Kenduri Mee Maggi Di Office
Assalamualaikum...
SEJAK tahu seorang adik ni terror masak Mee Maggi sedap kalah kedai mamak, kami tak henti-henti mengendeng minta dia masakkan maagi di office. Tahunnya bila tau, tahun 2019.. nah.. tahun 2021 baru dapat merasa mee maggi beliau, hahaha. Tahun 2020 cuma wujud tiga bulan aje kan, lepas tu PKP.. PKPB.. PKPP... PKPB... PKP balik. Seingat Sk, masa PKPP tu baru Sk kembali ke pejabat iaitu dalam bulan Jun.. dan kemudian ada hari-hari yang bekerja untuk dari rumah. Adik ni, namanya Nor, pengajar kursus masakan (tak hairanlah kan terror masak). Jadi, dia pun sibuk dengan kelas online. Ni pelajar-pelajarnya dah tamat, dah balik ke lubuk masing-masing, barulah free nak masakkan maggi untuk kitorang, hihi.
Semua bahan masakan disponsor oleh Puan Fidah yang terkenal dengan murah hati. Pagi-pagi dah ke kedai membeli barang-barang untuk dimasukkan ke dalam maggi. Ops, ni bukan sekadar maggi rebus atau maggi tumis. Jauh sekali Mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan. Ini maggi kalah kedai mamak, oh. Kami semua buat kerja office sementara tunggu Nor memasak. Sk jengah ke dapur pantri tengok Nor dah siap rebus mee maggi
Sawi dan tomato pun dah siap dipotong dan dibersihkan. Kita baru nak datang tolong, kahhhh. Kalau Sk masak maggi, jangan haraplah ada sayur ni semua. Paling-paling tumis bawang dengan cili padi banyak-banyak, hihi
Satu pejabat harum dengan bau rempah tumisan Nor. Tak tahu apa bahan yang ditumis, tahu-tahu dah naik bau. Tengok ada serai, daun kari dan daun limau purut dalam periuk. Daun-daun ni semua main petik-petik jer di laman kolej. Tiap Selasa memang ada yang suka berkebun kat sini. Yang malas Sk jer, huhu
Pelbagai jenis bebola ikan dan sosej pun dah siap potong. Hai, untung betul siapa jadi mak mertua Nor ni. Ada yang nak berkenalan ke? Sayangnya bunga telah dipetik orang di taman.. walaupun kujaga.. dan kusiram jaga kembangnya.... (Ops.. termenyanyi pulak)
Patut wanginya bau, Nor menumis guna lepa susu. Nanti bila-bila bolehlah cuba resepi Maggi Mee ni. Tapi kena letak cili padi banyak-banyak, bagi lagi kick, hihi
Portable Gas Stove ni Kak Narimah yang beli saja-saja. Ni memang duit tak tahu nak beli apa, asyik tershopping tanpa sengaja aje, hihi. Dulu-dulu, setiap hari ada barang online sampai untuk Kak Imah, eh, sekarang pun, hahaha
Sayur-sayur dan bebola tadi celur semua dalam sup sehingga masak kemudian keluarkan semula dari periuk. Nak makan baru bubuh semuanya dalam mangkuk.
Lepas tu pecahkan telur sebiji-sebiji dalam sup yang menggelegak. Oh, baru Sk tahu, itu tips supaya telur yang dipecahkan tak melekat antara satu sama lain
Dah siappppp! Jemput makan 😍😍😍😍😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/03/kenduri-mee-maggi-di-office.html