Kenyalang Gold Card Kgc Permohonan Online Borang Semakan Kelayakan
KENYALANG GOLD CARD KGC:PERMOHONAN ONLINE/BORANG & SEMAKAN KELAYAKAN
Kenyalang Gold Card (KGC), inisiatif kerajaan negeri bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak.
Pemohon yang layak boleh mula mengemukakan permohonan mendapatkan inisiatif KGC
APA ITU KENYALANG GOLD CARD (KGC)
Kad itu adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.
Ia meliputi diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambut.
Lebih penting kata pemegang KGC yang layak akan mendapat Bantuan Ehsan Kematikan (BIK) berjumlah RM3,000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun.
Beliau menjelaskan BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.
SEMAKAN SYARAT MEMOHON KGC
Antara syarat-syarat memohon ialah:
Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
CARA PERMOHONAN KGC
Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan https://kenyalanggold.com/
Permohonan secara manual juga boleh dibuat. Borang Permohonan Kenyalang Gold Card boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
KLIK DI SINI untuk muat turun borang Permohonan Kenyalang Gold Card (KGC)
PROSES PERMOHONAN KGC
Borang siap diisi harus dipulangkan ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan dan Masyarakat di seluruh negeri dan kita menetapkan 30 hari untuk permohonan diluluskan
Kepada penerima BSH boleh buat SEMAKAN KELAYAKAN DEKODER PERCUMA MYTV SECARA ONLINE & SMS
SENARAI RAKAN STRATEGIK KGC
Setakat ini seramai 46 Rakan Strategik KGC.
Beberapa vendor telah mengesahkan penglibatkan mereka dalam inisiatif KGC yang menawarkan diskaun dan rebat merangkumi bidang kesihatan, pengangkutan awam dan barang keperluan.
Antara vendor tersebut ialah Samba, Fitflop, Cafe Cafe, Wonderboom, Des Optics Group, Bright Smile Dental Clinic, Suriah Indah Health Clinic, Shine Pharmacy dan Limbang Optical Centre.
Sila klik DISINI untuk melihat senarai untuk rujukan.
SOALAN LAZIM KGC
Apakah keistimewaan KGC?
Keistimewaan KGC ini ialah menyediakan kemudahan dalam bentuk diskaun atau rebat untuk barangan dan perkhidmatan antaranya dalam bidang kesihatan seperti perubatan, pemulihan dan farmasi dan pengangkutan awam kepada golongan warga emas.
dah CHECK SKIM PEKA B40 tahun 2021?banyak manfaat kesihatan diberikan secara percuma.
Apakah contoh diskaun yang nikmati pemegang KGC?
Pemegang KGC juga menikmati diskaun ketika membeli barangan keperluan seperti barang runcit, baju, kasut, optikal, penjagaandiri, refleksologi, urutan dan spa, rawatan dan penjagaan kuku, dandanan rambut malah untuk mengunjungi taman tema dan rekreasi.
Apa maksud kad pengenalan berstatus K?
Warga negara Malaysia dan pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau yang berstatus Pemastautin Tetap Sarawak.
Adakah saya layak mohon KGC jika saya berumur 61 tahun pada tahun 2020?
Berusia 60 tahun pada atau selepas 1 Januari 2020 adalah layak memohon kad KGC.
Macam mana cara nak mohon kad KGC?
Permohonan kad KGC boleh dilakukan secara manual dengan mengisi borang di Pejabat Kebajikan Bahagian atau memuat turun borang permohonan melalui laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKP) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia KGC di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat
[email protected]
The post KENYALANG GOLD CARD KGC:PERMOHONAN ONLINE/BORANG & SEMAKAN KELAYAKAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/kenyalang-gold-card-kgc.html