Kepalabatas Cipta Alat Anti Curi Pensyarah Raih Anugerah Antarabangsa


Pensyarah Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti Kepala Batas Mohd Zaki Abdul Manap menunjukkan ‘Car Anti Theft & Child Alert’ bagi menangani peningkatan kes curi kenderaan dan pecah cermin kereta. — Foto Bernama
Kolej Komuniti Kepala Batas mencipta alat antikecurian kenderaan yang dikenali sebagai ‘Car Anti Theft and Child Alert’ bagi menangani peningkatan kes curi kenderaan dan pecah cermin kereta

Inovasi baharu ciptaan pensyarah Teknologi Pembuatan kolej itu, Mohd Zaki Abdul Manap, 43, dibantu oleh tiga pelajarnya berjaya memenangi pingat emas pada Ekspo Inovasi dan Ciptaan Antarabangsa Macao (MiiEX) 2019  yang berlangsung pada 10 hingga 13 Okt lepas

Mohd Zaki berkata inovasi alat berkenaan yang menggabungkan penggunaan sensor Objek Rangkaian Internet bagi membantu pengguna mengesan jika berlaku sebarang pergerakan atau cubaan jenayah ke atas kenderaan mereka yang boleh dikawal dari telefon pintar menerusi satu aplikasi yang dikenali sebagai ‘MIT Inventor’

Selain mengesan aktiviti kecurian, katanya alat itu juga dapat memberi amaran kepada ibu bapa sekiranya anak mereka tertinggal di dalam kereta.

“Idea untuk menghasilkan alat ini timbul selepas banyak kes pecah cermin kereta membabitkan pensyarah kolej komuniti ini yang kawasannya terbuka dan tidak berpagar. Di kawasan perumahan saya, kereta saya sendiri pun ada orang cuba pecahkan dan jiran yang maklumkan kepada saya,” katanya kepada Bernama

Dari situ saya mula terfikir bagaimana kita hendak tingkatkan keselamatan kenderaan. Jadi, saya buat sistem ini apabila ada kes kecurian kita dapat peringatan sendiri, orang lain tidak perlu maklumkan. Selain itu, kita juga dengar banyak kes kanak-kanak yang lemas di dalam kereta kerana ditinggalkan oleh ibu bapa secara tidak sengaja,” katanya

Dengan alat ini bukan sahaja masalah curi kenderaan dan pecah cermin kereta dapat dikurangkan malah dapat menangani kejadian kanak-kanak lemas di dalam kenderaan, katanya. 
Mohd Zaki yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal berkata alat itu yang mula dibangunkan sejak tahun lepas telah melalui pelbagai penambahbaikan selepas mendapat pandangan juri di mana pada peringkat permulaan ia hanya menggunakan kaedah ‘bluetooth’ yang hanya boleh dikesan dari jarak dekat sahaja

Beliau berkata pihaknya mengambil masa tiga bulan untuk menambah baik alat itu yang siap sepenuhnya pada Julai lepas dengan menambah pelbagai komponen antaranya Sensor Infra Merah Pasif (PIR), Global System for Mobile (GSM) Modul, ESP32, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), siren kereta, bateri lithium dan skrin paparan hablur cecair (LCD) dengan kos RM600

“Dengan alat ini kalau hanya masuk jari cukup dah siren akan berbunyi. Jadi, penjenayah itu tidak sempat ambil barang berharga dalam kereta. Satu lagi kanak-kanak yang tertinggal dalam kereta, katakanlah kanak-kanak itu tidur dalam kereta bila dia bergerak sahaja sensor gerakan akan kesan

“Pengguna hanya perlu mengaktifkan aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon dan sensor yang diletakkan di dalam kereta untuk membolehkan ia berfungsi. Selepas ini saya akan naik taraf lagi dengan menggunakan sensor haba. Sensor Haba ini tidak memerlukan pergerakan untuk kesan, ia cuma mengesan menerusi haba sahaja. Jadi, tak perlu tunggu kanak-kanak itu bergerak baru boleh kesan,” katanya

Mohd Zaki berkata antara pencapaian lain, alat itu juga berjaya meraih juara keseluruhan dalam pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Horizon Baharu di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim pada Ogos lepas dan memenangi ‘Anugerah Emas Berganda’ dalam Anugerah Ciptaan Kreatif  di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tahun lepas

Beliau berkata buat masa ini pihaknya telah mendapatkan dana daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mematenkan alat tersebut yang dijangka akan diperoleh Disember ini

Mohd Zaki berkata selepas alat itu berjaya dipatenkan, pihaknya akan menjualnya di pasaran kerana mendapat banyak permintaan terutamanya daripada kaum wanita

