Kenyataan Media Anwar Ibrahim 29 April


 Kenyataan Media
29 April 2022Hari demi hari negara dikejutkan dengan pelbagai perkara yang saya kira amat mendukacitakan dan membimbangkan. Pertamanya isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara terkait Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.Kedua, isu melibatkan Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002. Malaysia mesti mendapatkan keadilan bagi pihaknya sekiranya kita benar-benar melawan rasuah dan kebobrokan. Ketiga, pendedahan terkini di mahkamah di New York, Amerika Syarikat yang menyentuh isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Keempat, kes melibatkan Serba Dinamik serta Suruhanjaya Sekuriti.Kelima, projek mega pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dianugerahkan kepada konglomerat Digital Nasional Berhad (DNB) yang berpotensi untuk meledak seperti skandal 1MDB. Keenam, kejatuhan parah matawang Ringgit Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi ekonomi. Dan yang terakhir adalah berkaitan kos sebenar projek MRT yang kini mencecah RM60 bilion. Hal semasa terkait inflasi dan harga barang juga mesti ditangani dengan baik agar beban kepada rakyat dapat dikurangkan. Isu-isu yang saya senaraikan ini memerlukan tindakan dan langkah serta penjelasan segera. Perdana Menteri tidak seharusnya berdiam diri tatkala hal-hal mendesak ini terus mencengkam negara dan rakyat, serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Memorandum Persefahaman (MoU). Saya fikir sekiranya ia tidak ditangani dan dibetulkan, maka Malaysia akan menemui kepayahan untuk bangkit semula sebagai tatanan yang baik, berintegriti dan bertanggungjawab.Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan. Saya menyeru rakyat supaya sedar dan menolak kelesuan ini serta bangkit menuntut perubahan sebaiknya. ANWAR IBRAHIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/kenyataan-media-anwar-ibrahim-29-april.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Dato Seri Najib Guna Wang 1mdb Bayar Peguam Ketepi Sapina Anwar Ibrahim

Rafizi Dato Seri Najib Guna Wang 1mdb Bayar Peguam Ketepi Sapina Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 149 hits
DATO SERI NAJIB GUNA WANG 1MDB BAYAR PEGUAM KETEPI SAPINA ANWAR IBRAHIM Sejak lebih sebulan yang lalu saya telah mendedahkan pelbagai maklumat mengenai aliran wang dari dana awam yang dipinjamkan kepada SRC International Sdn Bhd yang kemudi...
Kes Dera Bella Jangan Ada Terlepas Pandang Kenyataan Media Ppim 17 04 2022

Kes Dera Bella Jangan Ada Terlepas Pandang Kenyataan Media Ppim 17 04 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 291 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius dan menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan melibatkan remaja OKU Down Syndrom yang dikenali sebagai Bella Ke...
Anwar Ibrahim Refuses To Name Pakatan Harapan S Prime Minister

Anwar Ibrahim Refuses To Name Pakatan Harapan S Prime Minister

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 190 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim says the question of Pakatan Harapan s prime minister candidate for GE15 is not a priority for the coalition The current priority was to get close and help the people he said in a media interview He acknowled...
Anwar Ibrahim Proposes New Coalition Without Dap

Anwar Ibrahim Proposes New Coalition Without Dap

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 225 hits
Anwar s own inner circle feels Pakatan Harapan is not going to win GE15 or even GE16 Others however say this declaration of defeat is meant to lull Umno and Barisan Nasional into a false sense of security If Umno feels GE15 is going to be a...
Bekas Kumpulan April Chaekyung Tamat Kontrak Bersama Dsp Media

Bekas Kumpulan April Chaekyung Tamat Kontrak Bersama Dsp Media

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 216 hits
Umum pasti sudah mengenali kumpulan penyanyi APRIL yang sebelum ini bernaung dibawah DSP Media Namun kumpulan itu telah dibubarkan secara rasminya pada 28 Januari yang lalu Terbaru bekas ahli kumpulan tersebut Chae kyung turut berpisah deng...
Ppim Kongsi Rezeki Dengan Bekas Atlet Kebangsaan Kenyataan Media Ppim 16 04 2022

Ppim Kongsi Rezeki Dengan Bekas Atlet Kebangsaan Kenyataan Media Ppim 16 04 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 174 hits
Sejak negara dilanda wabak COVID 19 pelbagai pihak semakin terkesan khususnya dari segi kewangan dan kesinambungan kehidupan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah mengenalpasti 3 000 orang bekas ...
Jangan Siasat Hakim Terlibat Rasuah Kata Anwar Ibrahim

Jangan Siasat Hakim Terlibat Rasuah Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 189 hits
Saya ambil maklum isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya Walaubagaimanapun saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo