Keputusan Exam Akhir Tahun Najiha Buat Ibu Tersenyum
Alhamdulillah. Petang semalam, ustazah Najiha whatsapp saya keputusan exam akhir tahun sekolah agama. Walau PSRA dah berlalu, tapi exam akhir tahun tetap dijalankan juga. Selepas baca whatsapp tu saya memang tersenyum, Alhamdulillah dalam hati.
Alhamdulillah memang ibu doa anak anak ibu semuanya berjaya dunia akhirat
Tersenyum bukan sebab apa, teringat kes pagi tu sebelum ke sekolah, memang saya marah betul dengan Najiha. Jam 6 pagi kejut bangun mandi, tak bangun. Kejut lagi 4/5 kali tak juga bangun. Memang dalam hati menahan sabar. Masuk kali ke 10 saya memang naik hantu. Hampir nak ambil hanger dan rotan dia.
Tapi bila dia bangun sambil menangis saya tak jadi nak rotan. Ya Allah dah darjah 6 pun perangai macam budak kecik lagi. Mak aihh anak nombor 2 ni, macam-macam peel dia.
Saya faham perasaan korang yang mengadap drama anak-anak yang nak bangun pagi. Semoga kita semua diberikan kesabaran infinity dalam mengadap kerenah diorang ni. Kesabaran yang melangit tingginya hahaha.
Kalau diingat-ingat dari kecik memang agak mencabar nak jaga budak seorang ni. Masa baby lagi, dia akan berjaga malam dan tak akan tidur selagi tak jam 12 malam atau 1 pagi. Nak plak masa tu PJJ ngan husband yang bekerja di Baling, Kedah.
Weekend lah baru kami berjumpa, perghh memang mencabar minda dan fizikal. Saya pernah cerita dulu tentang saya beranak rapat. So memang penatlah nak uruskan rumahtangga tanpa suami di sisi. Phewww!! Lap peluh. Itu cerita 11 tahun lepas lah hahaha.
Saya cakap kat ustazah Najiha, dia ni memang mencabar kesabaran kami nak membesarkan budak ni. Tau ustazah dia jawab apa? Tau sebab tengok watak najiha. Dalam kelas dia antara yang suka nak bergaduh mulut dengan budak lelaki. Hahaha pengsan ibu kau nak!!
Alhamdulillah walaupun sejenis perangai banyak nak main psikologi, tapi cepat tangkap otaknya. Syukurlah nak, dalam pada mendidih darah ibu ni, ada gak penyejuknya
.
Ibu doakan kita dan abah, kekal bahagia sampai syurga. Ibu ayang korang semua. Penyejuk hati ibu abah.
Dulu masa saya kecik, setiap tahun akan naik pentas ambil hadiah. Pernah sekali tu saya bagi peluang kat arwah ayah naik pentas wakilkan saya. Bangga giler arwah ayah dengan saya. Hihi, aju nak ayah rasa pengalaman tu. Dan saya tahu arwah bangga
.
Saya seronok sebab kali ni saya pula yang rasakan perasaan tu. Alhamdulillah ibu dan abah bersyukur, bergeliga otak anak kita
. Bukan mudah nak mendidik manusia menjadi apa yang kita impikan.
Tapi yakinlah, setiap masa kita sedang diperhatikan. Tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita jadi tontonan anak-anak. Semoga yang baik-baik aja yang kita pamerkan. Sebab itulah yang membentuk sahsiah anak-anak kita. Terima kasih anak-anak sebab cuba yang terbaik.
Bila ibu dapat berita keputusan exam akhir tahun macam ni, hilang lelah ibu memikir masalah kerja di opis. Walau ibu bukanlah banyak masalah sangat pun, tapi ia menenangkan sangat hati ni. Ini yang buat ibu tidur sambil tersenyum.
(19)
The post Keputusan exam akhir tahun Najiha buat ibu tersenyum appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2019/11/keputusan-exam-akhir-tahun-najiha-buat-ibu-tersenyum.html