Kenapa Zuraida Kata Pkr Sudah Mati





TEMPOH tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Ampang membuktikan betapa penduduk kawasan itu senang dan berpuas hati dengan khidmat yang disediakan oleh DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN. Namun, sudah kedengaran suara-suara mahu mencabarnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Mampukah bekas Naib Presiden PKR ini mempertahankan kerusi Parlimen Ampang selepas meninggalkan parti itu bersama beberapa rakan seperjuangan, antaranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (timbalan presiden) pada Februari tahun lalu?

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkongsi pengalaman dan hala tuju sebagai wakil rakyat di Parlimen Ampang serta isu politik semasa.
UTUSAN: Parlimen Ampang dahulu dan sekarang?

ZURAIDA: Saya mahu berikan kredit kepada kerajaan pembangkang dahulu yang berjaya memperkenalkan sistem pentadbiran bentuk baharu di Selangor. Mereka yang mentadbir dahulu datang dalam kalangan orang macam saya, asal dari akar umbi yang sudah sebati memberikan khidmat kepada akar umbi. Jadi, kita yang mentadbir sekarang pun amalkan prinsip sama.
Apabila jadi wakil rakyat, saya pastikan semua lantikan politik seperti ahli majlis, ketua kampung, selalu turun padang. Sebelum ini masyarakat ramai yang tidak kenal ahli majlis mereka, ketua kampung mereka. Apabila peranan mereka lebih efektif, bukanlah nak puji saya ini bagus sangat tapi adalah perbezaannya dahulu dan sekarang.
Masyarakat sudah kenal, jadi mereka tahu mana nak salur aduan dan sebagainya. Dengan itu mereka menjadi masyarakat berpengetahuan. Apabila berpengetahuan, mudahlah kita memperkasakan mereka, kita membudayakan mereka.
Jadi, mereka tahu. Tak semestinya cari menteri, cari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Boleh terus salur (masalah) kepada pihak-pihak berkaitan. Inilah kaedah program pemerkasaan masyarakat yang berkesan.
Saya sudah 10 tahun jadi Ahli Parlimen Ampang. Struktur jentera sudah teratur dan tersusun. Mereka tahu apa nak buat, jadi tidak susah sangat kalau berdepan sebarang isu atau permasalahan. Kalau isu-isu besar barulah saya sendiri selesaikannya. Setiap hujung minggu, saya turun kawasan. Saya lihat mereka (jentera) lebih peka dan faham.
Begitu juga rakyat. Mereka sudah faham kerja-kerja wakil rakyat yang lebih kepada untuk melihat polisi, tengok perkara-perkara yang menaikkan imej kerajaan, imej rakyat. Jadi, tidak perlu nak tengok longkang banyak sangat. Kalau ada masalah, terus pergi MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), adu kepada bahagian atau jabatan berkaitan.
Alhamdulillah, 10 tahun jadi wakil rakyat, banyak berurusan dengan rakyat, libatkan pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri. Banyak saya sudah belajar tentang isu-isu masyarakat, perundangan, sekali gus memudahkan kerja saya jadi menteri.
PRU-15 pertahan Parlimen Ampang?
Insya-Allah, kalau saya dibenarkan atau diluluskan bertanding semula di Ampang.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac, kedua-duanya dari PKR dikatakan mahu bertanding di Parlimen Ampang pada PRU-15. Komen?
It’s a free country. Siapa nak bertanding, datanglah. Semua orang boleh bertanding di mana dia suka. Saya yakin mampu mempertahankan kerusi sekarang. Saya yakin sebab orang (penduduk Ampang) yakin dengan kerja kita. Menang atau kalah adalah ketentuan Allah. Jadi, setiap usaha itu insya-Allah, ada ganjarannya.
PKR dahulu dan sekarang?


Ketika saya dan beberapa rakan seperjuangan keluar PKR, kami sudah 20 tahun di dalam parti itu. Kamilah yang bertanggungjawab membangunkan PKR. Kami tinggalkan PKR dalam keadaan kami menang dalam pemilihan parti. Mohamed Azmin menang jawatan timbalan presiden, saya menang naib presiden dan semua yang keluar dengan kita, separuh menang ahli majlis tertinggi parti. Ketua wanita dan timbalannya dengan kita, timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pun duduk dengan kita.
Jadi, ini menunjukkan kepemimpinan yang meninggalkan parti itu tidak lagi melihat perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) untuk membawa keadilan kepada rakyat, mahu membela rakyat itu kita laksanakan. Apabila kita menang pilihan raya umum pada 2018, semua seolah-olah tiada lagi dibuat untuk memastikan beliau dapat jadi perdana menteri. Ini yang saya rasa PKR sudah hilang hala tuju.
Namun, saya berpendapat, tidak mengapa (bercita-cita) nak jadi perdana menteri. Tapi kita kena teruskan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat. Fokus kita untuk kuatkan negara dan berkhidmat kepada rakyat. Fokus kita bukan untuk capai sesuatu jawatan, kemudian memporak-perandakan negara. Itu yang kita tidak setuju.
Tiada Mohamed Azmin, tiada Zuraida, PKR sudah bersih?
Saya tidak tahu. Pemberita lebih tahu apa yang berlaku (dalam PKR). Tapi apa yang saya dengar, seolah-olah sudah tiada gerakan, tiada aktiviti dan sebagainya.
Apa yang Datuk cari dalam politik?
Kalau diberikan sesuatu tugas, saya takut kepada Allah. Tanggungjawab yang diberi, saya kena tepati. Itu yang membuatkan saya terus dan terus bekerja tanpa henti. Kalau buat sesuatu kerja, selalu dapat kerja lain (baharu). Kalau turun padang, dapat benda lain. Maknanya tugas ini tidak berhenti.
Saya orang yang suka mengetengahkan idea-idea baharu untuk dilaksanakan.
Idea-idea baharu? Boleh ulas?

Selepas keluar PKR, kami tidak tubuh parti baharu. Kita berazam mahu memantapkan negara (kerajaan), tidak mahu berpecah lagi. Jadi, kita buat keputusan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tapi platform politik saya tiada dalam Bersatu, setakat duduk jadi ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT), saya pun rasa janggal, berbanding semasa dalam PKR. Saya pernah jadi ketua wanita (PKR), suara saya vokal.
Kapasiti saya dalam Bersatu, tidak ada. Tapi sebagai pemimpin, saya boleh (laksanakan) apa sahaja. Sebab itu saya percaya walau tiada jawatan, masih boleh tahu apa saya nak buat.
Baru-baru ini saya menubuhkan Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel). Comwel adalah platform untuk saya membudayakan wanita. Ramai lagi wanita yang boleh diterima sebagai ahli Parlimen juga dalam menteri Kabinet sekurang-kurangnya 30 peratus, itu fokus saya sekarang.
Pencapaian sebagai ahli Parlimen?

PUSAT DIALISIS Semasa mula-mula jadi ahli Parlimen, saya bina pusat dialisis di Kampung Melayu Ampang. Saya kasihan tengok anak-anak yang terpaksa bawa ibu bapa ke hospital kerajaan yang terletak jauh. Mereka kena tunggu sehari suntuk. Ada yang terpaksa ambil cuti, hilang pendapatan hari itu

Justeru, saya dapatkan sebuah dewan, dirikan kemudahan ini untuk penduduk kampung itu dan sekitarnya. Sekarang masih ada lagi di situ.
ISU TANAH Saya banyak juga selesaikan isu-isu proses tanah. Antaranya melanjutkan tempoh pajakan tanah Kampung Sungai Puteh kepada 99 tahun. Ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor. Saya menyelesaikan masalah pembahagian tanah di kampung tersebut

Selain itu isu-isu melibatkan pemaju. Ketika itu kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang memperkenalkan dasar setinggan sifar. Nak roboh perkampungan setinggan, pemaju kena gantikan dengan membina rumah murah. Pemaju buat rumah mahal dahulu, rumah murah kemudian, itu pun cincai, Jadi, banyak perkara saya terpaksa selesaikan.
Itu belum lagi isu pampasan kepada penduduk yang tertunggak lima, enam tahun seperti penduduk Sri Impian. Saya cari pemaju, minta mereka bayar sikit-sikit sehingga habis (selesai).
CCC Pemaju buat cincai laluan bomba, longkang tidak betul (tidak ikut spesifikasi hingga menjejaskan perolehan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC). Saya perjuangkan isu ini sebab walaupun rumah kecil, penduduk nak juga ownership (pemilikan) rumah mereka supaya rasa selamat untuk didiami

KAMPUNG BEREMBANG Semasa masih menjadi pembangkang, kita memperjuangkan kes penduduk setinggan Kampung Berembang di Jalan Ampang yang dihalau kerajaan negeri. Sebanyak 60 keluarga tidak mahu tinggalkan tempat itu, tinggal di rumah yang dibina sendiri, macam reban ayam, selepas rumah asal mereka dirobohkan. Kami memperjuangkan kes mereka dan bila menang di mahkamah, setiap keluarga dapat sebuah rumah secara percuma

Manfaat SUKE kepada penduduk Ampang?
Kesesakan lalu lintas di Ampang sangat kritikal. Sudah 40 tahun, penduduk masih lalui masalah sama. Jadi, pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dijadualkan siap September ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Perancangan untuk Ampang?


BALAI BOMBA Antara perkara yang saya nak buat adalah membina balai bomba baharu di Taman Andaman, Ukay Perdana. Lokasi balai ini terletak di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

PARKIR Saya juga nak alihkan salah satu lokasi popular kepada penduduk Ampang menjamu selera, iaitu Naan Corner di Ampang Jaya ke bangunan baharu terletak berdekatan. Lokasi asal itu akan kami bina kemudahan tempat letak kereta

HIGHLAND TOWERS Masa saya mula-mula jadi ahli Parlimen, kondominium ini sudah 10 tahun terbengkalai. Saya cuba nak uruskan tapi tidak cukup kuasa nak bergerak. Sebab masa itu saya kena jumpa bank, cari pemilik rumah, jadi terbantut di situ

Sekarang sudah 21 tahun kawasan ini terbiar hingga menjadi sarang penagih dadah, penjenayah. Penduduk sekeliling rasa tidak selamat.
Apabila memegang jawatan menteri, saya berpeluang selesaikan isu ini. Alhamdulillah, dalam dua tahun berjaya selesaikan kerja-kerja tertangguh sebelum ini.
Sekarang nak cari duit untuk mendapatkan semula pemilikan tanah seterusnya membangunkan kawasan ini. Kementerian Kewangan sudah luluskan peruntukan. Dari segi perundangan, Peguam Negara juga sudah luluskan.

Dipetik dari Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/kenapa-zuraida-kata-pkr-sudah-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katak Politik Juga Berlaku Zaman Ph Sprm Tak Harus Bersikap Terpilih Kata Pkr

Katak Politik Juga Berlaku Zaman Ph Sprm Tak Harus Bersikap Terpilih Kata Pkr

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 209 hits
May 3 2021 Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini PETALING JAYA PKR mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak melakukan siasatan terpilih dalam isu katak politik Setiausaha A...
Dap Kuat Gasak Kerajaan Ph Supaya Ikut Telunjuk Mereka Kata Zuraida

Dap Kuat Gasak Kerajaan Ph Supaya Ikut Telunjuk Mereka Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 277 hits
Pengalaman bersama mentadbir kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan lalu telah menampakkan belang sebenar parti itu yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia Demikian dakwa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia...
Liew Ex Pkr Zuraida Should Know Dap S Multiracial Nature

Liew Ex Pkr Zuraida Should Know Dap S Multiracial Nature

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 283 hits
In a tit for tat Liew Chin Tong has refuted Bersatu supreme council Zuraida Kamaruddin s charge that DAP aimed to be the for the Chinese community in the Pakatan Harapan administration Her remark came after Liew advised Umno to shed its big...
Akta Tak Benarkan Pegawai Polis Bersara Letak Jawatan Semasa Darurat Kata Peguam Pejuang

Akta Tak Benarkan Pegawai Polis Bersara Letak Jawatan Semasa Darurat Kata Peguam Pejuang

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 285 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kumpulan peguam dalam parti baharu Dr Mahathir Mohamad Pejuang mengingatkan kerajaan bahawa Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis bersara atau letak jawatan semasa darurat Kumpulan yang menggelar diri mereka ...
Saya Rela Ke Penjara Tak Mampu Bayar Denda Ribuan Ringgit Kata Peniaga Colek Dikompaun Rm50 000

Saya Rela Ke Penjara Tak Mampu Bayar Denda Ribuan Ringgit Kata Peniaga Colek Dikompaun Rm50 000

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 308 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah Kota Bharu Kelantan dikenakan kompaun RM50 000 kerana beroperasi melebihi masa ketika perintah kawalan pergerakan Mohd Azizi Mohd Nor 42 disaman pada malam Ahad lalu ...
Elakkan Kata Kata Yang Menyakitkan Hati Geng Korang Ni 5 Cara Mudah Buat Kebaikan Terutamanya Sepanjang Ramadan

Elakkan Kata Kata Yang Menyakitkan Hati Geng Korang Ni 5 Cara Mudah Buat Kebaikan Terutamanya Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 287 hits
Melakukan kebaikan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam dengan kebaikan ia dapat menyuburkan rasa kasih sayang dan seterusnya mengukuhkan hubungan silaturahim sesama insan Namun hari ini ramai yang menyangka untuk melakukan kebaikan ...
Kompaun Mesti Ikut Garis Panduan Untuk Pencegahan Semata Mata Kata Menteri

Kompaun Mesti Ikut Garis Panduan Untuk Pencegahan Semata Mata Kata Menteri

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 233 hits
MALAYSIA NOWPenguatkuasa yang mengeluarkan kompaun ke atas pesalah ingkar PKP perlu mengikut peruntukan garis panduan yang telah digubal kerajaan di bawah Akta 342 Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan yang juga menteri di Jabatan Perd...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan