa-dibebas-ku-nan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satgas Soal Keputusan Libur Akhir Tahun Semua Mengutamakan Keselamatan Masyarakat

Satgas Soal Keputusan Libur Akhir Tahun Semua Mengutamakan Keselamatan Masyarakat

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 229 hits
Wiku meminta masyarakat tidak lengah menerapkan protokol kesehatan selama libur panjang akhir tahun 2020 Belajar dari libur panjang sebelumnya kasus Covid 19 meningkat tajam karena masyarakat lalai menerapkan protokol kesehatan
Annuar Gesa Semua Pihak Tunggu Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

Annuar Gesa Semua Pihak Tunggu Keputusan Parti Sebelum Buat Sebarang Persepsi Sendiri

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa meminta semua parti dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional menunggu mesyuarat pelbagai peringkat parti diadakan sebelum membuat sebarang persepsi berhubung pergolakan politik di Perak Beliau yang mer...
Sprm Digesa Jelaskan Keputusan Melepaskan Ku Nan

Sprm Digesa Jelaskan Keputusan Melepaskan Ku Nan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 112 hits
December 7 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak untuk menjelaskan keputusan melepaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dari pertuduhan rasuah membabitkan suapan bernilai RM1 juta Ahli J...
Patriot Fumes Over Ku Nan Discharge Demands Explanation

Patriot Fumes Over Ku Nan Discharge Demands Explanation

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 136 hits
The Persatuan Patriot Kebangsaan is demanding an explanation after former minister Tengku Adnan Tengku Mansor was given a discharge not amounting to an acquittal in his RM1 million corruption case This came as a shock to all Malaysians with...
Pembebasan Ku Nan Untuk Jamin Sokongan Dakwa Pemuda Amanah Wp

Pembebasan Ku Nan Untuk Jamin Sokongan Dakwa Pemuda Amanah Wp

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 287 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPemuda AMANAH Wilayah Persekutuan mengkritik tindakan kerajaan membebaskan satu persatu ahli politik yang dikaitkan dengan kes rasuah Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan Asmaaliff Abdul Adam berkata tidak mustahil ...
Ku Nan Perlu Dilantik Semula Setiausaha Agung Umno Supaya Sama Cerdik Dengan Su Bn Pn Bersatu Dan Pas

Ku Nan Perlu Dilantik Semula Setiausaha Agung Umno Supaya Sama Cerdik Dengan Su Bn Pn Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 389 hits
UMNO perlukan yang flat 4 0 dan bukannya setakat 3 8 Ku Nan bukan sahaja sama cerdik tetapi mampu menguasai semua yang lain Dengan 4 juta keahlian parti yang paling banyak berjasa dan parti terbesar setiap langkah termasuk di Perak harus di...
7 Ahli S4s Dilepas Dibebas Tuduhan Tak Hormat Negaraku

7 Ahli S4s Dilepas Dibebas Tuduhan Tak Hormat Negaraku

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 150 hits
Tujuh ahli S4S bergambar di luar mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan kerana tidak menghormati lagu Negaraku dalam sebuah majlis kutipan dana tahun lalu KUCHING Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan 7 ahli Sarawak F...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara