Kencing Syaitan Bukan Main Main Learning From Life



'Learning from Life' Isu arak bukan isu main-main.

Bagi umat Islam, tanpa perlu diperdebatkan, ia sudah jelas dan terang haram. Namun tidak cukup dengan hanya sekadar ada hukum, tetapi menjadi kewajipan pemerintah dan seluruh masyarakat muslim untuk memastikan arak ini benar-benar dijauhi oleh seluruh umat Islam dan tidak ada ruang langsung untuk umat Islam terjebak dengannya.

Pada tahun 2009, saya merupakan antara 10 pelajar terbaik jurusan Geology di universiti yang terpilih untuk mengikuti kursus Fieldtrip di New Zealand. Saya merupakan satu-satunya pelajar muslim dalam grup berkenaan dan kami hidup dan mengembara bersama selama dua minggu mengkaji geologi serta batu-batu di south island dan north island New Zealand.

Pada hari terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Australia, kami ada jamuan makan malam, yang menurut penysyarah saya, merupakan tradisi setiap kali Fieldtrip New Zealand ini diadakan. Walaupun ia merupakan tradisi, namun saya benar-benar berbesar hati apabila lecturer saya menawarkan kepada saya untuk sama-sama mencari tempat yang terbaik untuk jamuan itu di mana ada makanan yang halal untuk saya makan. Pastinya, pilihan yang ada untuk saya hanyalah vegetarian atau seafood.

Dipendekkan cerita, kami akhirnya jumpa satu restoran yang tidak ada hidang pork, dan ada makanan vegetarian yang boleh saya makan. Namun, restoran ini bersebelahan sebuah bar. Malam itu jamuan makan bermula dengan penuh tertib, kerana semua hanya menjamu makan malam yang dipesan di restoran itu, namun setelah semua selesai makan, maka bermulalah sesi minum arak.
Saya amat tidak senang sepanjang malam itu, dikelilingi dengan arak dan orang-orang yang minum arak sehinggakan ia sungguh ketara di wajah saya dan pensyarah saya berulang kali bertanya saya ok atau tidak. Risau melihat kegelisahan di muka saya.

Namun, dalam ketidak senangan itu, ada suatu curiosity yang sangat tinggi dalam diri saya tentang apa sebenarnya rasa arak sehinggakan semua meminumnya bergelas-gelas, membicarakan tentang beza jenis-jenis arak, mana arak mahal mana arak murah dan sebagainya. Sehingga terdetik juga untuk ingin merasa sendiri untuk tahu apa sebenarnya yang ‘sedap’ sangat tu! Sunguh, godaan malam itu sungguh kuat disertai bisikan-bisikan syaitan yang berlapikkancuriosity, hanya ingin tahu, hanya ingin rasa. 

Sepanjang-panjang itu saya beristighfar, memohon agar Allah melindungi diri saya daripada air kencing syaitan itu. Berbekalkan tarbiyyah bersama usrah ISMA yang saya ikuti sepanjang pengajian di Australia serta didikan agama yang telah dibekalkan oleh kedua ibu bapa saya sejak lahir, saya menahan diri saya untuk tidak kalah dengan syaitan. Untuk pulang seorang diri, tidak berani pula memandangkan kawasan itu kawasan pekan yang tidak saya kenali mahupun ketahui tahap keselamatannya. 

Alhamdulillah, akhirnya rakan-rakan semua sudah sedia untuk pulang ke tempat penginapan, dan sayalah orang yang paling gembira serta sangat bersyukur kerana Allah telah menjaga saya sepanjang malam itu. Apa yang saya hendak tekankan adalah, sekalipun kita tahu bahawa arak itu haram, namun itu tak menjamin seorang Muslim itu mampu mengawal diri daripada meminumnya, apatah lagi jika arak itu boleh didapati dengan mudah serta kita dikelilingi orang-orang yang meneguknya tanpa malu segan.

Kalau saya sebagai seorang yang ditabiyyah dan berada di dalam sistem usrah pun mampu rasa godaan yang sangat hebat bilamana dikelilingi rakan-rakan yang minum arak, maka saya yakin sesiapa pun bisa juga tergoda. Malah godaan yang saya hadapi adalah sesuatu yang mengejutkan saya kerana pada asalnya saya begitu konfiden bahawa saya tidak akan rasa apa-apa kerana arak itu sah-sah haram. Ternyata syaitan sentiasa ada cara yang halus bagi menggoda dan meruntuhkan iman orang yang beragama Islam. 

Dan pada malam itu saya sedar kenapa Allah suruh kita menjauhinya sama sekali. Malaysia merupakan sebuah negara Islam, maka sepatutnya negara ini mempunyai undang-undang yang lebih ketat dalam mengawal penjualan dan pesta-pesta arak di negara ini. Tidak sepatutnya lesen penjualan arak diluluskan, tidak sepatutnya arak-arak dijual di kedai-kedai awam, dan lebih-lebih lagi tidak sepatutnya pesta-pesta arak diadakan secara terbuka dan besar-besaran di sebuah negara Islam.

Seringkali kita lihat drama-drama Melayu yang menggambarkan kehidupan para pemuda dan pemudi Melayu yang kaya-kaya menjadikan amalan clubbing dan disco serta amalan minum arak sampai balik mabuk-mabuk sebagai satu trend hidup. Drama-drama ini bukan direka semata-mata tetapi merupakan realiti masyarakat kita hari ini. Juga, jangan kita lupa berapa ramai anak-anak muda Malaysia yang rosak serta ada yang mati kerana consumption arak yang berlebihan!

Seorang yang bijak dan berjiwa besar pasti akan beramal dengan falsafah mencegah lebih baik daripada merawat. Sebagai seorang muslim sejati juga, kita sangat meyakini bahawa hukum Allah itu bukan sahaja untuk kebaikan umat Islam tetapi adalah satu kebaikan dan rahmat buat seluruh alam ini. Malah, ramai saintis barat yang bukan beragama Islam mengakui betapa banyaknya keburukan arak baik dari segi kesihatan mahupun sosial. Maka tidakkah kita perlu bersatu hati dan bersatu suara dalam mencegah apa jua bentuk program atau kelulusan yang membenarkan penjualan atau minumam arak, tanpa mengira siapa pun orang itu?

Menjaga Hati Puak Minoriti..

Apakah hanya kerana ingin menjaga hati puak minoriti, kita rela membiarkan anak-anak muda Melayu Islam di negara ini terus rosak dan hina kerana terjebak dengan minuman memabukkan itu? Apakah kita sedia menerima dan rela menanggung segala keburukan yang dihadapi negara akibat kebebasan non-muslim untuk meminum arak secara berleluasa? 

Atau adakah kita sedang menunggu orang tersayang kita mati kerana terjebak dengan minuman memabukkan atau mati dilanggar orang yang mabuk baru kita hendak buka mata dan mula memperjuangkan keadilan utk orang tersayang itu?Jadilah kita orang yang bijak. Jadilah kita orang berjiwa besar yang memikirkan masalah ummat. Jadilah kita orang yang benar-benar cintakan agama dan negara dan rela berjuang demi memastikan anak bangsa kita terpelihara daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.Bersatulah kita dalam menentang penjualan dan pesta arak di negara ini!

THE AUTHOROctober 12, 2014 in Learning from Life https://fairytaleho.wordpress.com/2014/10/12/air-kencing-syaitan/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/10/kencing-syaitan-bukan-main-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Gadis Jadi Lauk 20 Lelaki Puncanya Kencing Syaitan

15 Gadis Jadi Lauk 20 Lelaki Puncanya Kencing Syaitan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 398 hits
15 gadis diberi dadah dan alkohol sebelum jadi lauk 20 lelakiKESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian berasingan akhirnya mendapat pembelaan Kesemua lelaki itu telah dihadapkan ke mahkama...
Kadir Pakatan Faces Sabotage From Civil Servants And Own Leaders

Kadir Pakatan Faces Sabotage From Civil Servants And Own Leaders

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 328 hits
Pakatan Harapan leaders including Cabinet members are sabotaging their own government due to ignorance greed and lack of focus says veteran journalist Datuk A Kadir Jasin He said the danger of the new government being sabotaged could not be...
2019 Bmw X7 The Beast From The East

2019 Bmw X7 The Beast From The East

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 318 hits
The 2019 BMW X7 is many things Small is not one of them BMW s Sports Activity Vehicle offers two engines and an endless list of optional features The new X7 will be the fifth model produced at BMW s Plant Spartanburg in South Carolina Towar...
The So Called Malays Are Pendatang Mostly From India And Indonesia

The So Called Malays Are Pendatang Mostly From India And Indonesia

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 324 hits
Malay is an Indian language created by Hindus and Buddhists from southeast India as the lingua franca for the Archipelago Malay is based on a Cambodian dialect superimposed with Tamil Sanskrit and Pali words Joe Fernandez Sabah Political Is...
Long Distance Relationship From My P O V

Long Distance Relationship From My P O V

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum Setelah 4 tahun berada di perantauan ini kali pertama aku ingin sentuh pasal bab long distance relationship ni Dulu jenis tak faham apa kehe lerr kecoh noh pasal long distance relationship ni sebab ada je dengar member membe...
Do You Know How To Differentiate Hemorrhoids From Rectal Polyps

Do You Know How To Differentiate Hemorrhoids From Rectal Polyps

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 307 hits
There are lots of similarities between internal hemorrhoids and rectal polyps both diseases affect the ano rectal area and they are outgrowths from within the lower rectum Rectal polyps are fleshy growths situated in the lining of the large...
Rm1 3 Bln Returns From International Business Events From Jan July 2018

Rm1 3 Bln Returns From International Business Events From Jan July 2018

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR The Malaysian Convention and Exhibition Bureau has earned RM1 3 billion revenue from 147 international business events attended by 83 229 international delegates in the first seven months of this year the Dewan Rakyat was told ...
Okay Roger Good Day The Last Words From Mh370

Okay Roger Good Day The Last Words From Mh370

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 280 hits
All appeared to be going well for MH370 shortly after it took off from the Kuala Lumpur International Airport about 12 40am on Saturday Its pilot Captain Zaharie Ahmad Shah 53 told the Subang Airport ground control Okay roger Good day when ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya