Kepakaran Abdul Kadir Mampu Mantapkan Pengurusan Air Negara Berita Harian 22 05 2025




KUALA LUMPUR: Kemampanan pengurusan air di negara ini diyakini mampu dicapai melalui pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Abdul Kadir Mohd Din.
Timbalan Presiden KL Eko-Knights, Amlir Ayat, berkata ini kerana Abdul Kadir bukan saja seorang pakar pengurusan air yang mampu menyumbangkan idea relevan dan realistik, malah sentiasa bersedia menerima kritikan serta teguran demi kemantapan pengurusan air di Malaysia.
Beliau berkata, pengalaman dimiliki Abdul Kadir adalah kritikal dalam menunaikan tanggungjawab baharunya itu.
"Saya yakin Abdul Kadir dapat menjalankan amanahnya dengan baik dan adil demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Beliau dilihat bukan sekadar berwibawa dalam memenuhi tanggungjawabnya, malah berupaya menangani cabaran dalam pengurusan air yang sedang dan akan dihadapi oleh SPAN," katanya melalui kenyataan, hari ini.
Abdul Kadir yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd dilantik Pengerusi SPAN awal bulan ini bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen, Charles Santiago.
Abdul Kadir berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan air di negara ini termasuk pernah menjawat jawatan Presiden Malaysian Water Association (MWA); Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengerusi Akademi Air Malaysia Sdn Bhd.
Beliau juga pernah terbabit dalam penghasilan Rancangan Transformasi Sektor Air (WST 2040) di bawah Akademi Sains Malaysia dan sebagai ahli kepada Malaysian Water Partnership (MyWP).
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan SPAN memerlukan suntikan kepakaran yang mampu menggalas tugas bagi mengurangkan impak dan pada masa sama, memperbaiki bekalan serta kualiti air negara.
PPIM berkata, berdasarkan kredibiliti dan rekod perkhidmatan kecemerlangannya, pelantikan Abdul Kadir adalah langkah strategik yang dapat mempercepatkan proses reformasi sektor air, sejajar aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Artikel oleh: Berita Harian
KEPAKARAN ABDUL KADIR MAMPU MANTAPKAN PENGURUSAN AIR NEGARA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1398995/kepakaran-abdul-kadir-mampu-mantapkan-pengurusan-air-negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/05/kepakaran-abdul-kadir-mampu-mantapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelantikan Abdul Kadir Sebagai Pengerusi Span Akan Percepat Transformasi Air Malaysia Gazette 12 05 2025

Pelantikan Abdul Kadir Sebagai Pengerusi Span Akan Percepat Transformasi Air Malaysia Gazette 12 05 2025

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik dan menyokong pelantikan Datuk Abdul Kadir Din sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Persatuan tersebut menerusi kenyataan berkata suruhanjaya itu memerlukan sunt...
Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 192 hits
Artikel oleh Sinar Harian TIADA SEBAB KLINIK SWASTA FARMASI DAPAT KEISTIMEWAAN
Hak Pengguna Dapatkan Maklumat Sinar Harian 08 05 2025

Hak Pengguna Dapatkan Maklumat Sinar Harian 08 05 2025

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 161 hits
SHAH ALAM Tindakan sekumpulan doktor yang membantah peraturan mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat ubatan ibarat menafikan hak pengguna untuk mendapatkan maklumat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Malaysia Datuk Nadzim...
World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Panduan al Quran dalam konteks ekonomi global bakal menjadi topik perbincangan sempena World QuranConvention pada 13 dan 14 Disember depan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff berkata program Ref...
Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 215 hits
16 Mei 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan rakan rakan NGO Jawatankuasa Panel Task Force Rakyat serta panel peguam menyerahkan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Melanggar Perlembagaan kepada Suruhanjaya...
Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 220 hits
8 Mei 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Perasmian Kempen Bijak Air MADANI Peringkat Kebangsaan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 Hulu Langat Majlis dirasmikan oleh ...
Purata Langkah Harian Terendah Ini Senarai 5 Negara Paling Malas Berjalan Kaki

Purata Langkah Harian Terendah Ini Senarai 5 Negara Paling Malas Berjalan Kaki

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 158 hits
Seperti yang diketahui ramai berjalan kaki sering menjadi aktiviti harian dan cara bersantai bagi semua lapisan masyarakat terutamanya di kawasan bandar dan taman rekreasi Namun begitu menurut laporan CNBC Indonesia satu kajian oleh Nature ...
Ekonomi Malaysia Stabil Defisit Fiskal Menurun Pendapatan Negara Meningkat Pada Suku Pertama 2025

Ekonomi Malaysia Stabil Defisit Fiskal Menurun Pendapatan Negara Meningkat Pada Suku Pertama 2025

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 201 hits
Kuala Lumpur Pengurangan defisit fiskal dan peningkatan pendapatan negara adalah dua pencapaian utama kerajaan Malaysia pada suku pertama 2025 yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat dan negara Pengarah Program Kursus di Putra Bus...
This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Asam Pedas Ikan Merah

Hanya Gambar Berbicara

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional

Ringgit Rises As Traders Turn Cautious Ahead Of Us Tariff Move

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

No More Free Rides Experts Demand Corporate Liability For Deadly Negligence

Ke Genting Bersama Geng Zumba

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki