Kenyataan Media


 Kenyataan Media
Majlis Presiden Pakatan Harapan10 Mei 2022Ulangtahun Ke-4 Kemenangan RakyatHari ini merupakan ulang tahun ke-4 terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan selepas hari mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-14. Pada hari ini, empat tahun lalu, sebuah Kerajaan baharu berjaya dibentuk atas semangat rakyat Malaysia yang telah bersama-sama bangkit menolak UMNO-BN dengan memilih Pakatan Harapan, dan seterusnya menyebabkan perubahan Kerajaan Persekutuan yang pertama sejak Merdeka.Pada ketika itu, tiada sesiapa yang mampu menjangka perubahan bersejarah tersebut boleh berlaku. Malah ada penganalisa yang berkata BN akan menang mudah dengan 2/3 kerusi Parlimen.Namun yang jelas, semangat rakyat untuk melakukan perubahan pada saat itu telah memungkinkan perubahan yang amat bermakna dalam sejarah politik tanah air.Kejayaan yang ditempuh pada PRU14 mampu berlaku bila Pakatan Harapan mengatur strategi terbaik, menjiwai hasrat dan denyut nadi rakyat, serta berusaha sepenuh daya meyakini para pengundi.Pengalaman pahit pengkhianatan Langkah Sheraton harus mengajar kita erti sebenar perjuangan. Ia wajib menyedarkan kita bahawa kemenangan bermakna menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang. Kita juga perlu waspada terhadap kelompok dan puak yang tidak senang dengan kemenangan rakyat.Majlis Presiden mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang kekal setia dengan prinsip perjuangan Pakatan Harapan. Pada masa yang sama, kami mengulangi pendirian bahawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan Parlimen bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi di Malaysia.Oleh itu, bagi mempersiap jentera Pakatan Harapan serta membangkitkan semangat rakyat terutama pengundi atas pagar menuju PRU15, Pakatan Harapan akan membentuk Jawatankuasa Pilihanraya, Jawatankuasa Manifesto, dan Jawatankuasa Jelajah Harapan.Pakatan Harapan juga komited untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada persefahaman dan niat ikhlas di kalangan pemimpin-pemimpin pengasas kita terdahulu untuk melihat sebuah negara Malaysia yang kemakmuran dan kemajuannya dapat dirasai bersama oleh seluruh rakyatnya.Segala peruntukkan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa kepada Sabah dan Sarawak perlu dilaksana seperti perkara 112C dan 112D yang mana tafsirannya perlu dibuat berdasarkan niat Perlembagaan dan bukannya dibuat untuk menidakkan hak Sabah dan Sarawak.Akhir sekali, menang kalah dan jatuh bangun itu adalah resmi perjuangan. Pakatan Harapan akan melipat gandakan usaha, merangkul seluruh kekuatan pembangkang untuk memastikan PRU15 milik rakyat.Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)Loke Siew Fook Parti Tindakan Demokratik (DAP)Madius Tangau Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/kenyataan-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Di Media Sosial Larangan Laungan Azan Menggunakan Pembesar Suara Ini Kenyataan Terkini Polis

Tular Di Media Sosial Larangan Laungan Azan Menggunakan Pembesar Suara Ini Kenyataan Terkini Polis

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 241 hits
April 29 2022 Polis mengesahkan kenyataan tular di media sosial baru baru ini berhubung larangan laungan azan menggunakan pembesar suara bukan dikeluarkan di Malaysia sebaliknya berlaku di Pune India Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit ...
Kenyataan Media Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan

Kenyataan Media Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 235 hits
KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA PENDIDIKAN PAKATAN HARAPAN16 MAY 2022Guru Wira Nuraga Nusa PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2022 OLEH JKPPH Perayaan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun Ia merupakan hari penghargaan para pelajar ibu bapa mas...
Kenyataan Media Anwar Ibrahim 29 April

Kenyataan Media Anwar Ibrahim 29 April

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 293 hits
Kenyataan Media29 April 2022Hari demi hari negara dikejutkan dengan pelbagai perkara yang saya kira amat mendukacitakan dan membimbangkan Pertamanya isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Badan Kehakiman Negara terkait Ha...
Hubungan Sulit Dimuat Naik Di Media Sosial Suami Belasah Isteri Sampai Mati

Hubungan Sulit Dimuat Naik Di Media Sosial Suami Belasah Isteri Sampai Mati

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 431 hits
Hubungan sulit dimuat naik di media sosial suami belasah isteri sampai mati Seorang mekanik berusia 38 tahun ditahan selepas dipercayai membunuh isterinya akibat berang hubungan sulitnya dimuat naik di media sosial dalam kejadian di Cheras ...
Dipercayai Dibunuh Suami Sehari Sebelum Aidilfitri Gara Gara Muat Naik Hubungan Sulit Di Media Sosial

Dipercayai Dibunuh Suami Sehari Sebelum Aidilfitri Gara Gara Muat Naik Hubungan Sulit Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita maut akibat dipukul suaminya dipercayai kerana memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit dalam kejadian di sebuah flat di Cheras sehari sebelum Aidilfitri Ketua Polis Daerah Kajang AC...
Hiburan Update Kecurangan Suami Di Media Sosial Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

Hiburan Update Kecurangan Suami Di Media Sosial Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 360 hits
Lapor seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat dipukul oleh suaminya sendiri gara gara mendedahkan kecurangan pasangannya itu di media sosial Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di sebu...
Akibat Hebah Hal Rumah Tangga Di Media Sosial Isteri Maut Disepak Dan Dihentak Senjata Tumpul

Akibat Hebah Hal Rumah Tangga Di Media Sosial Isteri Maut Disepak Dan Dihentak Senjata Tumpul

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 299 hits
MALAYSIA DATELINESeorang wanita di Cheras disepak dan dihentak hingga mati oleh suaminya sehari sebelum Aidilfitri akibat menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial Mangsa yang tinggal di flat dekat Balai Batu 9 itu disepak da...
Woman Killed After Exposing Husband S Affair On Social Media

Woman Killed After Exposing Husband S Affair On Social Media

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 355 hits
Woman killed after exposing husband s affair on social media A 38 year old mechanic has been arrested for killing his wife after she exposed his affair on social media Police said the 28 year old woman was brought to Kajang Hospital in an u...
25 Fesyen Selebriti Ternama Di Pentas Met Gala 2022 Yang Mencuri Tumpuan Media

25 Fesyen Selebriti Ternama Di Pentas Met Gala 2022 Yang Mencuri Tumpuan Media

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 361 hits
Lihatlah selebriti berkumpul di pentas Met Gala 2022 dengan fesyen yang menjadi tumpuan media Bertemakan gilded glamour para selebriti bergaya sakan memperagakan busana daripada pereka ternama di dunia Jadi jom kita selongkar antara yang me...
Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Ft Mufti Draws 7 Guidelines Of Dos And Don Ts For Muslims Who Wish To Join In Christmas Do

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Terengganu Remaja 15 Tahun Ditahan Tunggang Motosikal


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buasir Otak Tv Roblox Ambil Lesen Belajar Memandu Live

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

Kinohimitsu Memperkenalkan Glow Grow Duo Ritual Persediaan Kecantikan Untuk Musim Perayaan Yang Bakal Tiba

Percetakan 3d Dan Serat Kenaf Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Beli Kacang Pistachio Dan Kacang Gajus Murah