Kenyataan Media Ph Tak Setuju Belanjawan 2022 Ph Mahu Undi Suara


 
Pakatan Harapan telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan 2022.

Melalui sesi-sesi libat urus tersebut, wakil-wakil Pakatan Harapan telah menyampaikan pandangan dan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu-isu dasar.
Terdapat perkara-perkara yang dapat dipersetujui, namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.
Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.
Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.
Pakatan Harapan menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.
Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Walaupun ada tambahan peruntukan ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.
Walaupun Pakatan Harapan menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik COVID-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PMKS, supaya dapat terus hidup.
Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.
Oleh itu, Majlis Presiden memutuskan untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.
Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kenyataan-media-ph-tak-setuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 164 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Isla...
Mh17 Kenyataan Media Rasmi Daripada Mas

Mh17 Kenyataan Media Rasmi Daripada Mas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
Diterjemahkan oleh MindaICT Jumaat 18 Julai 08 20 PM GMT 0800 Kenyataan Media 4 Kemalangan MH171 Plan PenerbanganPlan penerbangan MH17 telah diluluskan oleh Eurocontrol satu satunya pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan laluan penerb...
Ph Tengku Zafrul Bertemu Sebelum Belanjawan 2022 Digulung Hari Ini

Ph Tengku Zafrul Bertemu Sebelum Belanjawan 2022 Digulung Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh SURI LAILA November 18 2021Pakatan Harapan hari ini selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah bagi membincangkan pasca Belanjawan 2022 Ah...
Kenyataan Media Kerajaan Nak Hadiahkan Najib 100 Juta Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Kerajaan Nak Hadiahkan Najib 100 Juta Kenyataan Media Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 271 hits
Kenyataan Media18 November 2021Mengejutkan tatkala mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet sebulat suara telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang...
Bajet 2022 Ph Tak Setuju Beberapa Perkara Penting

Bajet 2022 Ph Tak Setuju Beberapa Perkara Penting

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 336 hits
Undian peringkat dasar Belanjawan 2022 dilakukan secara undian suara pada petang ini kerana Pakatan Harapan masih tidak bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan dalam beberapa perkara penting Menurut Majlis Presiden PH biar pun telah mengadaka...
Kenyataan Media Dewan Pemuda Pas Malaysiamelaka Memilih Mesej Jelas Untuk Semua Parti Politik

Kenyataan Media Dewan Pemuda Pas Malaysiamelaka Memilih Mesej Jelas Untuk Semua Parti Politik

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 334 hits
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIAMELAKA MEMILIH MESEJ JELAS UNTUK SEMUA PARTI POLITIK21 November 2021 16 Rabiulakhir 1443 H1 Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik perkembangan positif dalam keputusan Pilihanraya Negeri Melaka sem...
Suara Untuk Semua Bersih Launches Media Campaign Platform For Malacca Polls

Suara Untuk Semua Bersih Launches Media Campaign Platform For Malacca Polls

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 323 hits
MALACCA POLLS Bersih together with three selected media partners have launched a special platform dedicated to 112 candidates contesting in the ongoing Malacca state elections Bersih in a statement said the Suara Untuk Semua initiative in p...
Perbandingan Undi Pru14 Dan Prn Melaka 2021 Bagi Setiap Dun Mengikut Parti

Perbandingan Undi Pru14 Dan Prn Melaka 2021 Bagi Setiap Dun Mengikut Parti

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 446 hits
Perbandingan undi PRU 14 dan PRN Melaka 2021 bagi setiap DUN mengikut parti bertanding Pilihan Raya Umum DUN Melaka Ke 15 telah pun selamat diadakan pada 20 November yang lalu dan seperti yang kita sedia maklum Bariasan Nasional be
Our Social Trends 2022 Report Has Launched

Our Social Trends 2022 Report Has Launched

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 304 hits
div emailPreHeader display none important Read our Social Trends 2022 Survey Results before your competitors do To view this email as a web page click here Preheader Shows up on iPhone Gmail Insert hack after hidden preview text
Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Flood Situation In Sabah Worsens

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Video Gelagat Sheila Rusly Sharifah Shahora Maria Tunku Sabri Cetus Reaksi Netizen Cute La Bertiga Ni

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E Hailing Marah Kerana Book Ride Untuk Pekerja Warga Asing Dia Rampas Phone Saya