Kepada Rakyat Malaysia Sebarkanlah Mesej Ini
Kepada rakyat MALAYSIA, Sebarkanlah mesej ini
Isilah minyak di Petronas. Gunakanlah apps Setel yang Petronas buat tu. Ini bukan kempen politik. Ini kempen selamatkan negara
.
Jika anda tidak isi guna Petronas, maka tiadalah lagi
BPN banya-banyak di masa akan datang. Ini cerita serius, bukan main-main. Ketika status ini ditulis, harga minyak dunia sudah mencecah USD 5 / barrel
Banyak bantuan kerajaan kepada kita dikeluarkan berdasarkan dana unjuran Petronas mengikut harga pasaran minyak dunia. Ketika Pakej Ransangan Ekonomi 1 dan 2 dibuat, ia dikira berdasarkan unjuran harga minyak dunia di atas 38 USD / barrel
Tetapi, malam ini harga minyak dunia telah mencatatkan sejarah terburuknya sepanjang peradaban manusia. Satu tong hanya bernilai USD 5 atau RM 25 sahaja! Satu tong barrel ini bersamaan 158 liter padu minyak mentah. Ini bermakna, sepinggal Nasi Arab lebih mahal daripada satu tong kecil minyak mentah dunia
Penurunan harga ini dijangka akan berterusan sehingga melakukan 'a new freefall' tidak lama nanti sehingga mencecah new milestone: -4 USD / Barrel atau 0.04 USD / Barrel. Ini petanda buruk bagi warga oil n gas secara khususnya dan petanda buruk bagi Malaysia secara amnya
[UPDATE 2.30am 21 April 2020] Harga pasaran minyak dunia untuk May 2020 ditutup pada harga -37.36 USD per barrel. Negatif tau... negatif
Salam takziah buat sekalian pekerja-pekerja oil n gas seluruh dunia. Buat pekerja ong darat (jurukaunter, jurupam dll), bertabahlah menghadapi masa akan datang. Berdoalah agar jawatan anda kekal dan jika tidak kekal sekalipun, berdoalah agar anda dapat pekerjaan baharu yang lebih baik
Jangan salahkan kerajaan kerana harga pasaran dunia bukan ditentukan kerajaan. Sebaliknya bertabahlah menghadapi ujian ini. Bersyukurlah kerana kita satu-satunya di dunia yang punya kerajaan yang telah banyak membantu rakyat. Semuanya tidak lain, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan Petronas
Inilah masanya kita membantu semula kerajaan yang telah banyak bantu kita selama ini. Saya dah pun setia bersama Petronas sejak belasan tahun yang lalu. Kerana saya tahu, kemakmuran Malaysia ini disumbang sebahagian besarnya oleh Petronas
Pada asalnya, sekeluarga saya mengisi minyak Mobil dan Petrojet. Tetapi setelah kesedaran sampai, arwah ayah saya pernah berpesan..
"Kita ini hidup sudah banyak dibantu kerajaan. Jadi inilah sumbangan kecil kita kepada kerajaan. Isilah Petronas ini sampai bila-bila. Ambil kad ayah ni dan gunalah bila-bila."
Itulah pesan arwah ayah saya satu masa dahulu ketika memberikan saya menggunakan kad Mesra miliknya. Sehingga hari ini saya masih simpan lagi. Terima kasih ayah kerana memberikan kesedaran ini awal kepada saya
Ayuh sebarkan kesedaran ini kepada masyarakat am diluar sana. Ini sebahagian bentuk jasa kita kepada negara. Jika bukan anda yang membantu negara, maka siapa lagi? Jangan tanya apa bantuan kerajaan kepada kita, tetapi tanyalah diri anda berapa banyak telah aku bantu negara ini?
---
Sebagai menghargai jasa saya mngeluarkan bacaan fundamental awal... Install lah SETEL apps yang dicipta oleh Petronas bagi membantu dan memudahkan rakyat Malaysia dalam isi mengisi minyak. Gunakan link dan code berikut:
My referral code: addxhttps://www.setel.my/ref/addx
InsyaALLAH, sedikit sebanyak jika kita bantu membantu, ketika tibanya waktu sukar nanti, ada jalan keluar ALLAH SWT berikan kepada kita
Ayuh sebarkan, asalkan mesej ini sampai kepada semua rakyat Malaysia...
Sekian dan terima kasih
#Petronas#KitaJagaKita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ayulip.blogspot.com/2020/05/kepada-rakyat-malaysia-sebarkanlah.html