Bajet 2022 Ph Tak Setuju Beberapa Perkara Penting



Undian peringkat dasar Belanjawan 2022 dilakukan secara undian suara pada petang ini kerana Pakatan Harapan (PH) masih tidak bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan dalam beberapa perkara penting.
Menurut Majlis Presiden PH, biar pun telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan dan terdapat perkara dipersetujui namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.
“Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka PH membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.
“Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, PH akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah,” kata kenyataan Majlis Presiden.
Tegas Majlis Presiden lagi, PH tidak boleh menerima peruntukan yang tidak bertambah secara signifikan bagi Sabah dan Sarawakyang masih mundur dan memerlukan pembangunan lebih pesat.
Begitu juga, peruntukan untuk ransangan ekonomi ke atas rakyat kelas bawahan yang masih dilihat berkurangan berbanding keperluan.
“PH menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi. Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
“Walaupun ada tambahan peruntukan, ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.
“Walaupun PH menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik Covid-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PKS, supaya dapat terus hidup.
“Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat,” kata mereka.
Oleh itu, jelas Majlis Presiden, PH memutuskan akan meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.
“Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian,” kata mereka lagi.
Undian petang ini merupakan pusingan pertama, selepas ini akan ada perbahasan peringkat jawatankuasa dan kemudian pengundian peringkat terakhir.
Dalam sesi pengundian petang tadi Warisan dan Pejuang cuba untuk mendapatkan undian belah bahagi namun tidak dipersetujui PH dan berakhir dengan undian suara dan Belanjawan 2022 diluluskan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33509

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Tarikh Penting Bulan Islam Tahun 2022

Tarikh Tarikh Penting Bulan Islam Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 587 hits
Tarikh Tarikh Penting Bulan Islam Tahun 2022 Mengingati tarikh penting sesuatu peristiwa terutamanya dalam kalendar islam amatlah penting sebagai satu persediaan kerohanian selain kita juga tak lupa pada peristiwa yang lainnya seperti hari ...
Kenyataan Media Ph Tak Setuju Belanjawan 2022 Ph Mahu Undi Suara

Kenyataan Media Ph Tak Setuju Belanjawan 2022 Ph Mahu Undi Suara

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 431 hits
Pakatan Harapan telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan 2022 Melalui sesi sesi libat urus tersebut wakil wakil Pakatan Harapan telah menyampaikan pandangan dan pendirian Pak...
Perkara Penting Mengenai Pertunangan Yang Sering Dilupakan

Perkara Penting Mengenai Pertunangan Yang Sering Dilupakan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 258 hits
Sering kali kita melihat di laman social bahawa pertunangan diheboh hebohkan Tak payah tunang la kapel pun dah menunjuk nunjuk di laman social membuktikan dia sudah dimiliki Adakah perbuatan sedemikian wajar Sila ambil berat Pertunangan per...
Bajet 2022 Doktor Kontrak Ancam Mogok Kedua Tak Puas Hati Pengumuman Kerajaan

Bajet 2022 Doktor Kontrak Ancam Mogok Kedua Tak Puas Hati Pengumuman Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 356 hits
November 2 2021 Jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal berkata mendakwa dipergunakan kerajaan ketika pandemik PETALING JAYA Kerajaan diberi tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap memba...
Bajet 2022 Lulus Di Peringkat Dasar Hadiah Rm100 Juta Antara Tarikan Minggu Keempat Dewan Rakyat

Bajet 2022 Lulus Di Peringkat Dasar Hadiah Rm100 Juta Antara Tarikan Minggu Keempat Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR 19 Nov Persidangan Dewan Rakyat minggu keempat menyaksikan Rang Undang Undang Perbekalan 2022 diluluskan di peringkat dasar selain isu isu seperti penggunaan kanabis dan pelaksanaan rangkaian 5G antara yang dibangkitkan Ahli Pa...
Beberapa Perkara Mengenai Mimpi Yang Bodoh

Beberapa Perkara Mengenai Mimpi Yang Bodoh

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 273 hits
salam satu cukai 6 kebelakangan nie perasaan untuk berbloging semakin meningkat tatkala aku semakin boson gile hatok kat umah nie time macam nie la pulak aku nak berkata bile la nak masok uniten nie mase dekat uniten pulak bising nak balik ...
Pkp Seluruh Negara Ini 11 Perkara Penting Yang Kamu Perlu Tahu

Pkp Seluruh Negara Ini 11 Perkara Penting Yang Kamu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 442 hits
Perintah Kawalan Pergerakan akan mula berkuat kuasa pada 12 Mei ini umum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Berikut antara perincian berkenaan PKP tersebut 1 Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan kesi...
Burung Bijak Sudah Hafal Beberapa Surah Al Quran Lancar Bila Membacanya Kembali

Burung Bijak Sudah Hafal Beberapa Surah Al Quran Lancar Bila Membacanya Kembali

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 331 hits
Seekor burung nuri berasal dari Jordan ini bukan saja mampu berkata kata malah mahir membaca Al Quran dengan baik Burung yang diberi nama Mudalal ini mahir membaca tiga surah daripada Al Quran selepas mempelajarinya selama enam tahun bersam...
Ini Beberapa Dialog Yang Anda Perlu Elakkan Semasa Berhari Raya

Ini Beberapa Dialog Yang Anda Perlu Elakkan Semasa Berhari Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
Dialog Yang Yerlu Dielakkan Di Hari Raya BUJANG Bila kamu akan berkahwin BERKAHWIN Bila kamu akan dapat anak BERKAHWIN ANAK SEORANG Seorang sahaja anak Kesian dia nakkan adik tu kena tambah lagi BERKAHWIN KEDUA DUA ANAK PEREMPUAN Dua dua an...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih