Kenyataan Media Prospek Ekonomi Harus Mencerminkan Cabaran Semasa






Dunia hari ini terus dicengkam krisis kesihatan, kemanusiaan dan ekonomi terburuk dalam sejarah. Krisis ini turut memberi kesan besar kepada negara dari sudut kesihatan dan keselamatan warga. Ekonomi kita juga tidak terlepas dari hentaman wabak Covid-19, dan juga ketidaktentuan politik tatkala kerajaan ini mengambil kuasa sekitar bulan Mac yang lalu.

Badan-badan tempatan dan dunia telah meramalkan penguncupan ekonomi kita dari -1.0% kepada -4.6% pada tahun 2020.

Pembalikan pertumbuhan ekonomi ini memerlukan dua perkara:

1) penilaian yang jujur oleh kerajaan terhadap masalah yang dihadapi kita hari ini

2) perencanaan yang luarbiasa yang harus mencakup ekonomi domestik, terutamanya sejumlah besar rakyat Malaysia dan peniaga-peniaga kecil yang tidak mempunyai simpanan yang cukup bagi menepis kegawatan ini.

Keyakinan yang dihamburkan Menteri Kewangan baru-baru ini terkait ramalan bahawa Malaysia akan segera pulih kepada pertumbuhan 5.8% pada tahun 2021 ternyata bermasalah, jika mengambilkira capaian penuh impak Covid-19, dan bagaimana ia akan mengesankan kuasa-kuasa ekonomi yang berkait dengan kita.

Sebagai contoh, PKP yang akan berlangsung kira-kira enam minggu, dan berkemungkinan dilanjutkan. Kita tahu bahawa sejumlah besar kelas pekerja di Malaysia mempunyai kira-kira satu bulan simpanan untuk menempuh krisis ini, menurut kajian dan laporan oleh INCIEF. Menurut Jabatan Perangkaan pula, 35% yang bekerja sendiri akan hilang sekurang-kurangnya 90% dari jumlah pendapatan mereka, dan tambahan 46% yang akan terus hilang kerja sekaligus.

Saya bimbang bahawa tahap perbelanjaan pakej rangsangan yang diumumkan baru-baru ini sehingga kini belum memadai untuk merapatkan jurang pendapatan bagi melindungi warga dari ketidakjaminan makanan dan kebuluran, terutamanya kanak-kanak.

Dalam saat yang serba mencabar seperti hari ini, kepimpinan yang berwibawa bermaksud mengurus krisis dengan penilaian yang jujur dan berfakta, dan bukan dengan memberi gambaran palsu dan bersifat selektif.
 
Setelah meneliti laporan dan capaian impak Covid-19 ke atas Malaysia, saya menggesa kepimpinan hari ini untuk lebih berhemah dan mendasar dalam perencanaan mereka. Gesaan saya ini adalah setelah mengambilkira kejatuhan harga minyak dan harga komoditi kita, termasuk dampak yang berterusan kepada rakan-rakan dagang terpenting seperti China, Amerika Syarikat dan rakan-rakan kita di rantau Asean.

Tambahan pula, dengan lanjutan PKP ini, saya menggesa agar ketelusan dapat dijamin dalam pembayaran melalui peruntukan dana Prihatin kepada rakyat yang terkesan dan peniaga- peniaga kecil yang terhimpit dengan kemelut ini.

Saya menyeru agar kita mengutamakan “Barangan Buatan Malaysia” bagi mendukung perniagaan dan ekonomi tempatan dalam menampan kemelut ekonomi, dan juga memperkuat dampak rangsangan ekonomi.

Akhir sekali, saya mencadangkan agar perencanaan baharu difikirkan bagi melindungi warga dan perniagaan yang terdiri dari golongan B40 yang terkesan dengan kemelut ini sehinggalah ekonomi kita pulih dan kembali bangkit.

Dalam konteks ini Pakatan Harapan menyeru agar satu sesi khas Parlimen diadakan bagi membincangkan permasalahan ini sesegera mungkin.

*ANWAR IBRAHIM*
*14 APRIL 2020*



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kenyataan-media-prospek-ekonomi-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peranan Penting Glic Rangka Strategi Ekonomi Semasa Pkp

Peranan Penting Glic Rangka Strategi Ekonomi Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 265 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa persidangan video bersama enam teraju utama GLIC hari ini KUALA LUMPUR Peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan penting dalam membantu kerajaan merangka strategi ekonomi yang komprehensif...
Bank Indonesia Nilai Mudik Buat Skenario Buruk Ekonomi Jadi Kenyataan

Bank Indonesia Nilai Mudik Buat Skenario Buruk Ekonomi Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 191 hits
Pemerintah telah memaparkan skenario berat hingga terburuk yang bisa menimpa perekonomian nasional akibat wabah virus corona Di antaranya pertumbuhan ekonomi yang mengalami kontraksi hingga 0 4 persen serta nilai tukar rupiah yang mencapai ...
Temubual Bersama Ds Najib Razak Bertajuk Covid 19 Dan Cabaran Ekonomi

Temubual Bersama Ds Najib Razak Bertajuk Covid 19 Dan Cabaran Ekonomi

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 365 hits
Ikuti temubual bersama mantan Perdana Menteri Malaysia YB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak esok 4 April 2020 jam 11 00 pagi bersama The Outlook Asia yg akan dibawakan secara online Tajuk yg akan dibincangkan adalah Covid 19 Dan Cabaran Ek...
Berpantang Semasa Tempoh Pkp Nasihat Doktor Ini Harus Diambil Perhatian

Berpantang Semasa Tempoh Pkp Nasihat Doktor Ini Harus Diambil Perhatian

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 326 hits
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid 19 agak mencabar buat semua Ramai ibu ibu yang bakal bersalin risau dengan keadaan wabak yang semakin serius Banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu ibu hamil tentang bagaimana persiapan ket...
Kenyataan Media Exco Armada National Terhadap Zahid Hamidi

Kenyataan Media Exco Armada National Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 313 hits
Kenyataan Media ZAHID JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PENTADBIRAN TSMY RAMAI BERSATU SABAH LEBIH LAYAK Selaku ahli BERSATU dan juga kepimpinan saf pemuda BERSATU suka saya mengingatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak campu...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit