Kepalabatas 40 Khemah Peniaga 16 Rumah Rosak Akibat Ribut




Sebanyak 40 buah khemah peniaga makanan jalanan di Kayangan dan 16 buah rumah penduduk di dua buah kampung di Kepala Batas, di sini rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian hujan lebat, di sini semalam.
Walaupun kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, namun melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.
Manakala bagi peniaga di kawasan Kayangan pula makanan yang dijual dan peralatan berniaga turut rosak, sehingga menyebabkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit.





Seorang mangsa, Md Noor Awang, 50, berkata kejadian itu berlaku sangat pantas kerana secara tiba-tiba angin kuat sebelum beliau terdengar bunyi bising serta kuat di bahagian dapur, dan mendapati bumbung rumahnya telah diterbangkan angin dan air memenuhi ruang tersebut kerana hujan lebat.
“Saya berada di ruang tamu semasa kejadian bersama isteri dan anak, sebaik bunyi kuat kami mendapati bahagian bumbung dapur telah diterbangkan angin dan air hujan masuk menerusi ruang itu kerana sudah tiada bumbung, saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa yang berada di situ, tapi Alhamdulilah yang penting kami sekeluarga selamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Seorang peniaga di Kayangan, Wan Mohd Mustaqim Wan Azizan, 33, berkata kejadian ribut itu berlaku begitu pantas, iaitu tidak sampai dua minit dan peniaga hanya mampu menyelamatkan diri dan melihat peralatan perniagaan ditiup angin, kerana masing-masing bimbang keselamatan.
“Kejadian seperti ini kerap berlaku di sini, tetapi kali ini yang paling teruk kerana turut hujan lebat, jadi boleh dikatakan semua peniaga di sini berniaga makanan dan kesemua peralatan serta barangan jualan musnah,” katanya yang kerugian kira-kira RM3,000.
Sementara itu Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Ahmad Darus berkata, pasukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas terus melawat dan memberi bantuan awal kepada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut tersebut.
Bagi peniaga di Kayangan, beliau yang mewakili Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas telah menyampaikan bantuan wang tunai segera kepada 40 peniaga di situ, yang kebanyakannya mengalami kerosakan peralatan berniaga serta makanan dijual.
“Manakala 16 buah yang terlibat dengan kerosakan akibat ribut antaranya bumbung terbang dan bahagian rumah ditimpa pokok, akan dibaiki oleh Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas dengan segera, kami telah membuat penilaian.
"Skuad khas kami juga telah memotong pokok yang menimpa rumah serta membantu mengalihkan bumbung yang jatuh,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/kepalabatas-40-khemah-peniaga-16-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Rumah Rosak Dilanda Angin Kencang

Tujuh Rumah Rosak Dilanda Angin Kencang

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh Tujuh rumah di Sungai Isap Perdana rosak akibat dilanda angin kencang Foto NSTP Mohd Rafi Mamat KUANTAN Angin bertiup kencang dalam masa beberapa minit sahaja hingga menerbangkan atap rumah saya dan enam rumah jiran kata Asiah Harun 62...
Jenuh Belajar Di Rumah Akibat Pandemi Belasan Siswa Sma Di Gorontalo Pilih Menikah

Jenuh Belajar Di Rumah Akibat Pandemi Belasan Siswa Sma Di Gorontalo Pilih Menikah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 245 hits
Pernikahan dini itu terjadi bukan karena faktor pergaulan bebas melainkan menurut penelusuran pihak sekolah siswa tersebut merasa jenuh belajar di sekolah dan memilih langsung berkeluarga
Bakar Kereta Akibat Marah Isteri Tak Pulang Rumah

Bakar Kereta Akibat Marah Isteri Tak Pulang Rumah

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 337 hits
BAKAR KERETA AKIBAT MARAH ISTERI TAK PULANG RUMAH ISKANDAR PUTERI Seorang lelaki terkejut apabila kereta jenis Proton Saga FL miliknya yang diparkir di hadapan rumahnya terbakar di Jalan Indah 4 1 Taman Bukit Indah di sini semalam Dalam kej...
Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 288 hits
Bitcoin membuat kejayaan besar pada Februari 2021 setelah berulang kali menulis semula rekod nilai maksimum Kepentingan pelabur besar pengembangan perisian untuk memperluas kemungkinan cryptocurrency serta publisiti yang meluas di media glo...
Video Inilah Cabaran Peniaga Jalanan 30 Khemah Terbang Berselerak Habis Makanan Atas Jalan

Video Inilah Cabaran Peniaga Jalanan 30 Khemah Terbang Berselerak Habis Makanan Atas Jalan

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 346 hits
989 total views 989 views today Semalam tular di media sosial kejadian ribut di Kepala Batas Pulau Pinang yang telah menerbangkan hampir 30 khemah peniaga jalanan di Jalan Bertam Menerusi video berdurasi lebih kurang dua minit itu memaparka...
117 Rumah Di Demak Rusak Akibat Hujan Deras Disertai Angin Puting Beliung

117 Rumah Di Demak Rusak Akibat Hujan Deras Disertai Angin Puting Beliung

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 232 hits
Dia menyebut peristiwa nahas itu bermula dari hujan deras Selasa sekira pukul 14 45 WIB Hujan deras juga disertai angin kencang hingga dalam waktu singkat merusak rumah rumah warga
Refinance Housing Loan Buat Duit Dengan Rumah Era Covid 19

Refinance Housing Loan Buat Duit Dengan Rumah Era Covid 19

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 284 hits
Adakah banyak hutang yang tidak tertanggung hutang pinjaman kad kredit pinjaman peribadi hutang kereta sepanjang PKP PKPB PKPP di era covid 19 Apa kata kami sarankan anda buat refinance hosuing loan dapat buat duit mudah dan cepat dengan ru...
Ebit Lew Mahu Buka Restoran Free Rumah Gelandangan Di Ibu Negara

Ebit Lew Mahu Buka Restoran Free Rumah Gelandangan Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 263 hits
Pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Lew sedang merancang untuk meluaskan lagi kerja kerja kemanusiaan dan kebajikan dengan membuka sebuah restoran yang menawarkan juadah percuma kepada pengunjungnya Dengan menyasarkan lokasi di Kuala Lumpu...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun

Israel Serang Iran Tehran Dibedil Komander Irgc Terbunuh Apa Seterusnya

Imran Ajmain Feat B Heart Last Khalif Mengaku Kalah Chord