Kepimpinan Satu Proses Dinamik
Kepimpinan merupakan satu elemen yang penting dalam sesuatu kejayaan organisasi. Organisasi yang cemerlang mempunyai pemimpin yang hebat. Pemimpin yang hebat melalui proses kemahiran kepemimpinan yang mantap. Proses pemantapan ini merangkumi minda, sahsiah diri, personaliti, etika kerja, gaya kepimpinan kontemporari selaras dengan perubahan zaman
Pemimpin hendaklah berupaya membina kemantapan diri dalam aspek ASK iaitu Attitude(sikap), Skill(Kemahiran) dan Knowledge(Pengetahuan)
Kepimpinan suatu kuasa menghubungkan pemimpin dengan pengikut. Pemimpin yang baik mampu mendorong pengikut supaya melakukan apa yang ditetapkan dalam organisasi
Kepemimpinan adalah satu proses dinamik, tidak statik dan mempunyai objektif sendiri iaitu satu kaedah pengarahan dan pembentukan manusia memenuhi keperluan organisasi. Dalam Islam, kepimpinan membawa kepada keimanan kepada Allah SWT.
Kepemimpinan adalah suatu yang amat diperlukan dalam pengurusan Islam supaya di dalam suatu kumpulan atau organisasi itu ada pihak yang mengarah dan mengatur urusan. Apabila ada pemimpin, urusan yang dilakukan dapat difokuskan dan mengelak perbuatan membuat keputusan sendiri.
Rasulullah SAW bersabda: “Jika tiga orang keluar bermusafir hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua”
Jelas sekali, dalam kelompok yang kecil telah ditetapkan agar dilantik seorang ketua. Tentu sekali pemimpin perlu dipilih untuk satu organisasi yang besar seperti sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat
Dalam sebuah organisasi yang besar, kepimpinan tidak ditentukan oleh seorang individu sahaja biarpun ada yang dilantik sebagai paling tinggi jawatannya. Contohnya, dalam kepimpinan negara, ia ditentukan secara kolektif oleh kebinet
Fungsi kepemimpinan: - Membentuk dan membimbing ahli ke arah kejayaan dunia akhirat. Menyatukan kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan, pendengar yang sabar dan seumpamanya. - Mewujudkan suasana selesa kepada orang yang dipimpin termasuk memberikan dorongan berdasarkan ganjaran atau hukuman dan teguran. Merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada warga organisasi
- Memudahkan perhubungan di kalangan anggota organisasi dengan berkemahiran mengenai teknik komunikasi sama ada antara perseorangan, kumpulan kecil atau kumpulan besar
- Memastikan setiap perancangan organisasi berjalan baik dan sentiasa mengambil berat mengenai latihan dalam pelbagai bidang kemahiran diperlukan pekerjaPemimpin bukan calang-calang individu. Dia individu mempunyai keistimewaan dalam bidang yang mana dia dipilih menjadi pemimpin. Pemimpin mesti mempunyai kewibawaan untuk menjalankan tugas dengan cemerlang
Antara ciri-ciri pemimpin yang baik:- Berani mengatakan tidak boleh ketika keadaan yang memerlukan
- Menghentikan sesuatu aktiviti apabila didapati merugikan atau bercanggah dengan hukum Islam
- Mementingkan kebajikan dan keperluan orang ramai daripada keperluan peribadi
- Bijak mengurus masa dengan ada keseimbangan di antara tanggungjawab dalam organisasi, rumah tangga dan masyarakat
- Mengambil perhatian kepada hubungan kemanusiaan dengan mewujudkan suasana persaudaraan di dalam dan luar organisasi
- Memilih ahli (pekerja) dengan teliti dan mengambil kira keperluan organisasi dan tuntutan Allah SWT
- Sentiasa mengambil berat pembentukan peribadi, kemahiran dan kreativiti anggota organisasi. -Mementingkan apa yang dapat dilakukan dengan sempurna dari memikirkan halangan dan sekatan dihadapi. - Menghebahkan perkara baik dan positif dan menyembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain
- Mengambil kira kemaslahatan organisasi secara menyeluruh
- Mempunyai kaedah dan sistem pengawasan dan penilaian yang baik
- Menjaga rahsia atau perkara sulit organisasi daripada pengetahuan umum
- Menggalakkan kecemerlangan, tetapi tidak mengharapkan keunggulan daripada anggota organisasi
- Mengenal pasti keutamaan dan dapat mengagihkan tugas menurut keutamaan berdasarkan kebolehan dan kemampuan individu yang diamanahkan
- Memberi penghargaan dengan jujur untuk setiap tugasan dari orang yang dipimpin yang dijalankan dengan sempurna
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lokmanismail.blogspot.com/2022/08/deo.html