Keputihan Punca Kaedah Pencegahan


Masalah keputihan atau lendir berwarna putih, kelabu atau krim yang keluar daripada farah bukan satu perkara yang asing dalam kalangan wanita.
Statistik menunjukkan kira-kira 75% wanita yang sudah berkahwin sering menghadapi masalah ini.
Meskipun ia sering dianggap sebagai satu petanda biasa sebelum datang haid, namun ia boleh menjadi petand kepada pelbagai masalah kesihatan serius.
Oleh itu, para wanita perlulah mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lendir faraj secara semula jadi atau penyakit keputihan yang memerlukan rawatan perubatan.
Jenis-Jenis Keputihan dan Sifatnya Keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.
1. Keputihan Fisiologis Sering berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi. Lelehan lendir normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak bau serta tidak menyebabkan kegatalan. Jumlah lendir adalah sedikit dan berbentuk cecair. Normal dan dialami oleh hampir semua wanita. 2. Keputihan Patologik Lendir yang bersifat lebih kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau Berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian farah. Jumlah lendir yang dikeluarkan lebih banyak Disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria atau kulat) dan perlu dirawati segera. Punca Penyakit Keputihan Kebersihan Bahagian Sulit Wanita Kurang Terjaga
Kelembapan pada bahagian faraj boleh mengundang pertumbuhan serta jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
Oleh itu, para wanita sentiasa digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan lapkan sehingga kering setiap kali selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seksual.
Gangguan Keseimbangan Hormon
Ketidakseimbangan hormon boleh terjadi disebabkan beberapa perkara berikut :
Rembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan ketika wanita sedang hamil membuatkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
Pengambilan ubat khususnya antibiotik yang berlebihan pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan bakteria semula jadi pada faraj mati.
Ini seterusnya akan mendorong pertumbuhan mikroorganisma jahat seperti kulat atau bakteria.
Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga boleh disebabkan oleh pengambilan pil perancang.
Gaya Hidup
Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat seperti melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk menghidap pelbagai jangkitan pada faraj.
Masalah Kesihatan
Wanita penghidap kencing manis lebih mudah untuk alami keputihan. Akibat kandungan gula yang tinggi dalam darah, ia boleh menggalakkan pembiakan kualt yang banyak di bahagian faraj.
Pesakit dengan sistem pertahanan yang rendah atau terjejas akibat barah, AIDS atau leukemia juga berisiko tinggi untuk alami jangkitan faraj.
Cara Mencegah Penyakit Keputihan Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Buat kaum hawa, anda boleh amalkan beberapa kaedah pencegahan bagi penyakit keputihan seperti berikut :
Pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering Elakkan penggunaan sabun, bedak, produk wangian atau pencuci faraj yang boleh mengakibatkan kegatalan atau mengganggu kestabilan pH. Sentiasa jaga kebersihan terutamanya ketika datang haid. Pastikan anda sentiasa menukar tuala wanita dan jangan biarkan berjam-jam tanpa tukar. Gunakan pelapik seluar dalam atau panty liner ketika perlu sahaja. Hindari penggunaan seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.   Jauhi pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor. Kurangkan pengambilan makanan dengan kandungan gula tinggi. Amalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada satu pasangan. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj termasuk kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks. Gejala serta komplikasi bagi masalah keputihan ini mungkin berbeza mengikut tahap kesihatan individu. Walau bagaimana pun, wanita dengan simptom keputihan patologik perlu rujuk kepada doktor segera sebelum keadaan semakin teruk.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/keputihan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=keputihan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangan Menggigil Punca Kaedah Rawatan

Tangan Menggigil Punca Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 269 hits
Meskipun sinonim dengan orang lanjut usia namun masalah tangan menggigil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia Orang tua sering mengalami tangan gigil atau gementar ketika melakukan aktiviti harian seperti menuang air atau ...
Rebut Pelanggan Jadi Punca Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Bergaduh

Rebut Pelanggan Jadi Punca Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Bergaduh

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 296 hits
Polis dilaporkan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden pergaduhan melibatkan beberapa orang lelaki dan wanita di Pasar Siti Khadijah Kelantan Menurut laporan Sinar Harian pergaduhan itu didakwa berpunca daripada merebut pelangg...
Sikap Pas Punca Mp Bersatu Beralih Sokongan

Sikap Pas Punca Mp Bersatu Beralih Sokongan

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 226 hits
HarapanDaily coDESA HMPas dalam dilema Semua yang dibuat serba tidak kena Dek kerana keputusan Perikatan Nasional yang dimonopoli Pas memutuskan tidak ada lagi rundingan pasal peruntukan menyebabkan beberapa MP dari Bersatu tiba tiba u turn...
5 Cara Halau Semut Dari Rumah Guna Kaedah Semula Jadi Pun Boleh

5 Cara Halau Semut Dari Rumah Guna Kaedah Semula Jadi Pun Boleh

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 339 hits
Mungkin anda rasa habis duit saja guna spray tetapi nampaknya semut dah imun lantaran masih banyak dalam rumah Apa kata guna kaedah semula jadi saja kerana semut paling alergik dengan bahan bahan yang ada bau tertentu ini Ini 5 cara boleh a...
Manual Kaedah Menggunakan Aplikasi Public Gold

Manual Kaedah Menggunakan Aplikasi Public Gold

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 188 hits
Entri kali ini saya kongsikan cara menggunakan aplikasi Public Gold dalam sebarang urusniaga Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store atau Apple Store dan hanya boleh diguna di telefon pintar sahaja Selesai Mudahkan hendak faham Manual...
Doktrin Ditanam Pembangkang Punca Anggap Ibadah Orang Lain Tidak Betul

Doktrin Ditanam Pembangkang Punca Anggap Ibadah Orang Lain Tidak Betul

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 183 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF Sikap pihak yang mengecam ibadah umrah dilakukan Perdana Menteri sehingga meninggalkan komen negatif di laman Instagram milik Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca daripada doktrin ekstrem yang ditanam pembangkang Na...
Bekas Isteri Ac Mizal Jelaskan Punca Anak Sebak Di Majlis Nikah Benda Lepas Jangan Diungkit

Bekas Isteri Ac Mizal Jelaskan Punca Anak Sebak Di Majlis Nikah Benda Lepas Jangan Diungkit

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 190 hits
Video dan gambar anak kedua Shafnie Zainuddin yang melangsungkan pernikahan baru baru ini telah menjadi sorotan ramai apabila pengantin lelaki dilihat sebak sewaktumajlis berjalan Netizen buat spekulasi punca anak menangis Pelbagai spekulas...
Kek Selalu Menjadi Bentat Ini 4 Punca Dan Cara Untuk Atasi Masalah Itu

Kek Selalu Menjadi Bentat Ini 4 Punca Dan Cara Untuk Atasi Masalah Itu

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 156 hits
Bagi mereka yang baru berjinak untuk membuat kek perlu ingat ia mengambil masa yang lama untuk pastikan resipi tersebut menjadi Kadangkala buat pertama kali elok sahaja kejadian dan rupa kek tapi bila masuk kali kedua kek jadi bantat dan pa...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024