Kenyataan Tun M Dalam Kes Riza Kelirukan Umum Shamsher
Kasthuri Jeevendran                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Shamsher Singh Thind            KUALA  LUMPUR – Tindakan bekas Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertubi-tubi  mengkritik keputusan mahkamah serta melabel Riza Aziz sebagai ‘pencuri’  bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Sebaliknya,  bekas Perdana Menteri dilihat sejak dahulu kerapkali menyebut perkataan  ‘pencuri’ bagi melabel Datuk Seri Najib Razak dan kini anak tirinya,  Riza yang dilepaskan tanpa bebas oleh mahkamah baru-baru ini juga  menjadi mangsa kali ini.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah tindakan Mahathir cuba mengelirukan umum dengan menyebut terma plea bargain atau tawaran pengakuan yang hanya dilakukan dalam kes berkenaan. 
Menurut bekas ahli seumur hidup DAP, Dr. Shamsher Singh Thind tindakan Mahathir itu tidak lebih daripada membuktikan ‘kebodohan’  dirinya selain sentiasa berfikir dirinya akan terlepas begitu sahaja  selepas mengeluarkan kenyataan-kenyataan syok sendiri.
Kata  Shamsher ketika dalam ruang bicara Al-Hajari Studios malam ini,  kenyataan Mahathir bukan sahaja ‘bodoh’ sebaliknya sangat mengelirukan  umum.
“Tun bukan salah tafsir, beliau memang sengaja main bantai seronok cakap. Itu sahaja. Kononnya plea bargain itu baharu, sebenarnya sudah lama namun ianya hanya dimasukkan dalam undang-undang sekitar tahun 2010. 
“Kedua,  dalam kes ini Riza bukan buat rayuan atau tawaran pengakuan seperti  yang Tun Mahathir cakap, kononnya beliau telah mencuri dan membayar  separuh daripadanya untuk dilepaskan. 
“Malah  mana pula Riza buat pengakuan salah? Sebaliknya dalam kes ini,  pendakwaan yang membuat keputusan untuk memberhentikan pendakwaan  mereka, hakim tidak ada apa-apa kuasa selain daripada menerima cadangan  pendakwaan. Itu yang telah berlaku. 
“Kenapa  Tun Mahathir tanya soalan bodoh mengapa hakim lepaskan Riza? Patutnya  anda tanya balik mengapa pendakwaan iaitu dalam kes ini Timbalan  Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertindak menghentikan prosiding  ini. 
“Sama  seperti ketika ini pembangkang terkinja-kinja tanya soalan, mengapa  lantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana ke-8 padahal pembangkang  ‘bebal’ ini patut bertanya mengapakah Perdana Menteri ke-7 meletak  jawatan?
“Sebenarnya Tun Mahathir sengaja tanya soalan bodoh. Kemudian bertindak melakukan comtempt of court (menghina mahkamah) atau menghina keputusan hakim sambil melabel Riza  sebagai pencuri padahal beliau tidak pula di dakwa atas kesalahan  mencuri sebaliknya penggubahan wang haram,” katanya yang juga seorang  peguam.
Jelas Shamsher,  menurut  seksyen 254(1) KPJ, apabila pendakwa raya termasuk timbalannya pada  bila-bila masa semasa perbicaraan memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan  terhadap seseorang tertuduh tidak akan diteruskan. 
Maka mahkamah tidak mempunyai apa-apa pilihan selain daripada melepaskan tertuduh itu, katanya.
“Itu yang berlaku dalam kes ini malah ada sesuatu yang pelik sebenarnya dalam kes ini. Kes  yang sebenarnya boleh dikompaun telah di bawa terlebih dahulu ke  mahkamah, dibicarakan kemudian barulah mereka bertindak kompaun. Yang  mempunyai kuasa kompaun itu adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM).
“Dalam  kes seperti ini, SPRM boleh guna budi bicara dan kompaun, bayar denda  kemudian lepas tetapi dalam kes Riza, unik sekali. Bawa naik mahkamah  dulu, kemudian barulah dikenakan kompaun. Jadi Tun Mahathir, kena tanya  sendiri kepada SPRM dan bekas AG (Peguam Negara), Tommy Thomas bukannya  tetiba terkejut seperti ini,” tegasnya. 
Malah Shamsher juga sempat membandingkan kes Riza dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kes banglonya. 
“Walaupun ianya hampir sama, tetapi masih ada bezanya. Antaranya,  Riza lepas tanpa bebas sebaliknya juga telah dikenakan sejumlah besar  kompaun termasuk memberikan kepada kerajaan beberapa asetnya. Riza  sebenarnya tidaklah terlepas begitu sahaja.
“Guan  Eng tidak pula pulangkan banglonya atau dikenakan apa-apa kompaun.  Lepas dan bebas guna budi bicara Peguam Negara. Peliknya tidak banyak  bunyi ketika itu dan kini oleh geng pembangkang mahupun Tun Mahathir. 
“Ketika  Guan Eng bebas, memang Tun Mahathir ada melahirkan rasa terkejut yang  ‘amat sangat’ tetapi pada masa sama beliau turut meminta kita semua  menerima kerana itu adalah keputusan mahkamah yang perlu di hormati. 
“Dalam kes Riza pula, beliau double standard,  menuduh melabel Riza malah mempersoalkan keputusan hakim walhal itu  bukanlah keputusan atau budi bicara Peguam Negara yang ada kini. Nampak  tidak perangai Tun Mahathir ini,” soalnya. –MalaysiaGazette 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kenyataan-tun-m-dalam-kes-riza.html