Menurutnya, Kolej Komuniti Kepala Batas bercadang untuk menjalin kerjasama dengan pihak industri yang berminat untuk menghasilkan alat itu

“Pihak polis juga memuji usaha pihak kami dan meminta kami bentangkan produk ini kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman selepas melihat keupayaan alat ini mengesan sebarang aktiviti jenayah membabitkan curi kenderaan dan pecah cermin kereta,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/10/kepalabatas-cipta-alat-anti-curi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelap Dunia Spm Dapat 2a Graduan Um Ini Bangun Balik Hingga Raih Anugerah Pelajaran Diraja

Gelap Dunia Spm Dapat 2a Graduan Um Ini Bangun Balik Hingga Raih Anugerah Pelajaran Diraja

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 711 hits
Jika keluar sahaja keputusan peperiksaan yang ditanya dahulu sudah pastilah berapa jumlah A yang dapat Tidak dinafikan ramai yang menganggap jumlah A tersebut bagaikan penentu kejayaan Buat graduan daripada Universiti Malaya dikenali sebaga...
Dahla Pandai Cantik Pulak Graduan Raih Anugerah Diraja Dengan Pointer 4flat

Dahla Pandai Cantik Pulak Graduan Raih Anugerah Diraja Dengan Pointer 4flat

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 452 hits
Sejak semalam viral video seorang gadis menerima Anugerah Pelajaran Diraja kerana memperolehi PMK 3 99 dalam keputusan akhir pengajiannya Video yang asalnya tular di Twitter itu telah mengejutkan ramai pihak berikutan kebijaksanannya sehing...
Platform Fintech Easycash Raih Penghargaan Best P2p Lending

Platform Fintech Easycash Raih Penghargaan Best P2p Lending

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 173 hits
Platform financial technology Easycash meraih penghargaan sebagai The Best P2P Lending dalam kategori Special Awards dalam ajang Indonesia Multifinance Awards 2019 yang diberikan baru baru ini di Balai Kartini Jakarta
Indonesia Raih Peringkat Pertama Pasar Keuangan Syariah Global 2019

Indonesia Raih Peringkat Pertama Pasar Keuangan Syariah Global 2019

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 214 hits
Global Islamic Finance Report 2019 menempatkan Indonesia di peringkat pertama dalam Pasar Keuangan Syariah Global Tahun lalu Indonesia berada di peringkat keenam Indonesia berhasil mencatat skor 81 93 pada Islamic Finance Country Index 2019
Cegah Kemungkaran Raih Keberkatan

Cegah Kemungkaran Raih Keberkatan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 455 hits
Marilah kita hayati firman Allah SWT dalam surah al Maidah ayat 78 79 yang bermaksud Orang orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibnu Maryam Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka da...
Ridwan Kamil Raih Penghargaan Inspirational Leader Asia Pasifik

Ridwan Kamil Raih Penghargaan Inspirational Leader Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 294 hits
Ridwan Kamil terpilih sebagai Inspirational Leader di kawasan Asia Pasifik pada ajang GovInsider Innovation Awards 2019 di markas Perserikatan Bangsa bangsa Asia Pasifik Bangkok Thailand Rabu
Sukses Jaga Kinerja Ekspor Toyota Manufacturing Raih Penghargaan Primaniyarta 2019

Sukses Jaga Kinerja Ekspor Toyota Manufacturing Raih Penghargaan Primaniyarta 2019

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 199 hits
Toyota Indonesia meraih penghargaan atas kinerja ekspornya dari pemerintah Indonesia yakni Primaniyarta pada tahun ini Penghargaan kali ke 10 bagi ini untuk kategori Eksportir Berkinerja
Olah Ampas Teh Jadi Pupuk Cair Mahasiswa Uns Raih Penghargaan Di Sri Lanka

Olah Ampas Teh Jadi Pupuk Cair Mahasiswa Uns Raih Penghargaan Di Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 205 hits
Ketiga mahasiswa tersebut adalah Ruby Agil Hasan dari D3 Agribisnis Agrofarmaka 2017 Muhammad Taufiek Heryansyah dari D3 Agribisnis Hortikultura 2018 dan Panji Karuniatama Putra dari D3 Agribisnis Hortikultura 2018
Honda Adv150 Raih Gelar Forwot Motorcycle Of The Year 2019

Honda Adv150 Raih Gelar Forwot Motorcycle Of The Year 2019

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 190 hits
Skutik premium Honda ADV 150 menjadi pemenang Forwot Motorcycle of the Year 2019 atau Motor Terbaik 2019 versi Forum wartawan Otomotif Indonesia Skutik bergaya adventure itu meraih nilai terbanyak dari dewan juri yakni 144 poin
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri