Hebat Negara Kita Urus Jenazah Pun Ada Kartel



SHAH ALAM - Tiga petugas kesihatan di sebuah hospital di Selangor masing-masing direman lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah antara RM1,000 dan RM5,000 bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan dua pembantu kesihatan dan seorang penolong pegawai perubatan itu sehingga 4 Jun depan.
Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 35 hingga 38 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah.
Mereka dikatakan telah meminta dan menerima wang suapan daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.
Menurut sumber, kesemua lelaki itu ditahan pada jam 6 petang Isnin di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
Pada 27 Mei lepas, dua pembantu kesihatan masing-masing berusia 40 dan 42 tahun direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes sama lapor Sinar Harian
Sebelum ini dalam satu laporan khas oleh Sinar Premium telah didedahkan kewujudan kartel ini.



SHAH ALAM - Ada yang menggelar kumpulan ini sebagai ‘kartel urus jenazah’ malah, ada juga yang memanggil mereka sindiket.
Walau apa pun panggilan mereka, kumpulan pengurusan jenazah ini sanggup mengamalkan rasuah dengan menawarkan sehingga RM300 bagi setiap jenazah kepada petugas di hospital terutamanya hospital kerajaan di seluruh negara.
‘Perebutan’ untuk mendapatkan jenazah sehingga ada yang sanggup memberi rasuah atau duit kopi kepada kakitangan rumah mayat kerana berdasarkan penyiasatan sukarelawan berkaitan pengurusan jenazah.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Sukarelawan VCEE Malaysia, Wan Hilmi Wan Mohd Nor berkata, modus operandi kumpulan berkenaan mudah, petugas di rumah mayat akan menghubungi mereka terlebih dahulu untuk memaklumkan mengenai ada jenazah baharu.
Katanya, selepas itu kumpulan pengurusan jenazah akan meminta maklumat serta nombor telefon keluarga si mati dan membuat waris keliru mengenai caj pengurusan.
Berdasarkan siasatan pihaknya, sindiket itu wujud di seluruh negara dan memperoleh pulangan puluhan ribu ringgit sehari.
“Sewaktu pandemik dulu banyak mayat, kumpulan sindiket boleh dapat sampai RM20,000 hingga RM30,000 sehari berikutan mereka urus 20 hingga 30 mayat sehari.
“Sekarang mungkin berkurang, tetapi sindiket tetap aktif kerana habuan tinggi,” katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.
Kata Wan Hilmi, kegiatan mengenakan caj tinggi kepada waris dan merasuah kakitangan hospital terbongkar kerana banyak kali permintaan Sukarelawan VCEE yang memberikan perkhidmatan percuma atau caj minimum ditolak oleh kakitangan hospital.
“Beberapa buah hospital yang kami pergi, VCEE tidak dibenarkan masuk membantu urus jenazah. Alasannya sudah ada ‘yang hendak masuk’ uruskan jenazah,” kata yang mempersoalkan bagaimana sindiket boleh mendapat telefon waris dengan cepat.
Katanya, untuk jenazah Covid-19 sebagai contoh sindiket akan mengenakan caj tayamum sehingga RM750 tetapi tidak pula memaklumkan perkara itu kepada waris pada masa tersebut.
“Sedangkan caj tayamum hanya RM15 dan pegawai yang mengurus mayat Covid-19 sudah dibayar gaji oleh Jabatan Agama Islam.
“Ada sindiket yang caj pengurusan sebanyak RM1,500 sehingga RM1,700,” jelasnya.
Katanya, kegiatan sindiket pengurusan jenazah sehingga sanggup memberi rasuah sudah mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat beberapa siri tangkapan.
Pada 7 Oktober 2021, lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu.
Dilaporkan, kegiatan meminta suapan itu dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos 2021 berjumlah lebih RM20,000.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/urus-jenazah-pun-ada-kartel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Penyebab Krisis Kelaparan Melanda Negara Sidang Media Ppim 07 06 2022

Kartel Penyebab Krisis Kelaparan Melanda Negara Sidang Media Ppim 07 06 2022

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 217 hits
Untuk puluhan tahun makanan ternakan terutama ayam diimport daripada luar negara Puluhan tahun juga pengguna diberikan alasan harga ayam naik disebabkan jagung import bahan makanan ayam naik Walaupun ini merupakan perkara tidak masuk akal t...
Running Man Dituduh Tiru Permainan Dari Luar Negara Ini Jawapan Sbs

Running Man Dituduh Tiru Permainan Dari Luar Negara Ini Jawapan Sbs

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 252 hits
Umum mengetahui bahawa Running Man merupakan antara program yang sering menampilkan pelbagai misi atau permainan baru untuk kepuasan penonton ARTIKEL BERKAITAN Dalam era kandungan yang melimpah ini isu mengenai plagiat sering menjadi kerisa...
Liga Surfing Dunia Di Banyuwangi Bakal Dimulai Atlet Dari Berbagai Negara Mulai Tiba

Liga Surfing Dunia Di Banyuwangi Bakal Dimulai Atlet Dari Berbagai Negara Mulai Tiba

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 181 hits
Akhir pekan ini Pantai G Land Banyuwangi akan menjadi tuan rumah perhelatan liga surfing dunia World Surf League Championship Tour 28 Mei 6 Juni 2022 Tidak hanya para atletnya yang datang menjajal sirkuit alam ini para penghobi olahraga sel...
Kalau Ikutkan Tuntutan Tak Banyak Pun Melingkup Habis Duit Negara Masih Banyak Yang Tak Selesai Pun

Kalau Ikutkan Tuntutan Tak Banyak Pun Melingkup Habis Duit Negara Masih Banyak Yang Tak Selesai Pun

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 137 hits
PVATM beri amaran kepada ahli jangan sertai perhimpunan tak diiktiraf May 21 2022 Ada segelintir veteran dilapor menubuhkan kumpulan memperjuangkan isu kebajikan veteran yang difikirkan perlu diselesaikan segera oleh kerajaan kata Presiden ...
Siasatan Terhadap Nazlan Lengkap Sprm Rujuk Peguam Negara

Siasatan Terhadap Nazlan Lengkap Sprm Rujuk Peguam Negara

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 210 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini berkata pihaknya telah menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan melibatkan hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Ghazali Dalam sebuah kenyataan agensi anti rasuah itu berkata siasatan yang dimulak...
Apabila Penjenayah Yang Pernah Rosakkan Ekonomi Negara Tawar Solusi Kes Sapura Energy

Apabila Penjenayah Yang Pernah Rosakkan Ekonomi Negara Tawar Solusi Kes Sapura Energy

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 192 hits
MOHAMAMED HANIPA MAIDINIsu penyelamatan Sapura Energy Bhd menjadi isu pokok perdebatan terbuka antara dua tokoh politik nasional di Malaysia Telah menjadi pengetahuan umum bahawa Sapura Energy Bhd yang orang putih habaq berada dalam keadaan...
Lantik Tajuddin Duta Besar Malaysia Ke Indonesia Bencana Memalukan Negara

Lantik Tajuddin Duta Besar Malaysia Ke Indonesia Bencana Memalukan Negara

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 344 hits
BANGI 17 Syawal 1443H Rabu Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bukan sahaja tidak sesuai bahkan dianggap satu bencana yang amat memalukan negara Ini kerana seluruh negara masih trauma dengan ...
Ekonomi Negara Tunjuk Pertumbuhan Positif Selepas Fasa Peralihan Ke Endemik Kata Pm

Ekonomi Negara Tunjuk Pertumbuhan Positif Selepas Fasa Peralihan Ke Endemik Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 205 hits
Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik kata PM Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025