Kenyataan Media Steven Sim


Kenyataan media Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong

04 Mei 2019 | Kuala Lumpur

Saya telah menghubungi Mufti Negeri Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam.

Dr Asri telah memberitahu saya bahawa kenyataan yang dilaporkan media adalah berlainan daripada apa yang beliau katakan sebenarnya.

Setiausaha Agung DAP, Sdr Lim Guan Eng juga telah mengundang Dr Asri untuk bertemu dan berbincang, dan beliau telah menyatakan kesudian untuk menerima jemputan Sdr Lim tersebut.

DAP sentiasa bersedia menerima teguran dan nasihat dengan lapang dada, demi kebaikan bersama dan juga kemaslahatan semua, namun ada keperluan untuk menolak fitnah pihak pembangkang selama ini kononnya DAP menentang syiar dan syariat Islam.

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri dari DAP bukan sahaja memartabatkan agama Islam di negeri tersebut melalui penggandaan peruntukan kepada hal ehwal Islam berbanding semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional, malah turut melaksanakan program-program seperti pemberian elaun bagi menggalakkan bilangan huffaz dalam negeri, peruntukan tahunan kepada sekolah agama rakyat, dan membangunkan industri halal dengan menyediakan kawasan seluas 100 ekar sebagai Hab Halal.

Antara kejayaan dasar-dasar ini termasuklah penambahan bilangan huffaz daripada 103 orang pada 2008 kepada 600 orang pada masa kini, iaitu sebanyak 482% dalam tempoh sepuluh tahun. Kita juga berbangga apabila pelajar-pelajar Islam di Pulau Pinang memperoleh pencapaian KAFA terbaik di seluruh Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018.

Kini kerajaan negeri juga sedang membangunkan perpustakaan digital Islam pertama di rantau Asia Tenggara.

Di peringkat Persekutuan, Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sdr Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, telah memperuntukkan tambahan sebanyak RM100 juta bagi hal ehwal Islam iaitu daripada RM1.1 bilion pada tahun 2018 kepada RM1.2 bilion pada tahun 2019.

Selain itu, kerajaan persekutuan juga turut memperuntukkan RM25 juta kepada sekolah agama rakyat, dan RM25 juta lagi kepada sekolah-sekolah pondok berdaftar. Kedua-dua institusi ini tidak mendapat sebarang peruntukan dalam Bajet 2018 di bawah kerajaan Barisan Nasional. Tambahan lagi, RM50 juta juga diperuntukan untuk 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Pada tahun 2019, Kementerian Kewangan turut menyalurkan RM5 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran untuk kerja-kerja mencetak Al-Quran. Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan turut menyuntik dana berjumlah RM17.8 bilion demi memulihkan Tabung Haji selepas penyelewengan oleh kerajaan terdahulu.

DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara, namun difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka.

Saya berharap semoga silaturahim antara DAP dan Dr Asri dapat dikekalkan dengan meneruskan perbincangan, dialog dan persefahaman sesama kita.

STEVEN SIM

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/kenyataan-media-steven-sim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4914 Kenyataan Media Ppim 30 4 19

4914 Kenyataan Media Ppim 30 4 19

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 196 hits
KENYATAAN MEDIA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan pusat sehenti bagi memudahkan kemasukan urusan pelabur asing ke Malaysia Ketua aktivisnya Nadzim Johan berkata PPIM telah menerima banyak aduan ...
Kenyataan Media Yb Dato Seri Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Yb Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 481 hits
Ingin saya maklumkan terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabat saya Ini termasuklah semua akaun media sosial milik saya Gejala pencerobohan siber sebegini semakin merebak tatkala kita meluangkan seberapa banyak masa di ruang digit...
4905 Ppim Kutuk Kejadian Bom Di Sri Lanka Kenyataan Media Ppim 25 4 19

4905 Ppim Kutuk Kejadian Bom Di Sri Lanka Kenyataan Media Ppim 25 4 19

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 297 hits
KENYATAAN MEDIAPersatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk sekeras kerasnya kejadian pengeboman di ibu kota komersial Colombo Sri Lanka Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan menyifatkan perbuatan pengganas puak pelampau itu amat zalim dan harus di...
Anwar Cabaran Dan Halangan Dunia Kebebasan Bersuara Dan Media

Anwar Cabaran Dan Halangan Dunia Kebebasan Bersuara Dan Media

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 357 hits
Menyampaikan ucapan di Al Sharq Youth 5th Annual Conference di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur Saya sentuh aspek kebebasan bersuara sektor dan kemahiran inovasi dan cabaran demokrasi di era Malaysia Baharu
But Whose Malaysian Media Couuncil Gobind

But Whose Malaysian Media Couuncil Gobind

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 249 hits
Puchong 2 May 2019 Someone suggested a typo in the above article That maybe the last line should read assumes all stakeholders views will be taken into account So what s the grouse A lot of people who think they should be consulted have not...
Presiden Sri Lanka Cabut Larangan Penggunaan Media Sosial

Presiden Sri Lanka Cabut Larangan Penggunaan Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 257 hits
Larangan sementara soal penggunaan media sosial ini diberlakukan setelah aksi teror bom beruntun pada Minggu Paskah lalu
Terlupa Nak Cakap Saya Akan Buat Sidang Media Bersama Ayah Saya Pada 5 5 Tapi Tak Tahu Tahun Bila Haha Pu Abu

Terlupa Nak Cakap Saya Akan Buat Sidang Media Bersama Ayah Saya Pada 5 5 Tapi Tak Tahu Tahun Bila Haha Pu Abu

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 404 hits
Isu PU Abu menceraikan bekasi isterinya Ain Afini semasa sarat mengandung 7 bulan masih menjadi bualan hangat netizen dan terbaru PU Abu memuat naik foto bersama bapanya dan membuka ruang komen di Instagram mengundang kecaman netizen BACA F...
Tim Cyber Media Jokowi Akhirnya Blak Blakan Sepak Terjang Selama Pilpres

Tim Cyber Media Jokowi Akhirnya Blak Blakan Sepak Terjang Selama Pilpres

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 237 hits
Tim cyber media sosial TKN Jokowi Ma ruf Amin menggelar syukuran di bilangan Patra Kuningan Jakarta Mereka mengungkapkan cerita soal Pilpres 2019 Dari mulai pembentukan hingga keresahan Jokowi
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment