Kepada Dsai



PUTRAJAYA: Berhati-hatilah dengan penasihat yang jahat (bitanah al-su’) kerana mereka juga mampu menaikkan anda dan mereka juga mampu menjatuhkan anda.
Itu antara nasihat diberikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zulkifli berkata, beliau mahu Anwar menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia.
“Malaysia adalah negara umat Islam yang dihormati dunia. Andalah penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air ini dengan sepenuh jiwa raga.
“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya ucapkan tahniah dan semoga mampu menggalas tugas dan amanah yang berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.
Katanya, beliau menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Majlis Raja-Raja atas hikmah dan kebijaksanaan memutuskan isu yang agak rumit ini.
Zulkifli berkata, sebagaimana Perdana Menteri sebelumnya bermula Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sudah menyampaikan nasihat yang sesuai kepada mereka dari semasa ke semasa untuk pedoman.
“Moga-moga Allah SWT menjadi saksi akan tertunainya tanggungjawab saya di hadapan para pemimpin. Tidaklah saya menasihati melainkan atas dasar rasa kasih kepada negara, agama dan bangsa,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, beliau mahu semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama supaya menarik nafas dan menerima apa jua keputusan dengan lapang dada.
“Menang tidak megah, kalah tidak rebah. Hentikan budaya memaki hamun antara satu sama lain. Usah jadikan masa ini untuk ‘membalas dendam’.
“Kepada yang belum berjaya, ia bukanlah penamat segala-galanya. Insya-Allah ada takdir yang lebih baik untuk mereka yang terus bersabar, ikhlas, dan istiqamah.
“Malaysia tak akan berjaya tanpa pembangkang yang melakukan semak dan imbang dengan teliti. Bangkanglah dengan bijaksana, penuh insaf dan amanah demi negara,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/kepada-dsai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dsai Ketinggalan

Dsai Ketinggalan

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 122 hits
Jangan bimbang kalau kalah pun dia boleh bertanding semula 7hb Disember
Pesan Ulama Besar Kedah Kepada Dsai

Pesan Ulama Besar Kedah Kepada Dsai

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 381 hits
PESAN ULAMA BESAR KEDAH KEPADA DSAI Ulama besar Kedah Tok Wali Pak Su Mid telah meninggal dunia minggu lepas Inilah pesan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa waktu terakhir
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut