Kenyataan Setiausaha Sekretariat Ph Yang Berbelit






KENYATAAN SETIAUSAHA SEKRETARIAT PH YANG BERBELIT

Saya telah membaca kenyataan media oleh Ketua Sekretariat PH, YB Dato Safuddin Abdullah yang diviralkan hari ini.  Jika kenyataan ini benar, saya melihat satu kenyataan yang jelas tidak tepat dan adil samasekali.

Saya bersetuju apabila beliau menyatakan tidak timbul soal peralihan kuasa PM di antara Tun M dan Anwar Ibrahim.  Itu semua kita tahu dan sebab itulah kita menentang sebarang usaha secara diam-diam untuk 'sailang' perlaksanaannya.  Memang betul, tiada perjanjian bertulis atau ditetapkan tarikh peralihan kuasa patut berlaku.  Namun, saya percaya sewaktu persefahaman ini dibuat, mereka yang terlibat tentu faham akan semangat persefahaman ini kerana asasnya adalah Tun M dipilih untuk menjadi PM kerana ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat sebagai PM.  Nah, sekarang Anwar telah bebas, telah pun menjadi Ahli Parlimen dan tiada sekatan lagi untuk beliau memegang sebarang jawatan politik mahupun di dalam kerajaan.  Jika semangat itu dihormati dengan jujur, apakah sukar untuk melaksanakan hasrat yang diinginkan oleh rakyat?

Isu tarikh peralihan kuasa, jika kita kata ianya adalah terletak kepada Majlis Presiden untuk tentukan, maka kenapa Tun M sewenang-wenangnya mengumumkan tarikh dan jangkamas peralihan kuasa tersebut?  Tun M pernah sebut tentang tempuh beliau menjadi PM hanya sekitar 2 tahun sahaja.  Ianya disebut banyak kali.  Tun M pernah sebut beliau akan menyerahkan jawatan PM setelah masalah ekonomi selesai.  Akhir sekali, Tun M sebut akan menyerahkan jawatannya selepas Persidangan APEC hujung tahun ini.  Begitu banyak sekali Tun M meletakkan tarikh tanpa dibawa ke Majlis Presiden?  

Pelik bin ajaib, di dalam banyak-banyak tarikh yang Tun M sebutkan, mengapa Ketua Setiausaha Sekretariat PH memetik kenyataan Tun M iaitu selepas Persidangan APEC tahun ini?  Sekiranya PH tidak mahu rakyat di bawah membicarakan tempuh peralihan kuasa, sewajarnya PH juga melarang Tun M dari bercakap tentang hal tersebut.  Apabila Tun M bercakap dengan berbelit-belit tentang tarikh peralihan kuasa, maka tidak pelik jika ada yang mengulasnya.  

Memang benar Mei 2020 bukanlah tarikh yang terdapat secara hitam putih di dalam persefahaman dibuat sebelum PRU14.  Tetapi tarikh selepas Persidangan APEC hujung tahun ini juga tidak terdapat hitam putihnya.  Kalau PH tidak meletakkan tarikhnya, rakyat berhak mensasarkan Mei 2020 untuk Tun M menyerahkan jawatan kepada Anwar kerana ada asasnya iaitu sekitar dua tahun tempuh itu adalah tempuh yang Tun M sendiri pernah sebut.  Kalau ikutkan rakyat yang mahukan reformasi, jika ditanya bila patut Anwar jadi PM, nescaya mereka akan kata semalam lagi Anwar patut jadi PM.  

Kenyataan Ketua Sekretariat PH itu jelas berat sebelah kerana di samping melarang rakyat membicarakan tempuh peralihan kuasa kononnya biarkan Majlis Presiden PH tentukan, tetapi di dalam masa yang sama memetik kenyataan Tun M yang mahu terus menjadi PM sehingga Persidangan APEC hujung tahun ini.   Adakah itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden?  Jika tidak, mengapa Ketua Sekretariat PH tidak mengeluarkan kenyataan menegur Tun M yang buat pengumuman sedemikian?  

WFAUZDIN NS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kenyataan-setiausaha-sekretariat-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
India Protes Kenyataan Tun M Duta Malaysia Dipanggil

India Protes Kenyataan Tun M Duta Malaysia Dipanggil

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 375 hits
KERAJAAN India dilapor telah memanggil duta Malaysia untuk memprotes kenyataan terbaru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Pindaan Akta Kerakyatan yang baru diluluskan oleh negara itu Times of India sebuah sumber berita yang ber...
India Panggil Duta M Sia Bantah Kenyataan Dr M

India Panggil Duta M Sia Bantah Kenyataan Dr M

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 263 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan India memanggil Duta Besar Malaysia semalam bagi memaklumkan bantahan rasmi terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kata sumber rasmi Akhbar Times of India melaporkan duta Malaysia diberitahu kenyataan p...
Adakah Kenyataan Bersumpah Diterima Di Mahkamah Akhirat Tanya Najib

Adakah Kenyataan Bersumpah Diterima Di Mahkamah Akhirat Tanya Najib

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 376 hits
DATUK Seri Najib Razak hari ini mengejek kembali mereka yang mempersoalkan sumpah laknat dilafazkannya pada hari Jumaat lalu berhubung pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Menurut Najib ramai yang mempersoalkan sama ad...
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 472 hits
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Portal kerja kosong kerajaan anda membawakan peluang pekerjaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang ber...
Jawatan Kosong Terkini Di Teck Guan Group Tawau Setiausaha Syarikat

Jawatan Kosong Terkini Di Teck Guan Group Tawau Setiausaha Syarikat

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 1021 hits
Permohonan Jawatan Kosong Teck Guan Group Tawau Sabah Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang dibuka oleh Maklumat kekosongan ini adalah pada paparan iklan yang tertera hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda Bagi menge...
Majelis Hakim Tahan Emosi Dengar Keterangan Staf Khusus Bupati Kudus Berbelit Belit

Majelis Hakim Tahan Emosi Dengar Keterangan Staf Khusus Bupati Kudus Berbelit Belit

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 174 hits
Ketua Majelis Hakim Tipikor Semarang Sulistyono kembali mengingatkan saksi staf khusus Bupati Kudus Agoes Soeranto agar tidak berbelit belit saat memberikan keterangan
Mca Akan Bincang Dialog Isu Jawi Dengan Pas Kata Setiausaha Agung

Mca Akan Bincang Dialog Isu Jawi Dengan Pas Kata Setiausaha Agung

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 419 hits
MCA akan bincang dialog isu Jawi dengan PAS kata setiausaha agung Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Dec 20
Anwar Pm Ke 8 Pada Mei 2020 Kenyataan Tun M Untuk Dua Tahun Itu Sahih

Anwar Pm Ke 8 Pada Mei 2020 Kenyataan Tun M Untuk Dua Tahun Itu Sahih

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 330 hits
Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana servey ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk...
Kenyataan Media

Kenyataan Media

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 160 hits
Tindakan Kerajaan Negri Pahang menggunakan keganasan keatas pekebun sayur di CH adalah amat di kesali Dan tidak seharusnya berlaku Tambahan pula dimusim perayaan ini Seharusnya Kerajaan Negri Pahang mengenalpasti tanah untuk di pajak jangka...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat