Keputusan Kes Najib Babit Penyalahgunaan Kuasa Pengubahan Wang Haram Dana Rm2 3 Bilion 1mdb Di Tetapkan 26 Disember




PUTRAJAYA: Selepas perbicaraan selama 302 hari yang berlangsung dalam tempoh tujuh tahun, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 Disember ini untuk menyampaikan keputusan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.
Bekas Perdana Menteri itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh keputusan itu walaupun pihak pembelaan masih belum selesai mengemukakan hujahan balas.
"Pihak pembelaan boleh meneruskan hujahan pada 4 November ini... saya tahu ia mungkin berlanjutan ke hari tersebut. Namun saya nyatakan di sini bahawa keputusan akan saya sampaikan pada 26 Disember," katanya.
Terdahulu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan meneruskan hujah selepas solat Jumaat, namun permohonan itu ditolak oleh hakim kerana mempunyai urusan lain.
Hakim kemudian menegaskan bahawa keputusan akan disampaikan pada 26 Disember, dan Muhammad Shafee sempat berseloroh dengan berkata, "Bukankah itu hari Boxing Day (sehari selepas Krismas)?", yang dibalas hakim dengan mengesahkan tarikh berkenaan.
Pihak pendakwaan menutup hujahan mereka semalam, manakala pasukan pembelaan Najib dijadual menamatkan hujahan balas hari ini. Namun, mahkamah menangguhkan prosiding itu ke 4 November ini.
Perbicaraan berprofil tinggi itu menarik perhatian antarabangsa dan melibatkan 50 saksi serta sembilan hari hujahan lisan.
Najib, 72, didakwa buat kali pertama pada 20 September 2018 dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian pada 28 Ogos 2019, dengan pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 30 Mei 2024.
Pada 30 Oktober 2024, mahkamah memerintahkan Najib membela diri atas semua pertuduhan, dan prosiding pembelaan berlangsung dari 2 Disember 2024 hingga 6 Mei 2025, melibatkan 58 hari perbicaraan dengan keterangan daripada 26 saksi.
Antara saksi utama pembelaan ialah bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin, adinda Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud, serta bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan pada awalnya diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Allahyarham Datuk Seri Gopal Sri Ram, sebelum pemergiannya pada Januari 2023.
Kes itu kemudiannya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Ahmad Akram Gharib dan Datuk Kamal Baharin Omar, dengan bantuan TPR Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Najib diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bersama Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Wan Mohammad Arfan Wan Othman, Hartrisha Kaur Sandhu dan Naresh Mayachandran.
Terdahulu, Najib yang memakai sut biru kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir di mahkamah.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/keputusan-kes-najib-babit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Agama Jadi Tempat Pengubahan Wang Haram

Sekolah Agama Jadi Tempat Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 149 hits
Che IbrahimDulu antara senarai tugas ambo sebagai Pegawai Tadbir Maik ialah sebagai Pendaftar Sekolah Sekolah Agama Arab pondok maahad tahfiz dll serta perkara perkara yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Ma...
Dec 26 Verdict On Najib S Rm2 3b 1mdb Case

Dec 26 Verdict On Najib S Rm2 3b 1mdb Case

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 221 hits
1MDB TRIAL After a 302 day trial spanning seven years the High Court today set Dec 26 to deliver its verdict on Najib Abdul Razak s abuse of power and money laundering case The former prime minister faces four charges of abusing his positio...
Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 314 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is pictured at the Kuala Lumpur High Court Complex June 20 2025 Picture by Sayuti ZainudinPUTRAJAYA Oct 30 Former prime minister Datuk Seri Najib Razak cannot claim that he was fooled by Low Taek...
Prosecution Labels Najib 1mdb Orchestrator In Final Submissions

Prosecution Labels Najib 1mdb Orchestrator In Final Submissions

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 238 hits
1MDB TRIAL The prosecution in the trial of Najib Abdul Razak accused of misappropriating RM2 3 billion from 1Malaysia Development Berhad today asserted that the former prime minister was not a victim but the principal architect of his own c...
Najib Claims Key Witnesses Perpetrated 1mdb Scandal

Najib Claims Key Witnesses Perpetrated 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 211 hits
1MDB TRIAL Former prime minister Najib Abdul Razak has accused key prosecution witnesses in his RM2 3 billion 1MDB trial of being the actual perpetrators of financial misconduct who have not been brought to justice In his foreword to the de...
1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 290 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is pictured at the Kuala Lumpur High Court Complex June 20 2025 Picture by Yusof Mat IsaPUTRAJAYA Oct 30 Datuk Seri Najib Razak s claim that Saudi Arabia had donated RM2 billion to him is just a ...
Submissions Hearing Ends In 1mdb Case Najib To Know Fate On Dec 26

Submissions Hearing Ends In 1mdb Case Najib To Know Fate On Dec 26

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 140 hits
1MDB TRIAL The hearing of submissions in the RM2 3 billion 1MDB case involving Najib Abdul Razak at the High Court in Putrajaya concluded today after both parties wrapped up their arguments The defence and prosecution completed their final ...
Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1mdb

Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1mdb

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 184 hits
Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1MDB PUTRAJAYA 30 Okt Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2 3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad mem...
You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 327 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is seen at the Kuala Lumpur Court Complex on July 7 2025 Picture by Sayuti ZainudinPUTRAJAYA Oct 29 The prosecution today rubbished former prime minister Datuk Seri Najib Razak s claim that he ha...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Poco Launches Poco F8 Series

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The Invention Of Paper By Cai Lun Transformed Global Civilisation

Apa Maksud Skor Seo 83 Cadangan Naikkan Skor Ke 90 Seo

Dicalonkan Untuk Apc

Apa Yang Saya Belajar Minggu Ini

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir