Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 18 Oktober 2021


 
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 
18 Oktober 2021 


PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA


Majlis Presiden kurang bersetuju dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.


Kami turut kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR seperti yang dilapor media bahawa hanya pengundi yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh keluar mengundi, dan berpandangan bahawa tindakan tersebut berkemungkinan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih.


Sungguhpun Pakatan Harapan menyokong penuh usaha pemberian vaksinasi kepada semua, ia tidak boleh dijadikan alasan tindakan diskriminasi ke atas mereka yang belum lengkap dua dos, dan tindakan menghalang ini berkemungkinan tidak sah dari segi undang-undang. 


Kami menggesa pihak SPR untuk mengkaji semula pendirian silap ini, untuk memastikan semua warganegara yang layak menjadi pemilih berdasarkan Perlembagaan Persekutuan boleh keluar mengundi sekiranya PRN Melaka diteruskan.


Pada Rabu ini, Pakatan Harapan Melaka melalui sdr Adly Zahari akan memfailkan satu injunksi mahkamah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka. Satu sijil perakuan segera (certificate of urgency) telah diturut difailkan agar perkara ini dapat disegerakan, memandangkan Notis Pembubaran DUN Melaka hanya dikeluarkan pagi tadi. 


Majlis Presiden menyokong penuh
tindakan mahkamah yang diambil Pakatan Harapan Melaka.


Pakatan Harapan berpendirian bahawa pembubaran DUN Melaka telah dilakukan berdasarkan nasihat yang salah. Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka seharusnya mengikuti duluan di peringkat Persekutuan, di mana KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
memanggil menghadap blok yang dipercayai mempunyai sokongan majoriti terlebih dahulu.


Kami juga masih mengekalkan pendirian bahawa DSU Sulaiman Ali sepatutnya tidak dinamakan
sebagai Ketua Menteri ‘caretaker’ memandangkan beliau dengan jelas telah hilang sokongan majoriti sebelum tindakan pembubaran DUN Melaka berlaku.


Kami juga berpendirian bahawa waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri, memandangkan penularan wabak COVID-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor-sektor ekonomi baru hendak mula dibuka semula, dan kerisauan berlakunya gelombang
ke-4. Kami turut risau jika PRN diteruskan, prosedur operasi standard (SOP) berkempen yang akan digunapakai mungkin mewujudkan keadaan yang tidak adil atau berat sebelah bagi sesetengah pihak.


Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan akan meneruskan segala persiapan termasuk kemungkinan menghadapi PRN Melaka.


DS Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 
Hj Mohamad Sabu Parti Amanah
Negara (AMANAH) 
Lim Guan Eng 
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 
DSP Madius Tangau 
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/kenyataan-media-majlis-presiden-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubar Dun Tyt Melaka Terima Nasihat Salah Kenyataan Media Majlis Presiden Ph

Bubar Dun Tyt Melaka Terima Nasihat Salah Kenyataan Media Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 257 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan keadaan politik semasa di Melaka termasuk pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri semalam Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di Pertua ...
Langsung Sidang Media Menteri Kesihatan 21 Oktober 2021

Langsung Sidang Media Menteri Kesihatan 21 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 310 hits
Ikuti sidang media Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin AWANInews MalaysiaSihat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK htt
Weekly Digest Premium 2 Oktober 2021

Weekly Digest Premium 2 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 274 hits
Nggak terasa tahun 2021 tersisa hanya 2 bulan Sebentar lagi seperti yang lalu lalu sebagian dari kita mungkin bakal mulai membuat daftar resolusi tahun 2022 yang entah akan terwujud seluruhnya atau sebagian Apapun itu semoga kehidupan asmar...
Kebenaran Rentas Negeri 11 Oktober 2021 Dapat Jugak Jejak Kaki Balik Ke Kampung

Kebenaran Rentas Negeri 11 Oktober 2021 Dapat Jugak Jejak Kaki Balik Ke Kampung

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Minggu ni agak sibuk sikit dengan kerja di office sehinggakan blog sedikit terabai untuk 3 4 hari blogwalking blog kawan kawan pun tertunda buat sementara waktu hari ini disebabkan ada sedikit masa terlua...
19 Oktober 2021 Analisis Teknikal Intraday Pasangan Eur Usd Dan Rancangan Dagangan

19 Oktober 2021 Analisis Teknikal Intraday Pasangan Eur Usd Dan Rancangan Dagangan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 296 hits
Kesinambungan berterusan penurunan harga di bawah zon harga 1 2050 1 2000 membolehkan aliran menurun baru baru ini dapat ditentukan Oleh demikian pasangan mata wang EUR USD telah menyatakan kemerosotan penurunan yang ketara sementara tahap ...
Modal Asing Rp710 Miliar Masuk Pasar Indonesia Di Pekan Ketiga Oktober 2021

Modal Asing Rp710 Miliar Masuk Pasar Indonesia Di Pekan Ketiga Oktober 2021

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 328 hits
Secara tahun kalender berjalan atau sejak awal tahun hingga pekan ketiga Oktober 2021 nonresiden tercatat beli neto sebanyak Rp11 55 triliun
Pasangan Mata Wang Usdcad Meneruskan Dagangan Menurun 18 Oktober 2021

Pasangan Mata Wang Usdcad Meneruskan Dagangan Menurun 18 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 277 hits
Berdasarkan kepada carta 4 Jam kita dapat melihat bahawa harga kini menghampiri ke tahap rintangan pertengahan pada 1 23953 yang selari dengan penurunan Fibonacci 38 2 Dengan sentimen penurunan yang ada di mana harga bergerak di bawah ichim...
Senarai Lagu Melayu Oktober 2021

Senarai Lagu Melayu Oktober 2021

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 461 hits
Senarai Lagu Melayu Oktober 2021 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun baharu bulan baharu pastinya anda menantikan lagu lagu baharu dari artis tempatan Jadi untuk Oktober 2021 ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai artis...
Netflix Filem Dan Siri Tv Oktober 2021

Netflix Filem Dan Siri Tv Oktober 2021

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 512 hits
Senarai kandungan Filem dan Siri TV Netflix pada bulan Oktober 2021FILEM 1 Oktober A Cinderella Story29 Oktober Army of ThievesK DRAMA11 Oktober The King s Affection 15 Oktober My NameSIRI TV15 Oktober You Season 322 Oktober Dynasty Season ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun