Kencing Kotor Bayi Juga Berisiko Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan Minum Susu


Seperti orang dewasa, bayi juga berisiko mengalami penyakit kencing kotor. Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak seperti tiada selera makan dan kurang minum susu. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah seperti bau air kencing yang busuk, terdapat kesan darah pada air kencing, mengalami muntah-muntah dan banyak lagi.
Kencing Kotor, Bayi Juga Berisiko Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang masalah kencing kotor dalam kalangan bayi.
Sudah beberapa hari sebenarnya bayi perempuan umur 6 bulan demam (salah seorang pesakit).
Semasa mula demam, ibu ayahnya sudah bawa ke klinik lalu dibekalkan ubat antibiotik. Kata doktor, boleh jadi sebab jangkitan kuman dekat telinga. Namun tetap tak sembuh.
Artikel berkaitan: Baby Sampai ‘Lembik’, Tak Nak Makan & Minum Susu. Doktor Jelaskan Mungkin Kencing Kotor
Ibu Hamil Lebih Senang Kena Kencing Kotor! Doktor Jelaskan Bahaya Jika Tak Dirawat
Kalau Anak Sakit Mesti Tak Selera Makan Kan? 4 Resipi Antibiotik Menu Ini Buat Anak Berselera & Bertenaga
Kredit foto: Freepik Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan & Minum Susu Demam berterusan, menyusu sudah semakin kurang akhirnya bayi itu jadi lembik dan tak aktif. Bila dibawa ke hospital, pemeriksaan jantungnya berdegup sangat laju manakala tekanan darahnya rendah.
Patutlah tak bermaya, rupanya bayi malang itu sudah mengalami dehydrated yang teruk!
Beberapa ujian segera dilakukan untuk mencari punca jangkitan itu.
Salah satunya doktor terpaksa masukkan tiub plastic halus melalui salur kencing bayi perempuan tadi untuk keluarkan sample urine.
Sebaik saja tiub itu dimasukkan, mengalir keluar air kencing warna keruh susu dan bila ujian makmal dilakukan, rupa-rupanya anak itu sudah terkena penyakit kencing kotor! Anak kecil mudah sangat sebenarnya dapat jangkitan ini.
Ada satu kajian yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.
Kredit foto: Freepik Bayi boleh jadi akan ada simptom seperti ini jika mengalami masalah kencing kotor:
*Kencing berbau busuk.
*Warna air kencing itu keruh.
*Ada jugak yang kencingnya ada kesan darah.
*Kadang itu dia akan menangis sahaja sebab sakit semasa kencing.
*Bayi muntah-muntah.
*Bayi kurang menyusu dan makan.
*Demam tinggi.
Jika tidak dikesan dan dirawat lebih awal bimbang bayi akan jadi terlampau lemah hingga boleh mengancam nyawa.
Kredit fot: Freepik Berikut dikongsikan cara untuk mengelakkan jangkitan pada salur kencing bayi:
✅ Cepat-cepat tukar lampin anak kalau sudah berak.
Jangan biar lama sebab dalam najis bayi itu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman itu berpindah ke kawasan salur kencing bayi lalu mengakibatkan jangkitan kencing kotor.
✅ Pastikan kalau pakai tisu basah, guna sehelai untuk sekali lap sahaja. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna tisu basah yang sama.
✅ Semasa menggunakan tisu basah pada bayi iaitu ketika mengelap, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian punggung, pergi pula lap di bahagian kemaluan bayi menggunakan tisu yang sama. Perbuatan ini merisikokan bayi terkena  bakteria E. Coli dalam najis itu, berjangkit pula ke salur kencing bayi.
Tip ini semuanya mudah sahaja tapi kalau tak buat betul-betul boleh merisikokan kesihatan dan nyawa bayi kita.
Baca lagi: Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni, Petua Lawas & Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil!
Sakitnya Kencing Kotor. Nak Buang Air Pun Tak Sanggup!
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari
Kredit foto (top image): Freepik
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
 
 
The post Kencing Kotor, Bayi Juga Berisiko, Mak Ayah Sila Peka Bila Anak Tak Selera Makan & Minum Susu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kencing-kotor-bayi-juga-berisiko-mak-ayah-sila-peka-bila-anak-tak-selera-makan-minum-susu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasihanlah Anak Kecil Pengunjung Bazar Tegur Mak Ayah Bawa Stroller Peka Dengan Sekeliling

Kasihanlah Anak Kecil Pengunjung Bazar Tegur Mak Ayah Bawa Stroller Peka Dengan Sekeliling

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 254 hits
Masuk hari kesembilan kita berpuasa bermacam ragam dan kisahnya di puasa ini Namun paling menjadi perbualan di kalangan kita pastinya rungutan di bazar Ramadan Antara rungutan yang seringkali dibangkitkan pastinya soal harga yang tidak masu...
Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Tapi Kalau Mak Ayah Sabar Ganjaran Syurga Menanti

Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Tapi Kalau Mak Ayah Sabar Ganjaran Syurga Menanti

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 196 hits
Menjaga memang payah Banyak cabaran yang perlu dilalui Sebenarnya banyak ganjaran pahala yang mak ayah akan dapat bila menyantuni Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Anak lelaki dan perempuan kedua duanya pun ada cabaran berbeza Yang penti...
Cekal Jaga Anak Ada Masalah Autism Spectrum Disorder Ini Sebabnya Mak Ayah Perlu Tahu

Cekal Jaga Anak Ada Masalah Autism Spectrum Disorder Ini Sebabnya Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 221 hits
Tanpa kita sedar anak kecil kita rupanya mengalami masalah Autism Spectrum Disorder Jangan cemas dan kecewa bila diuji dengan kehadiran anak istimewa ini sebaliknya cuba perolehi ilmu sebanyak mungkin sebagai persediaan Menurut perkongsian ...
Anak Menangis Biarkan Saja Sampai Reda Betul Ke Cara Macam Ni Mak Ayah Jangan Tersalah

Anak Menangis Biarkan Saja Sampai Reda Betul Ke Cara Macam Ni Mak Ayah Jangan Tersalah

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 175 hits
Bila anak menangis ada kata kata sumbang supaya membiarkan sahaja anak sehingga anak reda dengan sendirinya Betul ke cara macam ini Hakikatnya menangis adalah tanda dan cara bayi dan anak berkomunikasi dengan ibunya Disebabkan hal itulah bi...
Mak Ayah Kena Elakkan Perkara Ni Berlaku Dalam Rumah Boleh Rosakkan Minda Anak

Mak Ayah Kena Elakkan Perkara Ni Berlaku Dalam Rumah Boleh Rosakkan Minda Anak

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 1006 hits
Tak dinafikan suasana di dalam rumah kita memainkan peranan yang besar dalam institusi kekeluargaaan Samada baik atau negatif semuanya bertitik tolak dari cara dan didikan kita di rumah Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif vibes negatif yang...
Anak Anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar

Anak Anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 286 hits
Banyak kelebihan susu segar Susu segar mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid Susu segar diperkaya dengan kalsium dan protein adalah sumber yang terbaik untuk menjaga kes...
Mak Ayah Pesan Pada Anak Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Semasa Hari Raya

Mak Ayah Pesan Pada Anak Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Semasa Hari Raya

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 186 hits
hanya beberapa hari sahaja lagi sudah boleh mula memberi pesan pada anak anak tentang perkara yang tak boleh dibuat semasa hari raya nanti Lebih elok pesan awal supaya anak anak lebih beringat Mak Ayah Pesan Pada Anak Sudah menjadi kelazima...
Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Mak Ayah Boleh Check Guna Cara Ini

Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Mak Ayah Boleh Check Guna Cara Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 240 hits
Ramai ibu bapa tertanya tanya bagaimana hendak tahu anak lebih dominan menggunakan tangan kanan atau kiri Ini kerana tangan anak sentiasa bertukar tukar penggunaannya mengikut keselesaan Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri Menurut Puan Mahf...
Pilih Kasih Mak Ayah Selalu Puji Anak Kesayangan Dalam Diam Ada Anak Lain Yang Memendam Perasaan

Pilih Kasih Mak Ayah Selalu Puji Anak Kesayangan Dalam Diam Ada Anak Lain Yang Memendam Perasaan

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 208 hits
Mak ayah yang mempunyai sikap pilih kasih selalu memuji anak yang menjadi kesayangan tanpa sedar ada anak lain yang memendam perasaan tidak puas hati Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik an...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan