Kenyataan Muhyiddin Menghina Rakyat Sabah






Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa bahawa Sabah tidak akan mampu membangun tanpa bantuan kerajaan persekutuan dianggap sebagai satu penghinaan kepada penduduk negeri itu.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlis berkata kenyataan Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami kehendak rakyat Sabah ketika ini.

“Muhyiddin datang ke negeri ini sempena Hari Kemerdekaan dan beliau sepatutnya membawa erti kata ‘merdeka’ yang sebenar di mana kita bebas untuk menentukan hala tuju dan pembangunan negeri ini tanpa belenggu parti-parti politik yang mentadbir kerajaan pusat.

“Sekiranya beliau benar-benar ikhlas dan memahami perjuangan rakyat Sabah selama ini, maka dia sepatutnya beritahu kita bahawa sudah tiba masanya Sabah mendapat kembali hak-hak mereka sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutamanya dari segi pengagihan peruntukan yang sama rata antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Tetapi amat mendukacitakan apabila dia telah mengatakan kepada kita semua bahawa Sabah perlukan bantuan dan belas kasihan kerajaan persekutuan untuk pembangunan dan ini mengambarkan bahawa negeri ini sebenarnya tidak merdeka.

"Kembalikan hak-hak Sabah dan agihkan peruntukan secara adil, kita sudah pasti mampu membangunkan negeri ini tanpa bantuan dari Persekutuan,” katanya seperti dilaporkan oleh Sabah News Today.

Munirah yang juga Ketua Wirawati Warisan memberikan contoh bagaimana penubuhan beberapa parti politik Sabah sejak merdeka menunjukkan bahawa rakyat Sabah mahu mentadbir negerinya sendiri.

“Pada awal 1960an, kaum Bajau dan Kadazandusun Murut telah memainkan peranan yang amat besar dalam sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia dan ketika itu, kita tidak pernah memikirkan untuk menyerahkan maruah serta hak-hak kita kepada parti-parti yang menguasai kerajan pusat seperti Umno.

"Sekiranya pemimpin-pemimpin Sabah seperti Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens memikirkan bahawa pembangunan negeri ini akan hanya dicapai dengan menyokong atau mengundi Umno, maka tidak perlulah mereka menubuhkan parti sendiri seperti Unko dan Usno.

“Ini yang perlu disedari, kita harus mempertahankan maruah dan hak-hak Sabah bersama-sama dengan etnik yang lain dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kita membentuk Persekutuan Malaysia bukan kerana kita mahu dikongkong tetapi untuk menjamin keselamatan dan pembangunan negeri ini,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kenyataan-muhyiddin-menghina-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terserah Kepada Rakyat Untuk Nilai Pencapaian Kerajaan Pn Muhyiddin

Terserah Kepada Rakyat Untuk Nilai Pencapaian Kerajaan Pn Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 324 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap sesuatu dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti Malaysia Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Keti...
69 Rakyat Gembira Dengan Pencapaian Kerajaan Pimpinan Pm Muhyiddin Yassin

69 Rakyat Gembira Dengan Pencapaian Kerajaan Pimpinan Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 492 hits
Percaya atau tidak sebanyak 69 rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini adalah hasil kajian dari Merdeka Center di antara 15 Julai hingga 10 Ogos lalu tentang penerimaan pengundi terhada...
Pernahkah Menteri Pn Melihat Sendiri Kesusahan Rakyat Sabah

Pernahkah Menteri Pn Melihat Sendiri Kesusahan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 292 hits
Kesukaran seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Vevenoah Mosibin mengharungi peperiksaan secara on line dengan memanjat pokok bagi mendapatkan akses internet amat tidak wajar diperlekehkan Bekas Timbalan Menteri Pertanian Sim Tze Tzin...
Govt Will Not Bow To Foreign Claims For Sabah Muhyiddin

Govt Will Not Bow To Foreign Claims For Sabah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 394 hits
The government will not bow to any foreign claims for Sabah Prime Minister Muhyiddin Yassin said today He said Malaysia remains steadfast in its stand not to compromise on any issues pertaining to Sabah s sovereignty and will defend the Bor...
Inikah Sebab Musa Aman Takut Syafie Apdal Beri Geran Kepada Rakyat Sabah

Inikah Sebab Musa Aman Takut Syafie Apdal Beri Geran Kepada Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 602 hits
Menjelang PRN Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman nampaknya semakin tidak senang duduk dan kepanasan punggungnya Ini berikutan dengan langkah Ketua Menteri Sabah interim Shafie Apdal ...
Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah Muhyiddin Yassin

Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 326 hits
Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana mana tuntutan terhadap negeri Sabah kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan ...
Malaysia Consistent In Rejecting Claims Over Sabah Dewan Rakyat Told

Malaysia Consistent In Rejecting Claims Over Sabah Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 338 hits
Kamarudin Jaaffar says the issue is raised by politicians from the Philippines especially when the elections are around the corner KOTA KINABALU Malaysia s stand has always been consistent that it will not entertain or recognise any form of...
Russell Taylors Memenuhi Keperluan Rakyat Sabah Dengan Membawa Produknya Ke S Mart Sabah

Russell Taylors Memenuhi Keperluan Rakyat Sabah Dengan Membawa Produknya Ke S Mart Sabah

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 317 hits
Russell Taylors jenama yang khusus dalam perkakas dapur untuk kegunaan rumah kini melakukan penghantaran produknya kepada warga Sabah terus dari negeri tersebut melalui kerjasama dengan platform e dagang nombor satu Malaysia Shopee Perluasa...
Majoriti Rakyat Malaysia Berpuas Hati Dengan Prestasi Pm Muhyiddin Kajian

Majoriti Rakyat Malaysia Berpuas Hati Dengan Prestasi Pm Muhyiddin Kajian

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 302 hits
Kajian dijalankan Merdeka Center baru baru ini mendapati 69 pengundi Malaysia berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Menurut kajian itu sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan S...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025