Kepada Pm Brader Ma El Haramkan Ekspot Ayam Ke Singapura Lagi Merugikan Negara Penasihat Tak Faham
Isu haramkan ekspot ayam senang difahami, ia itu kenapa ia adalah salah atau tersilap dan kenapa ia tidak akan bantu bekalan ayam dalam negara.
Mula sekali apakah alasan untuk mengharamkan ekspot ayam (ke Singapura atau ke mana pun)?
a. Sebab bila tidak boleh ekspot ayam maka bekalan ayam akan berlebihan dan akan terpaksa disalurkan ke pasaran tempatan, Dengan itu masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan boleh di atasi.
b. Untuk menyeksa / punish peladang ayam saiz besar (semuanya Cina) sebab tidak mahu kerjasama dengan Kerajaan?
Kalau jawapannya (b) ini bukan cara membuat dasar yang munasabah. Dasar ekonomi tidak boleh beremosi, ber-gimik (politikal gimmick atau gimik politik), ikut sentimen perkauman dan tidak boleh dibuat tanpa lojik dan sebab-sebab ekonomi yang kukuh.
Percayalah tidak ada peniaga, peladang dan businessman yang mahu rugi sehari pun atau sanggup melepaskan peluang cari untung untuk sehari pun. Bukan sebab dia tamak, kuat penipu, rasis dsbnya. Peniaga dan peladang semuanya terpaksa bayar gaji, bayar api, air, bayar sewa, bayar kos makanan ayam, bayar kos anak ayam, bayar kos lori dan lojistik dan seribu satu jenis kos yang lain.
Jika semua kos sudah naik (contohnya harga makanan ayam yang banyak sekali diimpot dari luar negara), Gaji Minima naik D U A - P U L U H - L I M A P E R A T U S (25%) tetapi harga jualan ayam pula "price controlled" maka peladang ayam akan tanggung rugi.
Ikut Andrew Sia (Chickenomics in Keluarga Malaysia) Malaysiakini - May 26, 2022
Mafi sebut bahawa harga dedak ayam / makanan ayam yang diimpot melonjak daripada RM500 satu tan menjadi RM1,900 satu tan. Naik hampir EMPAT KALI GANDA ! Dan makanan ayam menjadi 70% daripada kos pengeluaran se-ekor ayam.
Tetapi harga jualan ayam pula telah di turunkan oleh Mafi. Andrew Sia menulis:
harga maksimum bagi ayam ditetapkan oleh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia, (SHMKM) telah dikurangkan :
daripada RM9.50/kg waktu Deepavali 2021 menjadi RM9.30 (December 2021), kemudian turun lagi ke RM9.10 (January 2022) dan sekarang RM8.90 (February to June 2022). Jadi ini dasar ekonomi style apa pula? Harga barang satu dunia sedang naik gila, tetapi di Malaysia harga kawalan sekilo ayam pula dipaksa menurun.
Tentu lah peladang ayam akan rugi dan akan terpaksa tutup bisnes mereka. Atau mengurangkan pengeluaran ayam.
This is where mengharamkan ekspot ayam ke Singapura juga tidak mempunyai sebarang kesan atas bekalan ayam dalam negara kita.
Di Singapura tidak ada kawalan harga bagi ayam. No price control in Singapore. Maksudnya peladang kita masih boleh dapat untung jika ekspot ayam ke Singapura. Singapura impot ayam dari Malaysia, Indonesia, Thailand, China etc. Jadi harga jualan ayam sekilo di Singapura memang melambangkan harga pasaran dunia. So peladang ayam kita pun boleh bersaing dan cari untung di pasaran Singapura.
Duit jualan ayam di Singapura itu akan terpaksa pulang ke Malaysia (untuk bayar gaji pekerja, bayar sewa, bayar kos makanan ayam, bayar sewa lori, bayar api kepada TNB, bayar air kepada syarikat air dsbnya).
Dan lagi banyak kita ekspot ayam atau apa pun ke Singapura atau ke negara mana pun, nilai Ringgit Malaysia akan kukuh.
Kalau kita tidak boleh ekspot ayam ke Singapura maka nilai Ringgit akan jatuh lagi.
Ok kenapa pula mengharamkan ekspot ayam ke Singapura TIDAK AKAN MEMBANTU bekalan ayam di Malaysia sedikit pun? Sebab harga jualan ayam adalah terkawal. Sekarang harga jualan ayam terhad kepada RM8.90 sekilo sahaja.
Ini bermaksud bahawa tak kiralah jika peladang ayam mempunyai stok lebihan 100 ekor ayam atau 10 juta ekor ayam (sebab sudah tidak boleh ekspot ayam ke Singapura) setiap ekor ayam yang mereka tidak boleh ekspot itu membawa kerugian kepada penternak ayam sebab kos dia tinggi dan harga jualan sudah terkawal.
Contohnya ikut carta harga ayam berikut oleh KPDNKK (5 Feb - 5 Jun 2022) harga ayam hidup di ladang (ex-farm) hanya RM5.60 satu kilo !! Mampuslah penternak ayam. How to survive?
Satu lagi perkara yang PM Brader Ma'el harus faham, breeding cycle ayam adalah sangat singkat - tempoh membesar daripada saiz anak ayam sampai cukup besar untuk disembelih kurang lebih 40 - 50 hari sahaja.
"Broiler chickens are chickens raised for meat. On factory farms, they're usually slaughtered when they're just 6-7 weeks old"
Jadi kalau mereka tidak boleh ekspot ayam ke Singapura peladang ayam akan stop production saja. Mereka akan berhenti 'chicken egg hatchery'. Bagi next cycle 40-50 hari mereka akan kurangkan egg hatchery.
Because of our price control (kawalan harga untuk ayam) boleh ekspot ayam ke Singapura atau tak boleh ekspot ayam ke Singapura tak ada kena mengena dengan supply ayam dalam pasaran tempatan.
Sebab as long as kos ternak ayam sangat tinggi tetapi harga jualan ayam dalam negara kita pula terkawal dan tidak boleh cover costs mereka dengan cukup, maka penternak ayam akan tutup kedai. Inilah sedang berlaku.
Saya juga ingin nasihati Perdana Menteri Brader Ma'el Sabri berkenaan satu lagi perkara penting. Kesemua supermarket, hypermarket di Kuala Lumpur dan Semenanjung menjual ayam pada harga kawalan atau kurang daripada itu.
Pagi tadi sahabat saya Dato Ameer Ali Mydin (CEO Mydin Hypermarket) WhatsApp saya maklumat seperti berikut:
Mydin's cost RM8.70 per kg of chicken
Mydin's selling price RM8.90
But Mydin only receiving 55% of our chicken orders (weekdays) and 33% on weekends
Jadi Mydin Hypermarket jual ayam ikut harga kawalan yang ditetapkan Kerajaan. Tetapi bekalan pula tidak mencukupi. Mydin hanya dapat 33% - 55% daripada keperluan ayam mereka.
On the other hand terlalu banyak kedai runcit lain (tak kira bangsa pekedainya) dan pasar "wet market", menjual ayam dengan harga RM10.90 sekilo - ia itu DUA RINGGIT lebih tinggi daripada harga kawalan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Soalan cepu mas : Kenapa Kerajaan Brader Ma'el Sabri tidak ambil tindakan?
Saya ingin ulangi apa yang di tulis oleh Andrew Sia yang saya rujuk tadi:
What is chickensh*t economics? That's when the costs of chicken farming keep shooting up but the government keeps forcing breeders to lower selling prices. Eventually, it leads to disaster.
This has been going on for over one year in the poultry industry, and now some farms are closing shop. The root problem is that the cost of chicken feed is no longer, as they say, “chicken feed”.
This is obviously unsustainable. Does the government expect farmers to keep suffering losses? Even the Mydin boss has said that the ceiling price should be raised to RM9.90.
Akhir kalam :
Risiko besar price control atau kawalan harga ialah apabila kos pengeluaran melonjak (seperti berlaku sekarang - terutama sekali harga makanan untuk ayam sudah naik hampir EMPAT KALI GANDA) tetapi harga jualan ayam pula dikawal Kerajaan maka ladang ternak ayam akan tutup atau kurangkan pengeluaran ayam sebab mereka tidak boleh tanggung rugi. Ini yang sedang berlaku sekarang.
Dan juga akan wujud "black market" di mana supply ayam boleh didapati jika pengguna Keluarga Malaysia sanggup bayar harga tinggi (katakanlah RM10.90 sekilo) barulah pekedai runcit akan menjual ayam kepada mereka.
Otherwise kita makan kangkung saja lah.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/kepada-pm-brader-mael-haramkan-ekspot.html