Kentut Dan Puasa
Kentut dan puasa | Semalam adalah hari pertama Sara berpuasa.Banyak betul ragam anak yang berusia 7 tahun berpuasa.
Jam menunjukkan 11 pagi,Sara pula asyik terkentut. Maka bermulalah pertanyaan dari seorang budak yang berumur 7 tahun itu.
Sara : Mam,tadi Sara kentut.Batal puasa ke mama?
Mama : Mampu ketawa berdekah sahaja.
Dan beberapa minit kemudian,mama jelaskan kepada Sara.Bahawa kentut tidak batal puasa sebaliknya kentut hanya batal wuduk.
Kemungkinan Sara ni terkeliru dengan kelas KAFA yang diajarkan cikgu nya itu.
Jam 1 petang.. Sara dah Mula Intai dapur
Kali ini,Ina sibuk berada di dapur pula.Sibuk membersihkan ayam dan memotong.Kali ini berbuka puasa pertama di rumah mak dengan berkumpul dengan adik beradik mak yang mempunyai 6 beradik.2 orang je adik beradik mak yang tak dapat datang.
Berbalik kepada aktiviti membersihkan ayam serta memotong,kemudian Ina perapkan ayam itu supaya bahan-bahan perap mesra dengan ayam tersebut. Kemudian sempatlah goreng ayam (selepas sejam perap).Goreng ayam untuk anak yang kecil tu,Furqan.
Dan Sara mula jenguk dapur,katanya dah tak larat nak puasa lagi.Tambahan lagi,ayam dah mula bau semerbak di dalam rumah.Ketika itu jam menunjukkan 2.30 petang.Maka berbuka lah Sara tu.
Waktu Sahur
Semasa bersahur pula,sempat Ina memberitahu syarat sah puasa.Ulangi apa yang diajar pada waktu bersahur.
Mama : Sara,apa perkara yang membatalkan puasa?
Sara : Jangan makan,jangan minum,jangan banyak tidur,jangan korek hidung dan telinga.
Mama : Lagi?
Sara : Mama, kentut?
Mama : Hahahaha.Sara,awak ni tak habis dengan kentut.Kentut takde kena mengena lah dengan puasa tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2019/05/ragam-berpuasa.html