Kenyataan Media Amk Kedah Lagi Kutuk Azmin


Kenyataan Media

Rabu, 23 Oktober 2019

AZMIN ALI JANGAN JADI PENGKHIANAT DAN BATU API

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR hari ini yang bertajuk ‘Kerajaan Pintu Belakang, Biar Tun Dr Mahathir Kekal PM Hingga Selesai Penggal' adalah satu kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau sedang dalam usaha untuk melobi dirinya dan menggagalkan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim serta kenyataan beliau juga untuk memecahbelahkan hubungan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam kenyataan beliau juga, beliau ada menyatakan bahawa ‘mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai kerajaan pintu belakang' adalah satu kenyataan yang agak biadap dan adakah beliau lupa bahawa beliau juga pernah menggunakan 'pintu belakang' semasa jawatan Menteri Besar Selangor dikosongkan pada tahun 2014.

Pada pandangan saya, kenyataan beliau pada hari ini telah membuatkan rakyat yg mengundi Pakatan Harapan marah terutamanya ahli parti sendiri kerana seorang pemimpin berjawatan Timbalan presiden sedang dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. Sepatutnya beliau harus menyokong sepenuhnya untuk mengangkat Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-8 seperti mana perjanjian yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada tahun lalu.

Dalam kenyataan beliau juga ada menyatakan bahawa 'Mana ada kita mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan setiap dua tahun atau satu tahun? Jadi saya harap mereka yang terobsesi dengan kuasa akan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang memutuskan kerajaan selama lima tahun. Dari itu, dua atau tiga tahun atau satu tahun, itulah kerajaan pintu belakang. Kenyataan ini juga menunjukkan seperti beliau tidak faham perjanjian mengenai peralihan kuasa yg telah dibincangkan atau beliau sengaja buat-buat tidak faham apa yg telah dipersetujui oleh keempat-empat parti kompenan dalam Pakatan Harapan.

Beliau tidak perlu menjadi 'Batu Api' dalam isu peralihan kuasa. Seharusnya beliau perlu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Menteri Ekonomi dan beliau sewajibnya menggesa pihak berkuasa agar  menyelesaikan dengan segera siasatan terhadap isu video yang telah menggegarkan negara beberapa bulan lalu yang dikatakan mirip beliau, jika itu merupakan satu fitnah terhadapnya bagi mengembalikan nama baik beliau sendiri. 

Di sini saya ingin bertanya kepada beliau, adakah beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat?

Jika beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan berundur secara baik. Saya yakin semua ahli parti juga mahu satu jawapan yang jelas daripada beliau dan semua ahli parti bersedia menerima jika beliau berundur diri dari Parti Keadilan Rakyat kerana masih ramai yang lebih layak menggantikan tempat beliau. Namun jika beliau masih sayangkan PKR, beliau seharusnya menghormati Presiden dan pimpinan-pimpinan parti serta ahli-ahli akar umbi di bawah.
Jangan jadi 'Duri dalam daging'.

Mohd Syauqi Bin Md Sahimi
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/kenyataan-media-amk-kedah-lagi-kutuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Ketua Penerangan Amk Sabah

Kenyataan Media Ketua Penerangan Amk Sabah

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 229 hits
Kenyataan Media 22 Oktober 2019 Selasa Isu Peralihan Kuasa Azmin Jangan Jadikan Tun Dr Mahathir Seorang Munafik Saya ingin merujuk kepada kenyataan terbaru Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang menggesa Perdana Menteri Mala...
Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 289 hits
Siaran Langsung Sidang Media selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020 oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah
Rakaman Kenyataan Media Shafee Uli Sharol Sampai Lumat Anjing Suruhan Jho Low Paling Berjaya

Rakaman Kenyataan Media Shafee Uli Sharol Sampai Lumat Anjing Suruhan Jho Low Paling Berjaya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 359 hits
24 Oktober 2019 Sekitar perbicaraan 1MDB hari ke 25 Shahrol masih dipanggang dengan tanpa belas oleh TS Shafee TS Shafee mempertikaikan mengapa Shahrol tergesa gesa mahu membuat pembayaran kepada PSI sebanyak USD 1 billion Dia telah mengene...
Kenyataan Media Pdrm Mengenai Tangkapan Bersabit Gerakan Keganasan Ltte

Kenyataan Media Pdrm Mengenai Tangkapan Bersabit Gerakan Keganasan Ltte

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 335 hits
Sidang Media Cawangan Khas Bukit Aman 1 12 suspek yang ditahan ada terlibat dalam TRANSAKSI KEWANGAN melibatkan aktiviti menyokong merekrut dan mempromosi gerakan LTTE di Malaysia Terdapat juga transaksi kewangan melibatkan jumlah yang besa...
Jenjalan Cari Makan Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya

Jenjalan Cari Makan Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1137 hits
Jenjalan Cari Makan Nasi lemak Royale Kedah Putrajaya Petang pertama lagi dah sampai sini Ayer 8 Apa lagi kalau bukan nasi lemak royale Layan terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fu...
Mb Kedah Umum Bantuan Khas Kewangan Rm750 Untuk Kakitangan Awam

Mb Kedah Umum Bantuan Khas Kewangan Rm750 Untuk Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 320 hits
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir PETALING JAYA Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM750 untuk semua pegawai kakitangan dan anggota pentadbiran negeri Bantuan khas ini akan dibayar pada Dis i...
Kedah Bertemu Pahang Jdt Bertemu Selangor

Kedah Bertemu Pahang Jdt Bertemu Selangor

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 232 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia Kedah Lawan Pahang

Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia Kedah Lawan Pahang

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 621 hits
Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia Kedah Lawan Pahang Assalamualaikum Berdebar debar hati nak tengok bola kejap lagi Ada dua perlawanan berlangsung Maklumlah peringkat separuh akhir Kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman Dan juga ...
Sultan Kedah Bertitiah Yang Gabungannya Teras Utama Perpaduan

Sultan Kedah Bertitiah Yang Gabungannya Teras Utama Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 194 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia