Keputusan Badminton Terbuka Singapura 2019 Beregu Campuran Terkulai Di Final
Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2019 telah melabuhkan
tirainya. Nampaknya keputusan pemain Malaysia hampir serupa dengan keputusan
di Terbuka Malaysia pada minggu lepas Cuma beregu campuran Tan Kian
Meng/Lai Peng Jing berjaya menjadi wakil tunggal negara pada perlawanan akhir.
Meskipun berjaya melangkah ke akhir namun keputusan
menentang beregu Thailand Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai tidak
memberangsangkan. Mereka tumpas mudah dengan keputusan 14-21, 6-21 dalam tempoh
hanya 33 minit sahaja. Mungkin mereka keletihan tetapi ia tidak boleh dijadikan
alasan untuk tidak memberikan saingan kepada juara. Walaubagaimanapun,
Ligakampung tetap merasakan ianya satu kejayaan bagi pasangan beregu negara
ini. Pastinya selepas ini ranking mereka akan meningkat sekaligus memberikan
amaran kepada beregu utama seperti Goh Liu Ying/ Chan Peng Song dan Shevon Lai/
Goh Soon Huat.
Dalam perlawanan akhir nampaknya pemain pilihan menguasai
gelanggang. Pasukan Jepun mempunyai empat wakil dari 5 kategori dan memenangi
tiga kategori. Ia membuktikan betapa pasukan Jepun semakin gah dalam acara
badminton ini sedangkan pasukan negara yang dahulunya cukup gah di arena
badminton kini semakin kurang dikenali. Apatah lagi dengan ketiadaan Datuk Lee
Chong Wei yang masih samar-samar lagi untuk beraksi pastinya nama pemain
Malaysia sukar untuk dicari di podium.
Pemain-pemain yang diharapkan perlu bangkit kerana jika
mereka sekadar berpuas hati dengan prestasi sekarang maka tidak kemana sukan
badminton di Malaysia ini. Cuba lihat aksi Kento Momota yang hampir kalah tapi
mampu bangkit sehingga melakar kemenangan pada set ketiga. Ia patut dijadikan
contoh dan bukan sekadar beralasan
Keputusan Penuh
Terbuka Singapura 2019
Perseorangan Wanita
Tai Tzu Ying vs Nozomi Okuhara 21-19, 21-15
Dechapol Puavaranukroh/ Sapsiree Taerattanachai vs Tan Kia
Meng/Lai Pei Jing 21-14, 21-6
Mau Natsumoto/ Wakana Nagahara vs Kim Hye Jeong/ Kong Hee
Yong 21-17, 22-20
Takeshi Kamura/ Keigo Sonoda vs Mohammad Ahsan/ Hendra
Setiawan 21-13, 19-21, 21-17
Kento Momota vs Anthony Sinisuka ginting 10-21, 21-19, 21-13
Prestasi Pemain Badminton Negara
Beregu Campuran
Goh Soon Huat/Shevon Lai (Pusingan Kedua)
Chen Tang Jie/ Peck Yen Wei(Pusingan Pertama)
Lai Pei Jing/ Tan Kian Meng (Separuh Akhir)
Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Suku Akhir)
Perseorangan Wanita
Tiada Wakil
Beregu Wanita
Tiada Wakil
Beregu Lelaki
Ong Yew Sin/ Teo Eee Yi (Pusingan Pertama)
Chooi Kah Ming/ Low Juan Shen (Pusingan Kedua)
Goh Sze Fei/ Nur Izzuddin (Pusingan Pertama)
Goh V Shem/Tan Wee Kiong (Suku Akhir)
Arif Latif/ Nur Mohd Azryn (Pusingan Pertama)
Aaron Chia/ Soh Wooi Yik (Pusingan Kedua)
Perseorangan Lelalki
Liew Daren (Pusingan Pertama)
Lee Zii Jia (Pusingan Kedua)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/keputusan-badminton-terbuka-singapura-2019-beregu-campuran-terkulai-di-final/