Refinance Housing Loan Buat Duit Dengan Rumah Era Covid 19


Adakah banyak hutang yang tidak tertanggung hutang pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi (personal loan), hutang kereta (car loan) sepanjang PKP, PKPB PKPP di era covid 19? Apa kata kami sarankan anda buat refinance hosuing loan, dapat buat duit mudah dan cepat dengan rumah anda!

Kini, seakan trend berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Gaji sebulan hanya RM2,000 sahaja tetapi berbelanja sehingga RM4,000 sebulan. Bagaimana boleh jadi begini?
Pastinya ramai antara kita yang menggunakan Personal Loan ataupun Kad Kredit dahulu, personal loan pula sentiasa bertindih (overlap) dan kad kredit digunakan hingga maksimum semasa itu barulah kita akan gelisah atau resah untuk mencari duit membayar balik duit itu. Lebih teruk lagi, gaji pula tidak cukup untuk membayar semua itu. Pening kepala bukan?
Secara peribadinya, amat tidak digalakkan untuk memaksimakan kedudukan kewangan, anda boleh menggunakan cara refinance rumah ini andai kata anda memerlukan jalan keluar untuk mengurangkan pembayaran balik bulanan pinjaman peribadi dan pinjaman kad kredit anda
Hakikatnya, ramai yang mendapatkan tunai dengan memilih Refinance Rumah. Tapi bagaimanakah cara buat refinance hosuing loan dengan rumah yang ada sekarang?
Permohonan Refinance Housing Loan 1. Perlu Memiliki Rumah Tajuk pun sudah dinyatakan Refinance Rumah, jadi jika tiada rumah, bagaimana pula anda mahu melakukannnya. Seeloknya rumah itu diletakkan atas nama anda atau pasangan ataupun nama ibu ayah anda, masih boleh lagi untuk lakukan joint loan.
2. Semak Market Value / Harga Pasaran Rumah Bagaimana untuk mendapatkan harga pasaran rumah anda? Senang sahaja. Cuba anda google di laman web Brickz.
Pilih lokasi dan klik jenis rumah yang dimiliki anda. Atau cara yang paling mudah adalah jika anda terlihat banner agen hartanah di sekitar rumah anda atau di mana-mana sahaja, anda boleh tanyakan berapa harga pasaran rumah di kawasan anda. Pastinya agen itu mengetahui harganya.
Mengapa perlu periksa harga pasaran? Value rumah wajib anda periksa untuk pastikan harga value lebih tinggi daripada jumlah hutang bank. Jikalau sebaliknya, tiada guna untuk anda lakukan refinance rumah.
3. Cetak CCRIS Report Sila pastikan CCRIS Report sudah dicetak sebelum mahu buat mana-mana pinjaman pun. Semua hutang-piutang dengan semua bank akan ditunjukkan di dalam CCRIS Report. Bank akan uruskan jika anda susah untuk lakukannya.
Bank baru akan menganalisis latar belakang kewangan anda apabila anda buat pinjaman dengan bank baru untuk refinance rumah. Di dalam CCRIS, mereka akan melihat gaji dan komitmen anda. Mereka akan memastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.
Lagi satu mereka akan lihat jika bayaran bulanan anda cantik ataupun tidak? Adakah terdapat bayaran yang sangkut? Selalunya agak susah sedikit untuk mendapatkan kelulusan jika ada yang sangkut bayar lebih daripada 2 bulan.
Oleh itu dinasihatkan supaya anda buat dahulu refinance rumah jika anda rasa seperti susah ‘bernafas’ pada bulan-bulan akan datang. Jangan tunggu sudah sangkut baru mahu memohon Refinance Rumah, memang susah untuk mendapat kelulusan.
4. Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan Memang ramai yang kurang mahir untuk mengira sendiri bahagian ini. Seelok-eloknya serahkan kepada banker. Anda sudah boleh mengetahui berapakah jumlah yang boleh dipinjam dan juga cash tunai yang boleh diperoleh setelah dikira. Selepas itu, boleh anda kira untuk bayar hutang yang sedia ada.
5. Permohonan Pinjaman Perumahan Anda sudah boleh memohon pinjaman refinance rumah dengan bank apabila sudah lakukan langkah 1 hingga 4. Selalunya keputusan boleh diketahui dalam masa 1-2 minggu, namun akan mengambil masa yang lebih lama lagi jika bank memerlukan dokumen yang lebih untuk sokongan permohonan anda.
6. Insurans MRTA vs MLTA MLTA dan MRTA adalah insurans yang memberikan perlindungan terhadap peminjam. Diingatkan bahawa ini bukan perlindungan ke atas rumah. Selalunya MLTA dan MRTA ini adalah pilihan sahaja. Tetapi terdapat juga bank yang mewajibkan MRTA ini.
Kadang-kala interest rate boleh murah sedikit jika beli MRTA ini. MLTA pula perlindungan insurans yang dibeli di luar, jadi harganya lebih mahal daripada MRTA tetapi liputan (coverage) MLTA ini lebih bagus daripada insurans MRTA.
7. Banding Produk Pinjaman Perumahan Memang banyak produk pinjaman perumahan yang terdapat di pasaran sekarang. Pada awalnya, pastikan sama ada Islamic atau Coventional Loan yang anda perlukan. Pendapat kami secara peribadi adalah digalakkan untuk buat Islamic Loan sama ada untuk muslim mahupun non-muslim.
8. Semak Lock-in Period Selalunya lock-in period akan ditawarkan setiap bank loan. Yang paling biasa, dalam masa 3 tahun bank akan lock. Tapi ada juga kes yang bank akan lock sehingga 5 tahun. Lebih seronok lagi jika No Lock-in. Kebiasaannya tiada lock period untuk Islamic Loan.
Lock-in period akan menjadi leceh dan rumit untuk refinance balik ataupun semasa mahu menjual rumah. Kelak terpaksa bayar penalti sebanyak 3% daripada loan amount jika anda dilakukan semasa lock-in period. Lebih membebankan lagi, kemungkinan jumlahnya agak besar dan tidak berbaloi.
9. Tandatangan Bank Offer Letter Anda boleh turunkan tandatangan anda secepat mungkin sekiranya semua sudah difahami dan boleh menerima segala syarat-syarat bank. Ini kerana masa yang diambil agak panjang untuk menyiapkan proses refinance ini. Mungkin dalam 3-4 bulan juga prosesnya. Lebih lambat anda menandatangani, lebih lambat duit akan diperolehi.
10. Tandatangani Bersama Peguam Apabila offer letter sudah ditandatangani, banker akan minta peguam bank untuk mulakan loan dokumen. Peguam bank akan minta anda datang untuk turunkan tandatangan apabila sudah siap.
Dokumen semuanya memang tebal belaka, namun kebanyakannya hanya standard sahaja. Bank tidak akan menukar sekiranya terdapat yang anda tidak puas hati. Jikalau hendak meminjam, anda hanya perlu menurut syarat yang sudah ditetapkan.
Selepas itu, peguam akan selesaikan proses refinance. Tetapi, setiap bulan perlu lakukan susulan (follow up) dengan peguam bank itu. Jangan diam dan tunggu sahaja.
11. Bank Valuer Buat Site Visit Jangan terkejut jika anda mendapat panggilan telefon daripada penilai bank (bank valuer) untuk melihat rumah anda. Mereka ini adalah jurunilai yang diminta bank untuk datang menilai rumah anda.
Jurunilai ini akan datang lihat rumah, ambil gambar rumah bersama berserta kawasan sekeliling. Selalunya hanya 10-15 minit sahaja. Selepas itu, laporan (report) akan dihantar ke bank untuk memastikan harga value rumah.
Jangan terkejut jikalau value jatuh. Kadang-kadang boleh jadi begini kerana informasi salah diberikan. Contohnya, jikalau pelanggan memberitahu banker rumah terdapat pengubahsuaian rumah. Tetapi semasa jurunilai melawat, tiada pun pengubahsuaian. Jikalau situasi seperti ini mesti value akan jatuh.
Apabila value sudah jatuh, loan anda perlu dibuat semula. Ini kerana jumlah pinjaman (loan amount) akan turut jatuh. Oleh itu, sangat dinasihatkan supaya berlaku jujur dengan banker agar tidak susah kelak nanti.
12. Terima Duit Tunai Refinance Rumah Bank lama akan terlebih dahulu diselesaikan oleh bank baru apabila buat refinance rumah. Jika terdapat hutang yang belum dilangsaikan lagi. Tetapi akan lebih cepat proses jika tiada hutang. Dalam tempoh 1-1.5 bulan anda akan memperolehi baki tunai apabila sudah selesai semuanya. Jadi, kena lihat berapa cepat dokumen lama dikeluarkan bank lama.
Oleh yang demikian, janganlah sakan berbelanja apabila duit refinance rumah sudah diterima. Ingatkan diri anda tujuan sebenar anda adalah refinance. Kalau sebab utama anda mahu selesaikan hutang-piutang, maka selesaikan dahulu hutang anda.
Diharapkan dengan tips cara buat refiannce housing loan yang ditulis ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang mahu refinance.
Sumber Asal Yang Rasmi : Refinance Housing Loan: Buat Duit Dengan Rumah Era Covid 19
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/refinance-housing-loan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Nakes Positif Covid 19 Saat Jalani Isolasi Mandiri Di Rumah

Kisah Nakes Positif Covid 19 Saat Jalani Isolasi Mandiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 183 hits
Kisah Nakes Positif Covid 19 Saat Jalani Isolasi Mandiri di Rumah Sudah dua pekan NY menjalani isolasi mandiri Perempuan yang berprofesi sebagai tenaga kesehatan di rumah sakit swasta di Jakarta ini dinyatakan positif Covid 19 dengan status...
Pembantu Rumah Asing Warga Indonesia Satu Satunya Kes Import Baru Covid 19 Di S 039 Pura

Pembantu Rumah Asing Warga Indonesia Satu Satunya Kes Import Baru Covid 19 Di S 039 Pura

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 316 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Hanya satu kes baru COVID 19 dilaporkan sehingga tengah hari Selasa kenaikan harian terendah dalam lebih tiga bulan Satu satunya kes itu melibatkan kes import yang sudah dike
Hiburan Didakwa Ubahsuai Rumah Pakai Duit Haram Oleh Azwan Ali Ziha Af Beri Kenyataan Balas

Hiburan Didakwa Ubahsuai Rumah Pakai Duit Haram Oleh Azwan Ali Ziha Af Beri Kenyataan Balas

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 351 hits
Ziha AF nampaknya telah tampil memberi kenyataan balas apabila pengacara sensasi Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA mendakwa dirinya menggunakan duit haram kerana sering memaparkan reka bentuk rumahnya yang dianggap sebagai mewah...
Jenis Masker Terbaru Cegah Penularan Covid 19

Jenis Masker Terbaru Cegah Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 214 hits
Pada 13 Februari 2021 lalu Center for Disease Control di Amerika Serikat memperbarui artikel pada website resminya terkait dengan cara cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan efektivitas penggunaan masker kata Wiku
Immunity Only Lasts 8 Months After Covid 19 Recovery Cannot Replace Vaccine

Immunity Only Lasts 8 Months After Covid 19 Recovery Cannot Replace Vaccine

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 242 hits
Health Ministry Clinical Research Institute director Dr Kalaiarasu Peariasamy said it is not possible to gain long term immunity against Covid 19 by getting infected with it This is because current data shows the antibodies only last for ab...
Health Ministry To Employers Shut Down Voluntarily If Workers Get Covid 19

Health Ministry To Employers Shut Down Voluntarily If Workers Get Covid 19

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 219 hits
Employers and factory operators were urged to take their own initiative to shut down operations if there are positive Covid 19 cases among their workers Health Minister Dr Adham Baba said the action would not only reduce cases in the manufa...
Tempat Isolasi Portabel Untuk Pasien Covid 19 Di Kolombia

Tempat Isolasi Portabel Untuk Pasien Covid 19 Di Kolombia

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 340 hits
Tempat Isolasi Portabel untuk Pasien Covid 19 di Kolombia Tempat isolasi portabel ini diyakini menjadi solusi ketika rumah sakit semakin penuh akibat lonjakan kasus baru atau bahkan bagi warga pedesaan yang jauh dari jangkauan fasilitas kes...
Ratusan Santri Di Tasikmalaya Positif Covid 19 Wagub Jabar Jamin Perawatan Serius

Ratusan Santri Di Tasikmalaya Positif Covid 19 Wagub Jabar Jamin Perawatan Serius

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 157 hits
Wakil Gubernur Jawa Barat Uu Ruzhanul Ulum memastikan ratusan santri yang positif Covid 19 di Pondok Pesantren Benda Kota Tasikmalaya mendapatkan penanganan medis secara serius sehingga saat ini kesehatan sebagian mereka sudah berangsur mem...
Satgas Minta Pemda Zona Merah Benahi Penanganan Covid 19 Di Daerahnya

Satgas Minta Pemda Zona Merah Benahi Penanganan Covid 19 Di Daerahnya

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 170 hits
Juru Bicara Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Prof Wiku Adisasmito meminta pemerintah daerah khususnya pada wilayah dengan zona merah dan oranye untuk membenahi penanganan Covid 19 di daerah masing masing untuk mengurangi penularan virus di ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan