27 Tahun Peluk Islam Mr Universe Sambut Deepavali Mohon Restu Ibu


“Restu ibu masih perlu, walaupun berlainan agama,” kata jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah yang akan menyambut perayaan Deepavali bersama ibunya, S.Neelavathi, esok.
Anak jati Kuala Lumpur berusia 46 tahun yang mesra dengan panggilan Mike itu mula memeluk Islam sejak berusia 19 tahun, namun tidak pernah terlepas meraikan perayaan agama Hindu itu sehingga sekarang.

Loading… “Keluarga saya terima saya seadanya. Masa saya mula-mula masuk Islam, ibu saya terima saya dengan agama baharu. Hanya tanya ‘kenapa’? Saya beri jawapan yang meyakinkan kepada ibu dan ahli keluarga lain. Mereka terima, jadi kenapa saya perlu ‘buang’ mereka walaupun berlainan agama sekarang.
“Seronok jadi saya, kerana masih meraikan Deepavali dan dalam masa sama, turut menyambut Aidilfitri dan Aidiladha. Keluarga saya juga turut serta dalam perayaan saya,” kata Mr Universe tiga kali berturut-turut itu kepada Bernama.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata beliau akan melawat ibunya di Taman Suria Jaya, Cheras selepas latihan harian dan seterusnya ke rumah saudara-mara lain di Sungai Buloh.
Perayaan Deepavali pastinya akan diserikan dengan juadah tradisional yang menyelerakan lebih-lebih lagi apabila ia adalah masakan ibu, bagaimanapun Mike terpaksa ‘berpuasa’ daripada menjamah makanan istimewa itu kerana sedang dalam diet ketat.
Beliau mengamalkan diet ketat tanpa gula, minyak dan rendah kalori sejak Mei lalu demi mengejar gelaran juara dunia buat kali keempat berturut-turut di Kejohanan Dunia di Korea Selatan, bulan depan.
Mike yang juga pemegang gelaran Mr Asia lima kali bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dan menganggap tiada negara sebaik Malaysia.
“Jauh perjalanan, luas pemandangan. Selagi kita tidak melawat negara orang, kita tidak akan hargai negara sendiri, pasti ada benda tidak kena. Bagi saya selepas pergi ke beberapa negara ketika menyertai kejohanan, tiada negara yang harmoni seperti Malaysia.
“Malaysia ada banyak bangsa, agama tapi kita boleh menerima antara satu sama lain. Kita boleh meraikan perayaan agama dan bangsa lain. Tiada sengketa cuma saya kecewa sedikit dengan isu-isu rasis yang ada sekarang. Perkara seperti itu tidak sepatutnya timbul,” katanya.
Mike berharap silaturahim antara kaum dapat dieratkan terutama ketika musim perayaan ini dan meminta seluruh rakyat Malaysia sentiasa hormat-menghormati agar perpaduan dapat dikekalkan. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/27-tahun-peluk-islam-mr-universe-sambut-deepavali-mohon-restu-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balita 2 Tahun Yang Peluk Jenazah Ibu Alami Trauma Selalu Teriak Mama Mama

Balita 2 Tahun Yang Peluk Jenazah Ibu Alami Trauma Selalu Teriak Mama Mama

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 297 hits
Pihak Rumah Sakit Bhayangkara Makassar masih melakukan trauma healing terhadap EA balita 2 tahun yang ditemukan di samping jenazah ibunya yang sudah membusuk selama 3 hari Kepala Rumah Sakit Bhayangkara Makassar Kombes Pol dr Farid Amansyah...
Sering Mengislamkan Saudara Baru Firdaus Wong Pimpin Ibu Sendiri Peluk Islam

Sering Mengislamkan Saudara Baru Firdaus Wong Pimpin Ibu Sendiri Peluk Islam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1328 hits
HARI ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung apabila ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam Lebih menyentuh perasaan beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Firdaus memimpin sendiri ibu...
Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 927 hits
Ustaz Firdaus Sebak Tika Pimpin Ibu Peluk Islam Firdaus Wong siapa tidak kenal dengan Ustaz Firdaus ini Beliau antara pendakwah yang tidak kenal lelah untuk sebarkan Islam Inilah kehebatan mereka yang benar benar terima Islam hasil daripada...
Budak 2 Tahun Maut Disumbat Air 19 Liter Secara Paksa Oleh Ibu Sendiri

Budak 2 Tahun Maut Disumbat Air 19 Liter Secara Paksa Oleh Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 615 hits
Gambar Hiasan JAKARTA Seorang kanak kanak berusia 2 tahun meninggal dunia apabila digogok air secara paksa oleh ibu kandungnya sendiri Dalam kejadian yang berlaku di Duri Kepa Kebon Jeruk Jakarta Barat pada Jumaat mangsa yang hanya dikenali...
12 Tahun Lagi Mungkin Ibu Hamil Boleh Lahirkan Anak Di Angkasa Lepas Pakar

12 Tahun Lagi Mungkin Ibu Hamil Boleh Lahirkan Anak Di Angkasa Lepas Pakar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 539 hits
Pakar tidak tolak kemungkinan bayi pertama bakal dilahirkan di ruang angkasa lepas dalam tempoh 12 tahun akan datang Dr Egbert Edelbroek yang merupakan pengasas dan Ketua Eksekutif Spaceborn United berkata mereka sedang merancang satu misi ...
Anak Usia 1 Tahun Meninggal Lelaki Ini Pesan Lepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak

Anak Usia 1 Tahun Meninggal Lelaki Ini Pesan Lepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 623 hits
Anda bila lagi nak berhenti merokok jangan sampai jadi macam saya Menyesal nanti pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rok...
Royal Selangor Yacht Sambut Ulang Tahun Ke 50

Royal Selangor Yacht Sambut Ulang Tahun Ke 50

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 401 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Hampir 3 Bulan Peluk Islam Ayana Jihye Moon Dedah Wajah Adik Lelaki

Hampir 3 Bulan Peluk Islam Ayana Jihye Moon Dedah Wajah Adik Lelaki

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 710 hits
Hampir 3 bulan peluk Islam Ayana Jihye Moon dedah wajah adik lelaki Tindakan Instafamous muslimah mualaf Ayana Jihye Moon mendedahkan wajah adik lelakinya hujung minggu lalu mengundang perhatian ramai terutama kaum wanita Menerusi laman Ins...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu