Kepala Silinder Enjin Kereta Mommy Retak
Semalam seperti dirancang, Master membawa kereta Mommy ke bengkel.Sebelum itu kami ke kedai cuci kereta, sebab enjin kereta perlu dicuci untuk kenalpasti di mana kebocoran minyak enjin berlaku
Nasib baik di kawasan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi ada kedai cuci kereta yang menyediakan perkhidmatan cuci enjin. Cuci luar kereta, dalam kereta dan enjin kereta cuma RM 15. Walaupun Tedi agak tak setuju kerana mereka basuh enjin gunakan air, tapi nak buat macam mana lagi
Selepas siap, kami bergegas ke bengkel Keystone Motor Sport yang sebelum ini overhaul kereta Mommy kerana timing belt putus
Sampai sahaja di sana, Master mengadu mengenai kekeringan air radiator dan juga kebocoran minyak, untuk kali kedua. Minggu lepas dah adu, mereka suruh cuci enjin dulu
Tiada masalah?Si pomen pun tengok, kata "tiada bocor", semua okay. Bunyi enjin pun bagus
Hek eleh, minggu lepas suruh cuci enjin sebab tak nampak punca bocor, sekarang kata tak bocor la pula
"You salah pasang kot? Sebab tu minyak enjin keluar." - Master cuba serkap jarang.Si pomen kata tak mungkin sebab dia guna spanar 7 pound. Dia ambil spanar tunjuk kepada Master dan kata harga RM 8 ribu
Hek eleh, apa kes tunjuk spanar pula? Orang nak tahu kenapa bocor? Bukan peduli dia guna spanar apa
"Macam ni lah, you bawa kereta pagi esok, kita jack naik atas, running enjin 2, 3 jam, baru tahu bocor."Master diam je. Ambil kereta dan blah
Tukar bengkel.Kami balik rumah. Master diam je lagi, mungkin dia duk fikir. Sambil tu whatsapp dengan kawan beliau, kerana Master bercadang nak pinjam Proton Savvy milik kawannya itu kalau kereta masuk bengkel
Akhirnya petang itu selepas Zuhur, Master bawa kereta Mommy ke bengkel lain. Bengkel ni kami selalu servis kereta, dan perkhidmatannya professional walaupun agak mahal kerana bengkel ni ejen Proton. "Biarlah mahal asalkan tak sakit hati", motto yang Master gunakan apabila dah sakit hati
Tujuan Master sebenarnya nak tukar mentol lampu brek belakang yang terbakar
Sampai sahaja di sana, seperti biasa towkay bengkel tanya apa masalah
"Kasi tukar mentol. Lampu brek belakang tak menyala.""Okay, tunggu sebentar ya."
Master duduk sekejap di bangku. Si towkay bereskan kereta lain. Master diam je, mungkin duk fikir lagi tu. Seketika kemudian si towkay datang
"Minta kunci, bos. Mahu tukar mentol kan?""Ya. Sambil tu minta periksa air radiator dan minyak enjin. Ada bocor. Sebelum ni ada buka enjin, sekarang macam bocor minyak enjin dengan radiator.""Owh, bengkel mana?""Keystone, saya dah complain banyak kali tapi diorang kata tiada masalah. Itulah nak minta tolong bagi advice, sebab esok mereka kata nak check enjin ni lagi.""Owh, boleh. Tapi bagi saya siapkan kereta lain dulu.""Okay"
Kami duduk lagi di luar bengkel. Kemudian ada pekerja ambil kereta Mommy. Daripada arahan towkay kepada pekerjanya itu, tampak dia tak sebut pun pasal radiator dan minyak enjin
Tedi hampa... Tedi tahu, Master pun hampa juga. Nak buat macam mana, adat orang berniaga, lainlah kalau si pomen itu kawan kita, mungkin dia akan tolong periksa. Berniaga, mana boleh percuma
Setelah siap mentol ditukar, Master nampak towkay itu menuju ke pejabatnya untuk siapkan bil. Lagilah kami kecewa sebab nampak sangat macam towkay itu lupa janjinya tadi. Tapi bukan salah dia pun, dia sibuk, banyak kereta, banyak pelanggan. Peugeot pun ada di bengkelnya ketika itu untuk diketatkan skru
"Tunggu arr, saya buatkan bil."Tapi kemudian towkay itu berhenti sebentar mungkin sebab nampak muka Master berkerut
"Tadi nak periksa apa? Radiator?""Radiator dan minyak enjin bocor."Kemudian towkay itu panggil seorang mekanik untuk uji kereta Mommy. Mekanik kali ini India. Dia ajak Master dan Tedi naik sekali
Bila dia hidupkan enjin, nampak susah enjin mahu dihidupkan
"Memang selalu macam ni?""Tak. Okay je sebelum ni."Kemudian pakcik Kumar (si mekanik) bawa kami keliling kawasan bengkel
"Rosak apa?""Saya syak minyak enjin bocor dengan radiator kering.""Hari tu saya nampak kereta you ada di bengkel Keystone sana. Kenapa?"Rupa-rupanya mekanik tu kenal kereta Mommy ni, berkat kami selalu servis kereta di situ
"Owh, top overhaul, timing belt putus. Selepas diorang repair jadi masalah macam ni, tu yang bawa ke sini, nak minta tolong periksa."
Uji radiator
Tak lama kemudian kami berhenti di bengkel, si mekanik buka hud enjin dan uji radiator menggunakan sejenis alat macam pam tayar basikal. Setelah dipam beberapa kali, air melimpah keluar di kawasan enjin
Si mekanik kemudian buka kotak penapis udara IAFM sebelum mendapati paip radiator dipasang dengan longgar, amat longgar, longgar sekali... macam tak pasang je
"Senang je nak test, saya pergi complain sana dah dua kali, kata tiada apa masalah!" - komen Master.Pakcik Kumar hanya tersenyum
Kemudian si mekanik mengetatkan skru. Bukan dia yang ketatkan tetapi ada 2 orang budak Melayu yang buat. Mungkin junior, tapi hubungan mereka tampak mesra dek saling bergurau senda. Ini baru 1 Malaysia
Semasa proses mengetatkan skru itulah si mekanik sedar ada minyak enjin meleleh keluar daripada enjin. Dia nampak pelik. Tedi tengok di kawasan itu, nampak macam ada lubang
"Pelik, kenapa ada minyak keluar?" - getus si mekanik.Mekanik tu pergi ke sebuah Proton Saga BLM yang lain, Master dan 2 lagi mekanik lain turut pergi. Tak nampak sebarang lubang di enjin kereta itu
Mekanik tu cuci dan lap enjin, kemudian cuba hidupkan enjin kereta, memang sah ada minyak keluar. Kalau bukan kerana paip radiator itu tidak longgar, mungkin masalah itu susah untuk disedari
"Nampaknya kepala silinder enjin kereta ni dah retak. Kena tukar. Satu set dalam 2800.""Wah, mahalnya. Tiada cara lain?""Kena tukar, kalau you bawa kereta dalam keadaan ni, bahaya. Tak tahu kalau tiba-tiba minyak hitam kering, kemudian enjin mati tengah jalan."Master terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Duit tak ada, tapi ini keperluan. Master bukannya nak tambah aksesori kereta atau nak modify enjin kereta nak bagi laju. Cukuplah kalau kereta ni boleh bawa kami ke destinasi kami dengan selamat dan lancar, tanpa masalah. Dalam erti kata lain, semoga kereta ini menjadi kereta yang soleh buat kami sekeluarga
Macam inilah rupa kepala silinder enjin yang kena tukar tu. http://saga2u.blogspot.com/2013/02/head-enjin-saga-blm-rosak.htmlMekanik tu panggil seorang lagi pekerja Melayu, minta dia periksa senarai harga
Master diam lagi. Master cuba hubungi Mommy tapi 3 kali panggilan tidak berjawab
"Kalau macam tu, kereta tinggal sini.", akhirnya Master buat keputusan tanpa berbincang dengan Mommy.Sebentar kemudian, senarai harga sampai, dan pakcik Kumar menyatakan Master perlu bajet dalam RM 3500. Pakcik Kumar kata paling awal pun seminggu diperlukan untuk siapkan kereta, dan kerja akan bermula selepas barang sampai
"Masa diorang repair, diorang tak periksa? Timing pun diorang salah buat, sebab tu susah nak hidupkan enjin."Itu komen mekanik bernama pakcik Kumar. Dia kemudiannya menghantar kami pulang ke rumah
Semuanya ketentuan Illahi.Master diam sahaja di rumah. Fikir mana nak cari duit kot. Tak ada duit, tapi nak repair juga kereta tu. Inilah yang orang tua-tua kata, "Nak ditelan mati emak, nak diluah mati ayah", kalau dikemam pula, mungkin diri sendiri mati
Tedi pula berharap ikhtiar menukar bengkel ini akan membawa manfaat. Setelah kecewa dengan Keystone Motor Sport yang banyak dalih tapi borak kencang tu, diharapkan bengkel ini akan membaiki kereta Mommy dengan baik
Apa-apa pun, semuanya kehendak Allah subhanahu wa ta'ala
Astaghfirullahal adzim. Maafkan dosa-dosa kami Ya Allah. Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami.
silinder kereta .. bila hidupkan enjin air radiator melimpah keluar ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2014/03/kepala-silinder-enjin-kereta-mommy-retak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29